View: 8879|Reply: 104
|
[Jenayah]
GST bukan punca harga barang naik
[Copy link]
|
|
GST bukan punca harga barang naik2014/05/22 - 02:47:22 AM Dr Norma MansorCetakEmel KawanBijak urus perbelanjaan, jimat cermat mampu kawal kos sara hidup tinggi
Kenaikan harga menjadi tajuk utama perbualan harian tidak kira apa jua golongan pendapatan. Harga barang ditentukan oleh sekurang-kurangnya lima faktor utama iaitu pertama, faktor permintaan dan penawaran atau hasil interaksi antara penjual dan pembeli.
Apabila ada banyak permintaan, harga barangan akan meningkat. Juga, jika penawaran barang berkurangan, harga barang itu meningkat. Jika barangan dikeluarkan berlebihan, harga sepatutnya turun. Kedua, kos pengeluaran tinggi menyebabkan harga barangan meningkat. Sebaliknya jika kos input bagi pengeluaran turun, maka harga juga turun.
Ramai penjual dan pembeli masih tidak memahami proses pelaksanaan GST. GST pada permulaan pelaksanaan akan menyebabkan kenaikan harga tetapi pelaksanaan lancar harga akan turun.
Faktor lain pula bergantung kepada barang makanan yang bergantung terhadap perubahan iklim sama ada dalam negara atau luar negara jika barang import di mana fenomena lazim di dunia hari ini di mana jika berlaku cuaca buruk seperti banjir, kemarau teruk atau bencana alam membabitkan kurang bahan pertanian dan makanan.
Faktor lain sama ada barang itu diimport. Jika barang makanan atau bahan daripada bahan import, maka kadar mata wang negara boleh menjadi penyebab iaitu jika mata wang negara ringgit lemah berbanding negara tersebut bahan import menjadi mahal.
Ada juga barang terkawal ditetapkan pada kadar rendah disebabkan oleh subsidi kerajaan. Kerajaan membiayai kenaikan harga yang boleh disebabkan oleh faktor tadi.
Penyebab kenaikan harga barang
Cuma, kenaikan harga barang tidak berterusan dan tidak membabitkan banyak barang bukan dianggap sebagai inflasi. Apakah penyebab kenaikan harga barang di Malaysia?
Subsidi yang ditanggung Kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk menampung sara hidup rakyat dan menggalakkan pelaburan sebaliknya menjadi pembaziran, penyeludupan dan peruntukan sumber tidak efisien. Pembiayaan subsidi boleh disalurkan bagi tujuan pembangunan dan ternyata subsidi bersasar adalah lebih baik. Malah, subsidi menjadi item perbelanjaan mengurus kerajaan yang besar sehingga menyebabkan bajet kerajaan mengalami defisit.
Apabila kerajaan mengurangkan subsidi harga petrol yang meliputi 10 peratus daripada perbelanjaan mengurus, ia menyebabkan kenaikan harga petrol. Peningkatan harga petrol mengakibatkan kos pengeluaran termasuk kos pengangkutan, kos bahan mentah meningkat.
Bencana alam di negara serantau termasuk India, Pakistan dan China mengakibatkan kekurangan hasil pertanian. Pergolakan politik tidak menentu juga menjejaskan bekalan barangan dalam pasaran dunia. Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada import, malah sektor pertanian dilaporkan menguncup dari 53.7 peratus pada tahun 1970 kepada kurang daripada 25 peratus dewasa ini. Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason, berkata pada tahun 2013 negara kita terpaksa berbelanja RM36 bilion hanya untuk tujuan mengimport makanan. Justeru itu, barang keperluan asas seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak dan lain-lain, tidak dapat mengelakkan fenomena kenaikan harga.
Ramai tak faham pelaksanaan GST
Pelaksanaan GST pada bulan April 2015 telah diumumkan, ramai penjual dan pembeli masih tidak memahami proses pelaksanaannya. GST pada permulaan pelaksanaan akan menyebabkan kenaikan harga tetapi pelaksanaan lancar harga akan turun. Bagaimanapun, peniaga dan korporat mengambil kesempatan menaikkan harga barang bagi mengaut keuntungan sewenang-wenangnya dan pengguna menjadi mangsa eksploitasi peniaga.
