Kucing KAX kini semakin mendapat perhatian selebriti di Malaysia.
Anda juga boleh temui kucing KAX ini di Kuala Lumpur. Ada nampak tak kucing KAX ini di stesen LRT Masjid Jamek?
Sejak beberapa hari kebelakangan ini kalau anda perasan, ramai selebriti kesayangan anda dilihat sentiasa bersama patung comel Kax untuk menemani mereka ke mana mana sahaja — makan, tidur, pergi gym, melancong dan sebagainya.
Selain itu, Hanis Zalikha, Fizo dan Dafi juga tidak melepaskan peluang menjadikan KAX sebagai peneman mereka
Ahli perniagaan dan selebriti berjaya, Fizo Omar pula menjadikan Romeo yang berbaju Netherland sebagai BFFnya.
Romeo merupakan Kax yang kasanova. Walaupun menawan tapi dia jenis yang suka pikat perempuan.
Fenomena KAX turut melanda Kuala Lumpur dengan lukisan mural di terowong stesen LRT Masjid Jamek
Ini dia pelukis-pelukis tempatan yang menjadikan terowong stesen LRT Masjid Jamek 'hidup' dengan kehadiran 8 Kucing KAX
Mural KAX di terowong stesen LRT Masjid Jamek ini mengambil masa selama 2 minggu untuk disiapkan