CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Novel] Jangan Biarkan Dia Pergi

[Copy link]
 Author| Post time 10-8-2014 10:16 PM | Show all posts
Noorlie posted on 10-8-2014 09:57 PM
maaf ye nk tanya SR tu apa?hehehe
sy br je dlm forum ni..kbtln nmpk cite ni..sy start bc dan ia men ...

SR tu silent reader...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2014 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 10-8-2014 10:16 PM
SR tu silent reader...

ohh.ok..updated ye smbg novel ni nanti..x sbr nk tahu ending nya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 04:07 PM | Show all posts
dah berapa hari xde hupdate ni nay
cepat sikit hupdatenya

next next next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2014 04:45 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-8-2014 04:07 PM
dah berapa hari xde hupdate ni nay
cepat sikit hupdatenya

hamboiii... orang lain rilex ajer
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 12-8-2014 04:45 PM
hamboiii... orang lain rilex ajer

Ehhh tu org lain, ni akak ok
Tentulah lain
So akak ttp nak kata
Next next next
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 10:39 PM | Show all posts
next plsssssssss

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2014 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
fatehana posted on 12-8-2014 06:25 PM
Ehhh tu org lain, ni akak ok
Tentulah lain
So akak ttp nak kata

yee lah2 bulan depan baru nay hupdate











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2014 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
chit_ana posted on 12-8-2014 10:39 PM
next plsssssssss

in sha allah... cuba update secepat mungkin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 07:57 AM | Show all posts
nanti sambung ya Nay... Good luck mencari waktu utk masukkan entry baru...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 09:40 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 13-8-2014 06:37 AM
yee lah2 bulan depan baru nay hupdate

mohteppp bulan depan br nak hupdate

lain kali kata ajelah tahun depan kan senang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:02 AM | Show all posts
Bab 27

Ariff merenung kasih Rania yang duduk bertentangan dengannya. Betapa dia merindui gadis itu. Dari redup pandangan Rania, dia juga tahu yang gadis itu juga menyimpan rasa rindu terhadapnya. Kalau Afizah tidak ada di situ mahu sahaja dia memeluk Rania untuk melepaskan kerinduan yang semakin menggebu.

“Hoi…. Agak-agak lah. Main-main mata pula di meja makan.”

Afizah sengaja bersuara kuat. Geram betul dia melihat Rania yang tak berkedip mata melihat Ariff. Tahulah sedang hangat bercinta. Tengoklah orang kiri kanan dulu. Duk main-main mata dirinya pula yang menahan lapar.

“Ishhh kau ni. Kacau daun betul lah.” Sembur Rania.

“Nia, kita makan dulu sayang. Kesian kat Fia dah lapar.” Ariff cuba meredakan kehangatan rindunya.

“Makan dulu. Korang nak bercinta bagai tunggu lah lepas habiskan makanan ni. Aku lapar tau.”

“Ya lah. Nah, awak suka makan ayam golek kan. Nia masak khas untuk awak.” Rania memotong seketul peha ayam dan di beri kepada Ariff. Sepotong lagi di letakkan dalam pinggannya. Manakala untuk Afizah di ambil sepotong ayam rendang kerana dia tahu Afizah tidak suka makan ayam golek.

Sedang enak menjamu selera Rania berhenti. Dia mengambil satu pinggan kosong dan dan diisi nasi putih dan juga beberapa lauk yang ada di atas meja. Afizah memandang sahaja setiap perlakuan Rania dengan tanda tanya. Rasanya semua dah ada di meja jadi pada siapa lagi Rania hendak simpankan makanan.

“Kau buat apa tu Nia?”

“Aku lupa Baby ada kat dalam bilik. Dari petang tadi tak keluar. Aku kesian kat dia sebelum kau balik tadi dah berapa kali dia muntah-muntah. Lepas tu aku dengar dia meraung dalam bilik.”

Afizah pandang wajah Rania. Rania bimbangkan Baby? Pelik. Rania bukan orang yang mudah untuk bersimpati dengan orang yang baru dia kenal. Apatah lagi Baby yang sememangnya tidak pernah melayan Rania dengan baik.

“Kau nak kisahkan dia buat apa? Selama ni pun dia tak pernah nak layan kau dengan baik.”

“Fia, aku rasa dia ada masalah. Kau pun tahu cara hidup dia sebelum ni kan? Mamat tu pun dah lama aku tak nampak. Berapa hari ni aku tengok Baby tu lesu semacam lepas tu muntah-muntah pulak. Kau tak boleh bayang ke apa yang berlaku?”


