CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2702|Reply: 13

[Tempatan] Lembu ada tag baru menandakan ianya HALAL

[Copy link]
Post time 16-6-2014 09:57 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan Tag Penandaan Karkas untuk daging lembu mentah sebelum dijual di pasaran tempatan mulai hari ini, sebagai jaminan produk tersebut selamat, halal dan bersih.
          
        Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tag itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu tag ungu atau K1 bagi karkas yang dikeluarkan dari rumah penyembelihan berlesen dan mempunyai pemeriksa veterinar.
          
        Tag kuning (K2) bagi rumah penyembelihan berlesen yang dipantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan tag merah (K3) untuk penyembelihan di luar rumah penyembelihan berlesen tetapi mempunyai akuan kebenaran sembelihan oleh JPV, katanya
          
        Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan tag penandaan itu di Kompleks Abatoir di sini hari ini.
          
        Beliau berkata penggunaan tag penandaan itu adalah untuk meningkatkan keyakinan pengguna bahawa daging tersebut telah menjalani proses yang mematuhi peraturan kesihatan awam veterinar.
       
        Ismail Sabri berkata, tag tersebut adalah penambahbaikan kepada konsep terdahulu yang hanya menggunakan 'tanda merah' yang diwarnakan kepada daging lembu sebagai menandakan yang ia telah diperiksa dan diluluskan oleh JPV.
          
        "Konsep lama yang menggunakan tanda merah pada daging mentah mempunyai kelemahan kerana ia sukar dibaca malah mudah ditiru pihak tidak bertanggung jawab.
          
        "Oleh itu, tag penandaan terbaharu ini kita hasilkan dengan dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi serta mempunyai sistem daya jejak dan kita mula edarkan kepada 25 rumah penyembelihan ruminan seliaan JPV di bandar besar dulu sebagai permulaan," katanya.
          
        Ismail Sabri berkata, dengan tag itu, masyarakat akan menjadi lebih yakin kerana ia berupaya memberikan maklumat tentang tarikh serta tempat karkas itu disembelih, selain nama pemeriksa daging tersebut melalui imbasan kod menggunakan aplikasi yang dimuat turun di telefon pintar.
          
        Pengguna juga tidak perlu risau tentang kenaikan harga karkas sekiranya peniaga menggunakan tag itu kerana sehingga kini, kos pengeluaran tag  ditanggung sepenuhnya oleh JPV, katanya.-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 11:24 PM | Show all posts
so sapa dapat kontrak supply tag ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lembu nfc halal tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:28 AM | Show all posts
dah berkilo telan daging ..baru nak memebel pasai neh pulak ....yag cadang otak somo ajoh ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 05:11 AM | Show all posts
bagus jugak tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Depa pun aware dengan halal haram
Ku ingat jenis bedal j
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2014 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ummah cina yg kata kononnya takde cina malaysia tak maju, padahal org2 islam dan melayu lah yg memajukan mereka... kalau berani letak la produk brand nama tok pekong ke, ah so busuk ke... ni sibuk nak letak brand nama melayu dan logo islam... kalau berani balik china la tengok bley survive ke tak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2014 09:30 AM | Show all posts
tag nanti akan membezakan daging yg tercemar dgn DNA babi
dgn yg halal sikit2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 09:39 AM | Show all posts
iyelahhhhh pak menteri... buat masa ni tag kau yang tanggung. tak lama kemudian, tag tu kau serahkan kat anak menakan kau pulak. ni semua cara nak tambah kos kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 09:56 AM | Show all posts
sahamboi posted on 17-6-2014 08:25 AM
ummah cina yg kata kononnya takde cina malaysia tak maju, padahal org2 islam dan melayu lah yg memaj ...

betul sgt tu.
kalau tak kerana tu..manakan laku produk bihun cap masjid dan Eka Fatimah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 10:02 AM | Show all posts
pinkzara posted on 17-6-2014 09:56 AM
betul sgt tu.
kalau tak kerana tu..manakan laku produk bihun cap masjid dan Eka Fatimah

utk pengetahuan korg, kilang bihun cop masjid udah kebabo tebako. pg tadi lalu kat kilang tu, ada 2 keta bomba baru selesai padamkan api. x tau ler saja bako kot, boleh claim insuran kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 10:06 AM | Show all posts
balqishku posted on 17-6-2014 10:02 AM
utk pengetahuan korg, kilang bihun cop masjid udah kebabo tebako. pg tadi lalu kat kilang tu, ada  ...

alah..bihun pun terbako jugakkah atau telah dilarikan utk direpackaging dgn nama islamik lain pulak..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 10:08 AM | Show all posts
pinkzara posted on 17-6-2014 10:06 AM
alah..bihun pun terbako jugakkah atau telah dilarikan utk direpackaging dgn nama islamik lain pula ...

tak perasaan la pulak. harus ler tebako, ms lalu tu sempat jeling je. harus ler bukak kilang cop surau lak lps nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 03:31 PM | Show all posts
bagus jugak buat macam ni. tapi kalau berjaya ditiru jugak tag tu taktau la nak kata apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044898 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list