CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5823|Reply: 7

Trend Tudung 2013

[Copy link]
Post time 22-5-2014 03:42 PM | Show all posts |Read mode


SELAMAT Tahun Baru Masehi dan kepada umat Islam kita telah menyambut Awal  Muharram tanggal 15 November tahun lalu.

Sudah menjadi kebiasaan tahun baru segala keazaman bermula dengan tarikh keramat ini dan sudah pasti ramai yang telah muhasabah diri dan menyimpan azam untuk berubah.

Perubahan pasti akan berlaku dan semua yang kita mahukan dan inginkan terbaik untuk keluarga dan negara. Segala perubahan bermula daripada segumpal hati yang terletak dalam tubuh kita yang mencernakan segala måcam pemikiran dan menghasilkan seribu bentuk tindakan.

Tahun baru pelbagai perancangan terkini  di susun atur untuk di laksanakan tetapi belum tentu tercapai. Ini melibatkan hati dan kemahuan. Jadi tahun ini pasti lebih ramai telah berhijrah dengan kedatangan bulan Muharram yang lalu kini Safar bersama kita dan sudah pasti pelbagai perubahan telah berlaku dan sejarah tercipta dalam kehidupan insan di dunia yang menjadi pentas ujian kita dengan Khaaliq kita.


Tranformasi diri

Transformasi dan plan tindakan negara berjalan lancar dan diri peribadi bagaimana?

Ayuh bermula dengan diri sendiri yang asas aurat kita dalam konteks syariah bagaimana? Sudahkah kita menutup aurat dengan sempurna? Itu satu petanda perubahan yang  positif kerana Pencipta kità mengerakkan hati kita untuk berbuat demikian. Segala  gerak hati kita ALLAH yang terbitkan. Jika belum mohon dan doa agar kita menjadi hamba-NYA yang terpilih untuk menutup aurat serta patuh syariah lagi.

Hijab menjadi persoalan utama dalam melahirkan transformasi diri dan dengan pilihan hijab yang betul maka akan lahirlah penampilan yang sopan lagi anggun itu.

Bagaimana ciri-ciri hijab yang memenuhi aspek patuh syariah ini. Inilah yang akan dibincangkan dalam isu ini. Hijab bermakna menutup kepala bermula dengan semua rambut pada kepala termasuk jambul,  telinga, tengkuk, leher di tutup sehingga melepasi perhiasan dada (payudara).

Hijab bermakna menutup kepala dan jangan diperlihatkan cara pemakaian itu seperti rahib Christian atau Yahudi atau mana-mana cara yang diamalkan kaum, bangsa, agama lain. Ini adalah untuk membezakan antara wanita Islam dengan wanita lain agar identiti wanita Islam itu apabila berhijab daripada kepala iaitu menutup keseluruhan rambut dan kepala itu tidak merupai mana-mana wanita daripada agama yang lain. Jadi jika dilihat pada wanita Islam yang berhijab itu haruslah sama dari segi patuh syariah dan ini menjadi identiti dan kayu ukur pada Muslimah supaya mudah dikenali sebagai wanita Islam dan dihormati kerana penampilan yang sopan dan pada masa yang sama  meletakkan wanita Islam itu pada tempatnya iaitu harus dimuliakan serta tidak boleh di buat sesuka hati dalam masyarakat.

Terdapat pelbagai jenis hijab dalam pasaran kini dan di serata dunia wanita Islam berhijab mengikut amalan bangsa dan negara. Faktor kebudayaannya menjadi faktor yang mempengaruhi fesyen dan cara pemakaian hijab itu serta perkembangan hijab tempatan dan luar negara.

Oleh yang demikian kita lihat wanita Islam yang di jadikan Allah berlainan bentuk dan rupa namun cara mereka menutup aurat tetap sama jika mengikut syariat Islam. Ini yang membuat wanita Islam itu mudah dikenali dan dihormati kerana imej dan cara menutup aurat itu bertunjangkan asas yang sama.


Pengaruh fesyen

Tetapi pengaruh fesyen hijab berbagai terutama di negara kita di mana hijab atau tudung dan selendang itu berbagai bentuk dan rupa. Fesyen tudung yang berlainan menghasilkan fesyen yang di katakan trendy, sporty, kasual dan formal. Permainan kain dan potongan melahirkan cita rasa fesyen yang berbagai. Fabrik untuk membuat hijab atau tudung pasang siap ini berbagai dan pilihannya tidak terhitung lagi. Mungkin kita tidak sedar keamanan negaralah yang membuatkan ekonomi berkembang pesat dan secara tidak  langsung kuasa membeli pun bertambah.

Dengan keamanan negara, rakyat sejahtera dan kewangan bertambah dengan gaya hidup yang meningkat maju seiring dengan taraf kehidupan yang tinggi pasti akan memberi kesan juga pada dunia perniagaan. Fesyen pelbagai terbit dari dalam dan luar negeri dan pilihan juga bertambah.