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:03 AM | Show all posts
Afizah tersentak. Memang dia agak kurang mengambil tahu perihal Baby selepas kes pertengkaran mereka mengenai Hilman. Baby melacarkan perang dingin terhadapnya. Malah, Rania yang tidak ada kaitan pun terkena tempiasnya.

“She’s pregnant?” Pertanyaan dilontarkan kepada Rania.

“I’m not sure but that symptoms you should be know than me isn’t?”

“Wait… Baby? Who is she?”

Soalan daripada Ariff membuatkan Rania dan Afizah terjeda. Begitu asyik membincangkan masalah Baby sehingga lupa akan kehadiran Ariff bersama mereka.

“Budak perempuan yang menyewa dengan aku.”

Ariff menganggukan kepalanya tanda mengerti. Seketika tadi dia seperti hilang arah dalam topic perbualan dua sahabat itu. Memang dia tidak tahu mengenai Baby, teman-teman Rania yang dia kenal hanya Afizah dan juga Donna.

“Hilman tu siapa pula?”

Terjegil mata Afizah mendengar nama Hilman di sebut Ariff. Betapa dia benci akan nama Hilman. Hendak mendengar nama itu pun dia rasa muak. Afizah bingkas bangun. Laju langkahnya di atur menuju bilik Baby.

“Baby, open the door!” Afizah menjerit.

Rania yang memandang tergamam. Afizah sudah naik angin. Kalau tak kena gaya ada yang akan kena lempang sekejap lagi. Rania bergegas mendapatkan Afizah. Afizah kalau sudah marah apa pun boleh berlaku.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:05 AM | Show all posts
Bab 28

Baby terjaga dari tidur. Serasa ada orang memanggil namanya sebentar tadi. Tapi siapa? Mungkin juga mainan emosi sementelah dia sekarang mengalami tekanan jiwa dan emosi. Baby meletakkan kembali kepalanya. Sejak akhir-akhir ini dia merasa pening dan mual yang amat sangat. Selepas petang tadi dia langsung tidak keluar dari bilik.

“Baby…. Baby…”

Baby tersentak. Pintunya diketuk bertalu-talu. Malah namanya juga di panggil berkali-kali. Bila dia amati betul-betul itu suara Afizah. Setelah kes pergaduhan mereka hari itu, Afizah tidak pernah lagi mengambil tahu perihal dirinya. Malah dia juga berlagak dingin walaupun dalam hatinya dia rindu hendak bergurau senda dengan Afizah.

Gugup. Itu yang di rasakan oleh Baby. Pasti perihal dia muntah-muntah tadi sudah sampai ke pengetahuan Afizah. Walaupun Afizah seorang doktor psikiatri mustahil baginya untuk tidak boleh meneka sebab Baby muntah-muntah petang tadi. Apatah lagi gaya hidupnya yang bebas sebelum ini pun di ketahui oleh Afizah.

“Baby, buka pintu ni.”

Kedengaran suara Rania pula yang memanggil dirinya. Mungkin juga mereka merasa bimbang akan dirinya yang langsung tidak keluar dari bilik. Bahkan sebutir nasi pun tidak masuk ke perut. Dia yakin Rania lebih bimbangkan dirinya berbanding Afizah. Kerana dari suara Afizah tadi dia dapat merasakan Afizah sedang marah.

Hatinya berbelah bahagi. Kalau dia buka pintu, pasti segala rahsianya akan dikorek oleh Afizah. Tapi, selagi dia tidak berganjak pasti pintu itu akan dipecahkan oleh Afizah. Bukan dia tidak kenal Afizah. Duduk bersama hampir 3 tahun membuatkan dia memahami perangai Afizah. Hanya Afizah yang tidak pernah mahu memahami dirinya.

Setipa butir bicara Rania dan Afizah didengarnya dari sebalik pintu. Suara Rania yang memujuk Afizah supaya berlembut. Bimbang akan keadaan Baby yang semakin tidak terkawal kondisinya. Entah kenapa laju saja tangannya membuka pintu bilik. Rania Dan Afizah serentak memandang dirinya yang agak serabai.

Rania memegang tangan Baby. Dia menarik Baby berjalan ke ruang tamu. Perlahan-lahan di dudukkan Baby di sofa. Matanya memberi isyarat agar Afizah menuruti langkah mereka.