Faktor musim perayaan juga menyebabkan kenaikan harga barangan. Rakyat akan membeli barangan keperluan yang banyak ketika musim perayaan. Orang tengah juga menyumbang kepada kenaikan barang kerana mereka akan dapat keuntungan besar daripada pengeluar dan pengguna.
Untuk menangani masalah kenaikan harga barang di negara kita, kerajaan mengambil beberapa inisiatif termasuklah penubuhan Jawatankuasa Khas untuk menangani kos sara hidup rakyat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Januari lalu. Tindakan mahkamah boleh diambil terhadap peniaga dan syarikat yang gagal mematuhi peraturan. Ini adalah bagi mengelakkan kesempatan peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya mengikut Akta Kawalan Harga dan Akta Anti-Pencatutan 2011(Price Control and Anti-Profiteering Act 2011), dan Akta Persaingan 2010.
Kerjasama antara pembekal dan pertubuhan bukan kerajaan, NGO serta agensi kerajaan bagi menangani masalah kenaikan harga amatlah penting. Kerajaan juga perlu mempertingkatkan penerangan GST bagi mengelak kekeliruan masyarakat dan peniaga. Kerajaan mestilah meneruskan transformasi bidang pertanian dan penternakan seperti yang dirancang di bawah Program Transformasi Ekonomi Negara, supaya pengeluaran bahan makanan dan pertanian dapat dipertingkatkan.
Ini penting bukan sahaja bagi menurunkan harga barang pertanian dan ternakan bahkan juga dapat menjamin kecukupan makanan (food security). Sebagai pengguna, kita juga mesti menyesuaikan diri dengan fenomena ini. Jadi, kita mesti lebih bijak mengurus perbelanjaan dengan mengamalkan sikap jimat cermat. Di samping itu, kita boleh buat pilihan antara pembekal dan peniaga. Dalam hal ini, koperasi juga dapat main peranan berkesan dalam langkah pengawalan harga.
Penulis ialah Profesor di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya
P/s;- Org Math, Org Admin, Org Pemasaran, Org Sain, Totok...dah baca faham ke tidak?..
|
|
|
|
|
|
|
|
org ekonomi dan akaun pun belum tentu faham..sebab apa?.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye, ye betul, kita ada najibnomics kita ada SRI KPI MEB
selamat selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Pening ah... semua orang cakap pasal GST |
|
|
|
|
|
|
|
Kita admit ada bencana alam yang menyebabkan harga barangan meningkat, sesuatu yang di luar kawalan dan tidak dapat di elakkan.
Namun subsidi yang dikurangkan10% sesuatu yg boleh dikawal. Masalah pembaziran, penyeludupan adalah sesuatu yang boleh dipantau dan di ambil tindakan.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau macai yg dipengaruhi oleh pengaruh politik bukan dipengaruhi oleh ekonomi..lagilah benak mereka nak faham..apa tah lagi..jenis malas nak baca keseluruhan artikal dan benar2 fahamkan..
nama pun macai politik...org ini lah yg bakal begitu mudah dipengaruhi oleh para peniaga2 yg tanak tu nanti..sebab apa?.. |
|
|
|
|
|
|
|
SALE 70%
Harga sebelum sale: rm100
Harga lepas sale: rm70
Harga sebenar: rm40
lu pk la sendrik..
|
|
|
|
|
|
|
|
profesor skolah mana nih?
minyak masak pun diimport? justeru itu terdedah kpd turun naik rega pasaran dunia
agak2 lah nak auta org kampung pun |
|
|
|
|
|
|
|
CUEPACS CUEPACS CUEPACS |
|
|
|
|
|
|
|
dah mula balik lah
akal nak puaka kan
mulut rakyat jugak
bukan salah kerajaan
faktor peniaga
faktor cuaca
faktor musim perayaan
kerajaan tak de kuasa
tentukan hargaaaaaaaaaaaa
kerajaan tak de power
dah tau dahhhhhhhhhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Haer posted on 22-5-2014 05:08 PM
Kita admit ada bencana alam yang menyebabkan harga barangan meningkat, sesuatu yang di luar kawalan ...
setahu saya utk barang keperluan yg diimport, kita ada kontrak jangkapanjang, sudah lock sesuatu harga itu pada masa kontrak di sign
mmg keja menipu org kampung sajalah kalu bulan lepaih banjir kat siam, kita dah terkocoh naik rega beras, atas alasan bekalan kurang sbb bencana alam
|
|
|
|
|
|
|
|
Haer posted on 22-5-2014 05:08 PM Kita admit ada bencana alam yang menyebabkan harga barangan meningkat, sesuatu yang di luar kawalan ...
