CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5373|Reply: 27

[Tempatan] Jutawan segera di zaman pra gst...tahniah ler... x perlu risau!

[Copy link]
Post time 27-5-2014 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Pemenang RM1 Juta Al-Awfar Tak Dapat Tidur Malam
   
Pemenang Al-Awfar anjuran Bank Islam. Dari kiri Idayu Idris, Mohd Idrus Ibrahim dan Mohd Hafiz Abd Khalid.


PETALING JAYA: Memperolehi  wang berjumlah RM1 juta pada usia muda pasti tidak pernah terjangkau dek fikiran. Namun itulah yang berlaku kepada tiga pemenang cabutan pemegang akaun Al-Awfar anjuran Bank Islam yang diumumkan pada Selasa. Menurut salah seorang pemenang, Idayu Idris,35, dia membuka akaun Al-Awfar bertujuan menyimpan duit untuk kegunaan peribadi.

"Saya sendiri tidak tahu pun mengenai cabutan ini. Saya hanya simpan duit hasil perniagaan online, sebagai stokis Double Stem Cell ke dalam akaun Bank Islam.
"Jujurnya, saya tidak pernah menyangka dan pada mulanya pihak Bank Islam tidak dapat menghubungi saya kerana saya telah bertukar nombor telefon.

"Memang sudah dikatakan rezeki saya, kawan telah memaklumkan nama saya diumumkan sebagai pemenang cabutan Al-Awfar dan saya menghubungi pihak bank dua hari selepas itu," katanya kepada mStar Online pada majlis penyampaian replika cek kepada pemenang cabutan bertuah Al-Awfar di Menara Star pada Selasa.
Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, dia merancang untuk terus menyimpan wang yang dimenanginya itu bagi kepentingan anak-anaknya serta menunaikan haji bersama keluarga.
"Memang saya tak terfikir sebab semua ini datang mengejut. Saya bersyukur kerana selama ini saya hanya menyimpan duit dalam akaun Bank Islam, kerana takut untuk membawa wang tunai terlalu banyak.

"Saya juga ada menyarankan kawan-kawan agar menyimpan duit di Bank Islam selepas ini. Mana tahu mungkin ada rezeki mereka pula selepas ini," katanya.



Idayu (kiri), Mohd Hafiz (dua kiri), Datuk Seri Zukri dan Mohd Idrus (dua kanan) bersama replika cek masing-masing.
Bagi seorang lagi pemenang, Mohd Hafiz Abd Khalid, 31, dia merancang untuk menyelesaikan pinjaman kewangannya terlebih dahulu.

"Saya hendak selesaikan hutang kereta dan rumah. Selepas itu saya mahu simpan untuk masa depan anak-anak. Memang ada niat nak pergi haji," katanya.

Bapa kepada empat orang anak ini berkata, dia membuka akaun Bank Islam di cawangan Pekan untuk membayar pinjaman peribadi dan ansuran rumahnya.

Hafiz yang juga Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya, di TUDM Gong Kedak, itu berkata sejak mendapat panggilan telefon daripada Pengurus Bank Islam cawangan Pekan, dia tidak dapat melelapkan mata.

"Saya memang tidak tahu mengenai kempen anjuran Bank Islam ini. Masa mula dapat berita memang tak percaya bila kawan saya beritahu. Bila saya semak di laman web Bank Islam  saya pun terkejut dan hendak tidur malam pun tak boleh," katanya.

Pemenang ketiga, Mohd Idrus Ibrahim, 27, berkata dia ingin membawa ibu dan ayahnya menunaikan haji dengan wang yang dimenanginya itu.

"Saya hendak hantar mak ayah pergi haji. Sehingga hari ini saya masih tak percaya dengan kemenangan yang saya perolehi.

"Saya juga hendak simpan duit untuk persiapan kahwin saya satu hari nanti," katanya.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat.

Di bawah kempen Al-Awfar pengguna perlu menyimpan sebanyak RM1,000 selama empat bulan bermula daripada Januari hingga April 2014.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 01:16 AM | Show all posts
Pergh....alhamdulilah, kalau dah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
untunglaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 01:34 AM | Show all posts

Aku Tang Bab Nasib Ni

Memang out..

Setakat menang cabutan bertuah function jabatan ade le.

Yang mampu kuucapkan hanyalah:





Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
bahaye kalu org tau kite ni menang ape2,menang loteri ke,mmg akan jd sasaran sedare mare yg xpernah jumpe,kawan2 yg xpernah tegur,strangers2 yg tibe2 sedia membantu, atau penyamun2 yg dah get ready dgn plan nak mrompak bagai, tu blom lg dgn yg dengki2 hantar pelesit bg sakit derita, kalu dpt pitis byk jgn dok canang, ni kan msia lg2 dipenuhi dgn org melayu khenn
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 03:09 AM | Show all posts
Untung nye..ble lah aku nak menang 1 billion nie.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2014 07:26 AM | Show all posts
ape hal tayang muka ..kan cari pasal nanti ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:30 AM | Show all posts
Aku bukak akaun bank muamalat sbb benda2 gini la
hampeh xdpt jugak berbulan2 tggu
1 hadiah pon xdpt
mmg xde luck la...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya..
Ada gak pemenang melayu menang peraduan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 08:27 AM | Show all posts
berdasarkan berita2 dulu
mana2 Melayu yg menang RM1 juta
memang tetiba byk dtg ke rumah mengaku saudara jauh
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 08:30 AM | Show all posts
mmg dah rezeki dorang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
untung r badan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:43 AM | Show all posts
sekejap jer nanti kena hurung dgn sahabat handai, sedara mara mintak pinjam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:09 AM | Show all posts
bestnye....rezeki rezeki....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:15 AM | Show all posts
Murahnya rezeki..aku bab bab ni memang tak de rezeki baik lucky draw family day mahupun dinner company...jarang nama naik
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:22 AM | Show all posts
waahhhh betul2 durian runtuh.. syukur Alhamdulillah.. btambahla sikit Melayu & Islam kaya kat negara nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 10:22 AM | Show all posts
sapp73 posted on 29-5-2014 10:15 AM
Murahnya rezeki..aku bab bab ni memang tak de rezeki baik lucky draw family day mahupun dinner compa ...

samalah dgn ana ni
xdenya nak lucky, mmg sedih
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:27 AM | Show all posts
fatehana posted on 29-5-2014 10:22 AM
samalah dgn ana ni
xdenya nak lucky, mmg sedih

Kita tengok ajelah ana, selau sipi sje no yang miss aaaa...tapi adik ipar memang jenis bernasib baik...tiap tiap tahun asal lucky draw annual dinner ada je nama dia naik, maca macam dapat, tv, oven , microwave...jenuh mengangkut
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:47 PM | Show all posts
alhamdulillah.. itu namanya rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 05:52 PM | Show all posts
IDAYU IDRIS adalah kakak aku..tahniah diucapkan....harap2 jangan lupa kat aku lah...muehehehehe..tapi sampai skrg takde inform lagi pada ahli keluarga..tapi berita sudah tersebar 1 dunia..oh oh oh its ok...apa2 pn tahniah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.072577 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list