|
Solekan di bahagian kening sememangnya memaparkan kelainan di wajah anda. Tidak dinafikan masih ramai wanita yang tidak mengetahui cara yang betul untuk membuat lakaran di bahagian ini. Selain lakaran kening, bulu mata juga memainkan peranan dan mampu menarik perhatian ramai.
Lakar Kening
Perhatikan jarak mata untuk menentukan kedudukan kening yang sebenar. Seandainya jarak mata berjauhan, lakaran kening dilukis ke dalam dan jika mata terlalu berdekatan, lakaran kening perlu direnggangkan.
Bulu Mata Tebal
Untuk yang tidak suka memakai bulu mata palsu, kepit bulu mata anda dengan pelentik bulu mata. Seterusnya, maskara dimasukkan ke dalam bedak tabur dan diaplikasikan ke bulu mata. Celup sekali lagi ke dalam bekas maskara dan diaplikasikan kembali ke bulu mata.
|
|