Novel Sandera mengisahkan perjuangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah. Watak-watak utama dalam kisah ini, iaitu Busad, Hakim Mahmud, Zahid, Andang, Sapiah, Mahadi dan Bahar berjuang melalui jalan yang berbeza tetapi dengan matlamat yang sama, iaitu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Perjuangan mereka berhadapan dengan penjajah menghadapi pelbagai rintangan. Tetapi yang menyamakan nasib mereka dalam perjuangan ialah keterpaksaan menerima nasib sebagai sandera (orang yang tertawan) dan derita kerana perang.