Tiada Jodoh Dengan Hans Isaac, Neelofa Sahkan Sudah Putus Cinta
Ada sesiapa yang bertepuk tangan dan bersorak gembira ke dengan berita ni? Tipulah kalau tak ada, Neelofa kan cantik idaman ramai lelaki. Hans pula jejaka kacak kegilaan gadis-gadis Malaysia. Ya untuk mengesahkan sekali lagi, memang benar Neelofa sudah membuat pengakuan terbuka kepada akhbar tempatan hari ini berkenaan hubungannya dengan Hans yang telah lama putus sejak bulan Februari lalu. Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu. Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali. Justeru, saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua.
Tapi seingat kami, baru-baru ini Neelofa ada membuat kenyataan di sebuah akhbar mengenai Hans dan artikel tersebut seolah-olah menggambarkan hubungan mereka masih lagi baik. Hmm, agak pelik di situ. Kalau ada yang masih ingat, Neelofa dan Hans digosipkan bercinta sekitar dua tahun lalu. Tetapi kedua-duanya tak pernah mengesahkan perkara itu. Tak mengapalah, mungkin tak ada jodoh antara Neelofa dan Hans. Semoga kedua-duanya berjumpa pasangan hidup yang lebih sesuai dengan mereka.
Last edited by maxim on 7-7-2014 10:16 PM
|