CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3340|Reply: 2

Apa Salahnya benda baik ??? Apa salahnya nabi tak larang ???

[Copy link]
Post time 22-5-2014 09:45 PM | Show all posts |Read mode

Nur Puteri Dayana





Apa Salahnya benda baik ??? Apa salahnya nabi tak larang ???
Biasanya hujah ahlul bidaah inilah yg sering kita jumpa untk menghalalkan bidaah yg mereka lakukan.
Bidaah menurut Imam Syatibi di dalam Al I'tisam adalah :
طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه
Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Bila seseorang lakukan bidaah yakni benda yg tiada contoh dari nabi s.a.w dalam bab agama islam.Sebagai contoh mereka lakukan solat tahiyatul masjid secara berjemaah,membuat tahlilan arwah,membaca quran masa usung jenazah,memang hal ini tidak dilarang oleh nabi s.a.w sebab ianya tidak berlaku di zaman nabi s.a.w.
Bagaimanakah sesuatu yg tidak berlaku zaman nabi s.a.w nabi nak larang.Seperti juga sifat 20 ada yg kata berikan fatwa imam mazhab 4 yg haramkan sifat 20,mmg lah mereka tak haramkan sbb sifat 20 pun blum wujud lagi zaman mereka.
Memberikan hujah nabi tidak larang utk mereka lakukan bidaah adalah sama sekali termasuk org yg jahil sedangkan perkara yg mereka lakukan zaman nabi tidak wujud bagaimana nabi nak melarangnya.
_______________________________________________________
Ini beberapa perkara yang nabi tak lakukan tapi nabi dan sahabat larang :
1.Sahabat nabi dilarang melakukan perkara yg tidak menjadi sunnah nabi s.a.w seperti tidak meninggalkan puasa,tidak tidur utk beribadah semata2 dan tidak berkahwin.
“Tiga orang sahabat Nabi datang ke rumah isteri-isteri Nabi S.A.W. Mereka ingin bertanyakan tentang ibadah yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. Setelah mereka mendapatkan maklumat tentang ibadah Nabi, seakan-akan mereka menganggap bahawa amalan mereka sedikit. Mereka menyatakan: “Di mana kedudukan kita dibandingkan dengan Nabi S.A.W ? Padahal Nabi telah diampuni dosa-dosanya baik yang telah lalu mahupun yang akan datang.” Akhirnya salah seorang di antara mereka berkata: “Adapun saya, akan mendirikan solat malam selamanya (tidak pernah tidur malam).” Yang kedua berkata: “Sedangkan saya akan berpuasa selamanya, tidak ingin berbuka walaupun sehari.” Adapun sahabat terakhir berkata: “Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan bernikah selamanya.” Maka kemudian Rasulullah datang menemui mereka dan bertanya:
“Apakah benar kalian yang menyatakan demikian dan demikian? Demi Allah, sungguh aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dibanding kalian. Aku adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah dibanding kalian. Akan tetapi aku berpuasa juga berbuka. Aku mengerjakan solat malam dan aku juga tidur. Aku pun menikahi kaum wanita. Maka barangsiapa yang membenci sunnahku, dia bukan termasuk golonganku.”
(HR. Al-Bukhari no. 5063 dan Muslim no. 1159)
2.Ibadah nazar yg nabi larang
Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu berkata:
بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ إِذَا هُوَ بِرَجُلٍ قَائِمٍ فَسَأَلَ عَنْهُ فَقَالُوا أَبُو إِسْرَائِيلَ نَذَرَ أَنْ يَقُومَ وَلَا يَقْعُدَ وَلَا يَسْتَظِلَّ وَلَا يَتَكَلَّمَ وَيَصُومَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرْهُ فَلْيَتَكَلَّمْ وَلْيَسْتَظِلَّ وَلْيَقْعُدْ وَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ
Semasa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan khutbah, baginda melihat seorang lelaki berdiri di bawah cahaya matahari lalu baginda bertanya tentangnya. Para sahabat berkata: Dia ialah Abu Israil. Dia bernazar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh, tidak bercakap dan akan berpuasa.  Baginda berkata: “Beritahu kepadanya agar (hendaklah dia) bercakap, berteduh, duduk dan biarkan dia terus berpuasa.”
Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 6210.
3.Nabi melarang gelaran tambahan Sayyidina kpd baginda :
عَنْ مُطَرِّفٍ قَالَ: قَالَ أَبِي انْطَلَقْتُ فِي وَفْدِ بَنِي عَامِرٍ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْنَا:  أَنْتَ سَيِّدُنَا! فَقَالَ: السَّيِّدُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى! قُلْنَا: وَأَفْضَلُنَا فَضْلاً وَأَعْظَمُنَا طَوْلاً.  فَقَالَ: قُولُوا بِقَوْلِكُمْ أَوْ بَعْضِ قَوْلِكُمْ وَلاَ يَسْتَجْرِيَنَّكُمْ الشَّيْطَانُ.