saya ambil satu contoh...harga bawang kecil merah yg dimport dari India....satu ketika dulu..india banjir besar...so...harga bawang kecil tersebut kurang masuk diMalaysia...maka stok tak banyak..sebab tu para peniaga jual bawang dari india ni mahal.
satu lagi contoh terbaik ialah..beras..satu masa banjir besar jugak...masa tu Thailand sendiri nak jual herga yg tinggi pada Malaysia..kalau tidak mereka nak jual dalam negara mereka sendiri jah...itulah kesannya bencana alam ini.
macai2 mana mereka tahu semua tu...mereka tahu menyalak sahaja..
|
|
|
|
|
|
|
|
iyalah iyalah kita
tunggu dan lihat bahawa
bakal turun harga
seperti yang di canang
mohon prof letak jawatan
jikalau tidak berlaku seperti
yang di janjikan
|
|
|
|
|
|
|
|
satu contoh lagi ialah apabila Dr M beli getah dan stokkan didalam negara..apa tak ada kontrak jangka panjang ka waktu itu...
apa jadi lepas itu..getah semakin kurang dipasaran dunia...nak pakai getah tiruan..tayar kapalterbang boleh pakai getah tiruan ke?...maka selepas itu harga getah melambung2 tingginya.
macai politik tahu tak mende ni semua?..atau kebodohan melampau2.. |
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 22-5-2014 05:17 PM
setahu saya utk barang keperluan yg diimport, kita ada kontrak jangkapanjang, sudah lock sesuatu h ...
Yerp, dalam pasaran komoditi, kita ada future price untuk specific date. Tapi kita assume saja pembekal kita beli secara pasaran terbuka, dan option kita terhada didalam mengawal harga barang. Tetapi kita masih boleh minimize kan impak kenaikkan dgn mengawal kenaikan yg kita boleh guna pakai contoh subsidi
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 22-5-2014 05:23 PM
saya ambil satu contoh...harga bawang kecil merah yg dimport dari India....satu ketika dulu..india ...
Apabila kita tahu harga sudah naik, dan diluar kawalan kita, kenapa kita perlukan kurangkan lagi subsidi yg boleh memberi impak kepada kos?
|
|
|
|
|
|
|
|
Haer posted on 22-5-2014 05:40 PM
Apabila kita tahu harga sudah naik, dan diluar kawalan kita, kenapa kita perlukan kurangkan lagi s ...
krn bila harga naik..kerajaan pula yg kena tanggung kos subsidi yg melambung tersebut..tambahan pertambahan penduduk diMalaysia..opkoslah kos subsidi pun akan naik juga...tapi setakat ini ada berapa2 subsidi sahaja dikurangkan..tak semua..gula misalannya...minyak misalannya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Haer posted on 22-5-2014 05:40 PM
Apabila kita tahu harga sudah naik, dan diluar kawalan kita, kenapa kita perlukan kurangkan lagi s ...
dan disinilah peranan pembeli jugak utk menanggani kenaikkan kos disebabkan bencana alam tersebut..bukannya meminta kerajaan pula tambah subsidi sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Haer posted on 22-5-2014 05:38 PM
Yerp, dalam pasaran komoditi, kita ada future price untuk specific date. Tapi kita assume saja pem ...
yg paling samdol ialah apabila harga sesuatu komoditi itu dijangka akan turun, tapi depa pi buat medium term contract pada rega lebih dari rega pasaran ketika itu...atas alasan: KALAU rega naik kita akan untung
tapi memang benerrrrr rega komoditi turun dan tak naik ke rega yg sudah kita sign
camana kos sabsidi tak makin meningkat jika kita serahkan kepada samdol sebegini utk uruskan negara?
-samdol dan juga komoditi tidak disebutkan atas sebab2 keselamatan-
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 22-5-2014 04:56 PM
org ekonomi dan akaun pun belum tentu faham..sebab apa?..
mmg betul GST bukan penyebab.. tapi macai2 macam hang yg hinalah penyebabnya kerana jadi pendokong kerajaan yg bebal, faham kot?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|