Tudung dan selendang biasa pasti akan kekal dalam pasaran pada bila-bila masa kerana pemakaian tudung patut syariah yang sederhana akan terus kekal dengan konsep ini  iaitu sederhana dalam ikatan. Apa yang akan berubah mengikut trend dan fesyen semasa ialah warna dan corak. Pada kebiasaannya tudung dan selendang ini dicipta oleh pereka berbagai agama dan sudah pasti unsur Islamik seperti geometri dan alam flora menjadi pilihan Muslimah dan yang bercorak fauna dan unsur kepercayaan serta pengaruh persekitaran yang lain akan terserlah dalam rekaan tudung dari negara barat atau timur jauh.

Begitu juga dengan topi dan serban akan tetap di gayakan oleh semua wanita termasuk wanita Islam. Hanya cara persembahan harus patuh syariah tetapi serban itu menutup kepala tetapi leher dan tengkuk walaupun di tutup dengan anak tudung di mana kepala, telinga dan tengkuk tutup tetapi bentuk masih kelihatan dan bawah dagu dan rahang juga tidak dapat ditutup kemas.

Apabila topi dan serban di jadikan bahan hijab, dada tidak di tutup dengan lapisan kain atau baju yang harus tidak menampakkan bentuk payudara sudah pasti faktor pematuhan syariah itu tidak dapat diamalkan.


Ringkas & Selesa

Tahun ini akan berkembang pesat lagi fesyen tudung kepala yang berbagai namun semua tahu kitaran fesyen akan berubah dan tahun ini akan timbul kembali fesyen tudung dan selendang daripada kain dan fesyen yang mementingkan pemakaian ringkas dan selesa serta memberi penekanan kepada wanita Muslimah yang mahukan tudung patuh syariah iaitu labuh, tidak jarang, fabriknya tidak melekap pada tubuh dan keseluruhan fesyen tudung itu sederhana dan tidak menuntut perhatian. Jika di lihat sekadar melihat satu kelainan dalam  konteks sopan dan anggun untuk dicontohi.

Perkembangan fesyen tudung turut menerima tempias daripada limpahan ekonomi dan peluang perniagaan yang diungguli sektor pembuatan fesyen juga memberi kesan yang positif kepada pengeluar tudung dan pemborong. Tidak ramai pengeluar dan pengusaha yang memberi penekanan kepada aspek patuh syariah kerana faktor pulangan amat lumayan telah menjadi keutamaan dalam perniagaan kerana permintaan tudung sangat tinggi oleh itu aspek patuh syariah tidak menjadi keutamaan kerana apa sahaja tudung yang dijual semuanya laris. Tudung yang fesyennya berbagai dan potongan bertingkat, sarat dan berhias permata gerek tidak mencukupi untuk permintaan pasaran.

Tudung jenis pasang siap dan lambakan tudung serta selendang dari luar negara membuat pasaran tempatan menawarkan pelbagai jenis tudung dan fesyen tudung yang  tidak menekankan pematuhan syariah menjadikan negara Malaysia syurga tudung dan harganya amat memuaskan hati semua pelanggan. Tudung import berjenama berharga ribu ringgit sehingga yang murah berharga RM5 sudah menjadi kebiasaan jika membeli belah tudung di negara ini. Amat tidak menghairankan jika kita lihat pada fesyen tudung di Malaysia bendera Jalur Gemilang kebanggaan kita patut berkibar gagah dalam dunia fesyen tudung yang tidak mudah ditandingi dengan tudung untuk semua patuh syariah atau sebaliknya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 10:28 AM | Show all posts
biarlah dikata kolot daipada terikut2 fesyen tudung terkini yang kebanyakannya very the hazab
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 02:20 PM | Show all posts
Eljie posted on 28-5-2014 10:28 AM
biarlah dikata kolot daipada terikut2 fesyen tudung terkini yang kebanyakannya very the hazab

setuju,fesyen zaman batu kot yg melanda ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 09:44 AM | Show all posts
HANIMUSLIMAH posted on 16-6-2014 02:20 PM
setuju,fesyen zaman batu kot yg melanda ..

aku dari dulu sampai sekarang kekal dgn tudung bawal. tu pun xde lilit2 bagai. yg penting tutup dada.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 12:08 PM | Show all posts
Eljie posted on 17-6-2014 09:44 AM
aku dari dulu sampai sekarang kekal dgn tudung bawal. tu pun xde lilit2 bagai. yg penting tutup da ...

Yup betul betul betul..
ramai yang nak seiring dengan perubahan fesyen agar nampak up to date,
tanpa menyedari ianya tidak mematuhi syariat ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 03:08 PM | Show all posts
Ustaz don kata, pakailah tudung apapun, nak lilit ka, nak pusing ka asalkan ikut syariat..labuh, x jarang dan tutup dada..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2014 03:28 PM | Show all posts
tudung saji ke kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
X mo pakai tudung singkat nmpk dada :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.289676 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list