Dari Mutarrrif bin Abdullah radhiallahu ‘anhu berkata bahawa ayahnya pernah bersama satu rombongan daripada Bani Amir pergi untuk berjumpa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila mereka tiba, mereka berkata kepada Rasulullah:  ‘Anta Sayyidina’ (Engkau Tuan kami). (Mendengarkan yang demikian). Rasulullah menjawab: ‘Tuan kamu ialah Allah Tabaraka wa Ta’ala!” Mereka (Bani Amir) berkata lagi: ‘Engkau adalah yang paling mulia kemuliaannya, dan yang paling besar kemuliaannya’. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Berkatalah kamu dengan perkataan itu, akan tetapi janganlah sampai syaitan menjadikan kamu sebagai wakilnya!.’
4.Bersin dengan tambahan bacaan selawat kpd baginda :
Daripada Nafi’ beliau meriwayatkan bahawa pada suatu ketika seorang lelaki telah bersin di sisi Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhu lalu lelaki tersebut berkata:  "Alhamdulillah wassalam 'ala Rasulillah." (Mendengarkan yang demikian) berkatalah Ibnu 'Umar: "(Adakah) saya mengucapkan "Alhamdulillah wassalam 'ala Rasulillah?.”  Bukanlah ucapan seperti ini (yang diajar oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam  kepada kami tetapi) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan kepada kami ucapan ini: "Alhamdulillah 'ala kulli haal.”
Hadis riwayat at-Tirmidzi dalam Sunan al-Tirmizi, no. 2662 dan al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 7691.
____________________________________________________
Beberapa perkara ibadah nabi tak buat tapi nabi benarkan sahabat lakukan :
1.Solat sunat wuduk dilakukan Bilal bin Rabbah bukan amalan nabi s.a.w ttpi nabi benarkan dan akuinya.
Dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada Bilal radhiallahu ’anhu tentang amalan yang dia lakukan sehingga dengan amalan itu baginda mendengar bunyi terompahnya di dalam Syurga, maka Bilal radhiallahu ‘anhu menjawab dengan katanya:
مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُوْرًا فِيْ سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُوْرِ مَا كُتِبَ لِيْ أَنْ أُصَلِّيَ.
Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang paling aku harapkan, hanya sahaja setiap kali aku bersuci (berwuduk), sama ada pada waktu malam atau siang hari, aku sering mengerjakan solat setelah berwuduk.
Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 1149.
2.Ucapan bangkit dari rkuk dgn tambahan hamdan katsiran thoyyiban.Namun hal ini nabi s.a.w benarkan ia.
Pernah suatu ketika apabila baginda bangkit daripada rukuk dalam satu solat bersama para sahabat, baginda terdengar salah seorang daripada mereka membaca: Rabbana lakal hamdu hamdan katsiran thoyyiban mubarokan fihi.
Sebaik sahaja selesai solat, baginda bertanya siapakah di kalangan mereka yang membaca doa berkenaan dan sahabat yang membaca tadi membuat pengakuan. Lalu baginda pun mengkhabarkan kepadanya bahawa dengan doa berikut, baginda melihat seramai tiga puluh orang malaikat saling berebutan untuk mencatatnya. Sila rujuk Shahih al-Bukhari, no. 799 bagi melihat riwayat yang dimaksudkan.
Ini dinamakan sebagai Taqirriyah yakni pengakuan dari nabi s.a.w memandangkan pada masa itu agama Islam belum lagi ada wahyu kesempurnaannya maka ianya halal selagimana nabi s.a.w benarkan dan tidak melarangnya.Adapun jika sekarang ini kita nak lakukannya maka ianya tidak boleh lagi :
Kerana agama islam sudah sempurna.
Nabi s.a.w sudah wafat siapa nk akuinya perkara itu boleh dilakukan kerana ianya wajib ada autoriti dari nabi s.a.w utk benarkan hal yg nabi xbuat kita pergi buat.
Org yg buat bidaah ni dapat pengakuan dari siapa ? Nabi s.a.w telah wafat.Ataukah mungkin ada wahyu baru yg turun ?Pengakuan dari tok sheikh tak valid kerana tok sheikh tidak dpt wahyu mcm nabi s.a.w yg dpt wahyu sbb Allah yg menurunkan agama ini jadi Allah swt yg berhak memutuskan segalanya boleh atau tidak ttg sesuatu perkara.Jadi nabi jadi perantaraannya.Quran dan sunnah sudah ditinggalkan oleh nabi s.a.w sbg petunjuk bagi org yg beriman.
Banyak lagi hal syubhah yg ditimbulkan ahlul bidaah seperti hal tarawikh berjemaah,hal usman bukukan al quran,hal usman perintahkan azan dua kali...Sebenarnya utk pendekkan hujah cukuplah beriman dgn hadis nabi s.a.w yg berikan autoriti kpd para sahabat khulafa ar rasyidin yakni mengikuti mereka samalah mengikuti sunnah.
فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ، تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ.
Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham.  
Hadis riwayat Abu Daud, no. 4607, at-Tirmidzi, no. 2676 dan al-Hakim 1/95
Analogi NPD :
Anda bekerja di kilang dan DESCRIPTION tugas anda telahpun diberikan dan bos anda kata segala yg ada dalam buku kecil itu,itulah tugas anda.Selain itu bukan tugas anda.Jangan lakukan tugas selain yg ada di dalam buku kecil itu.
Senarai tugas anda ialah :
Kira stok coklat
Tampalkan sticker pada botol coklat
bungkuskan coklat dalam kotak
3 tugas ini diberikan kpd pekerja kilang ini.
Maka tak perlu lagi bos kilang itu pesan,yang ni xboleh buat yg tu xboleh buat,xboleh cuci lantai,xboleh sentuh bahan2 mentah coklat.
Adapun di luar bidang kerja itu xmengapa selagi bos tak larang seperti nk pergi toilet,nak garu gatal di tangan,nak duduk atas kerusi.Dan sebagainya yg tidak melbatkan proses kerja.
Jadi pekerja ini tidak boleh argue selain buat dari 3 tugas di atas ini sahaja.Dia xboleh nk argue dgn bos utk buat kerja lain,dia xboleh kata eh bos takde larang pun.Kalau bos nk cakap satu2 mcm budak tadika jenuhlah itu xboleh buat ini xboleh buat.Cukup saja bos kata buat saja tugas yg ada dalam buku kecil itu selain itu bukan tugas anda.Jangan lakukan tugas lain selain yg ada dlm buku itu.
Analogi lain :
Sama juga ibu suruh beli santan 1 kilo di kedai Samihan pergi beli telur dengan alasan ibu tak larang pun beli telur.Pasti ibu itu merasa sedih kerana mendapat seorang anak yg dungu.Perintah suruh beli santan,pergilah beli santan 1 kilo.
Kemudian si Abu pula pergi beli santan 2 kilo,alasannya adalah daripada beli 1 kilo lebih baik beli 2 kilo lagi byk.Juga ibunya merasa sedih,kerana byk effectnya,pertama merugikan utk simpan lama2 nanti cepat basi.Tambahan pula ibu bagi duit cukup2 utk beli 1 kilo santan,beli dua jadi terpaksa hutang di kedai.Ini lah effect lain suruh lain dibuatnya ats dasar niat baik dan ats dasar ibu tak larang.
Samalah juga hadis nabi s.a.w :
Nabi dah beritahu secara umum,xperlu lagi nabi sebut satu2,dan larang satu2..Xperlu jadi budak tadika eh nabi xlarang pun.Cukuplah dgn hadis ini :
Sesiapa yg diberi oleh Allah petunjuk maka tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang telah disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pentunjuk kepadanya. Dan sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah dari Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk kejahatan adalah mereka-reka (pembaharuan didalam agama) dan setiap rekaan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah tempatnya didalam neraka...."
- HR An-Nasaai.
عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  : "من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه – وفي رواية: من عمل عملاً ليس عليه أمرنا – فهو رد" متفق عليه.
Daripada `Aishah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara mengenai urusan agama kami, yang bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak. Dalam satu riwayat yang lain: Sesiapa yang melakukan satu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka ia adalah tertolak.  (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
NOTED : Bidaah ini dalam soal agama itu yg nabi s.a.w maksudkan,jadi penggemar bidaah yg tiada hujah jgnlah bertanyakan soalan yg menunjukkan diri tidak mengaji hal bidaah seperti mengatakan FB ini bidaah,laptop bidaah,saya tak teragak2 untuk block kerana tidak spesifik kpd hujah.CUba utk alihkan topik kpd bab yg xsepatutnya.Sila berikan hujah dgn ilmiah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2014 11:33 PM | Show all posts
solat terawikh nabi buat 8 rakaat, start zaman saidina umar as, ia didirikan 20 rakaat dan berjemaah.

adakah saidina umar ahli bidaah, dan adakah saidina umar as ahli neraka?

kalau mengikut puak wahhabi, bidaah tu sesat, sesat tu neraka.

amacam?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 02:03 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Nur Puteri Dayana tu cantek tak...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053934 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list