“Kak Nia.” Tangan Rania digenggam erat oleh Baby untuk mencari kekuatan. Benar antara Rania dan Afizah, dia selesa dengan cara Rania.

“Arbaiah?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:07 AM | Show all posts
Tiga mata membuang pandang ke arah  suara yang menegur.

Baby terkesima.

Rania memandang pelik.

Afizah diburu persoalan?

Baby menundukkan kepala. Sungguh dia tidak sangka dugaan ini semakin berat. Sudah lama tidak bersua muka tiba-tiba hari ini dia bertemu dengan lelaki berbaju biru muda itu. Sekian lama terasing dari keluarga besar Tengku Aidil kini dia bertemu kembali dengan saudara dua pupu belah ibunya Tengku Asyfa. Baby tidak berani memandang Ariff yang berdiri di depannya.

“Arbaiah Binti Rizalman.”

“Arbaiah? Err sayang kenal ke dengan Baby?”

Baby pandang Rania. Panggilan sayang daripada Rania membuatkan dia faham kenapa Ariff berada di situ bersama mereka. Rupanya inilah Rania teman wanita yang dipuja oleh Ariff siang malam. Entah kenapa terdetik sesuatu di hati Baby. Hatinya mula dihimpit perasaan marah. Dia mahukan Ariff.

“Abang.”  Baby memeluk tubuh sasa Ariff.

Rania tersentak.

Ariff kaku. Dia pandang Rania. Sekilas pandangannya jatuh pada Afizah. Afizah mengerutkan dahinya. Kenapa Baby memeluk Ariff sedangkan Rania yang berada dekat dengannya? Hati Afizah dapat merasakan Baby mempunyai agenda.

“Baby!”  Baby tersentak dengan jerkahan Afizah. Dia pura-pura mengesat lelehan air matanya.

“Abang, I miss you so much. Sampai hati abang tinggalkan Biah. Lepas abang renggut permata Biah abang tinggalkan Biah terkapai-kapai. Lepas tu abang benarkan pula Hilman melakukan perkara yang sama pada Biah. Abang kejam. Biah ni bakal isteri abang.”

What? Bulat mata Rania mendengar ucapan Baby. Bakal isteri? Renggut permata? Who are you man?

“Biah cakap apa ni? Jangan merepek. Biah yang mahu bertunang dengan Hilman. Bila masa abang sentuh Biah??”

“Abang lupa ke? Masa kita di rumah nenek Engku. Malam tu kita kebasahan sebab hujan. Malam tu abang…… abang yang goda Biah. Biah benarkan saja setiap perlakuan abang sebab Biah cintakan abang.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:08 AM | Show all posts
“Baby kau jangan nak mengarut. Sebab kau tengah mengandung sekarang jadi kau nak cari pak sanggup lah? Kau ingat aku bodoh tak boleh baca permainan kau? Aku tak sangka perangai kau semakin teruk.”

Afizah membuang pandangan kepada Rania. Pasti Rania sedang bergelut dengan rasa hati. Ini semua angkara Baby. Orang nak beri susu dibalas dengan tuba. Apalah yang akan berlaku pada hubungan Rania dan Ariff.  

“Rania…”

“Sayang, awak jangan dengar cakap dia. B tak pernah buat benda terkutuk tu.”

“Abang, sampai hati abang nafikan. Abang dah dapat apa yang abang nak dari Biah sekarang abang kata tak pernah buat pula.” Baby menangis teresak. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian Rania.

“Sayang…”

“Awak bawa dia keluar dari rumah ni. Nia tak tahu apa yang akan Nia lakukan kalau dia masih duduk dalam rumah ni.”

Ariff tersentak. Kenapa Rania terlalu mudah menerima kata-kata Baby. Tidak adakah cinta untuknya? Sehingga apa sahaja yang orang cakap di terima bulat-bulat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:10 AM | Show all posts
Bab 29

Sudah seminggu peristiwa itu berlaku. Peristiwa di mana bermulanya hubungan Rania dan Ariff berantakan. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa begitu mudah dia menerima kata-kata Baby. Mungkin juga kerana mereka sama-sama perempuan jadi dia begitu mudah bersimpati dengan Baby. Walaupun dia tahu Hilman lah lelaki yang bertanggungjawab atas Baby. Tapi hubungan sebenar antara Ariff dan Baby pun masih menjadi persoalan? Siapa Baby yang sebenarnya?

Masih terngiang-ngiang di telinganya suara tangisan Baby ketika malam itu. Memang patut pun Afizah marah kepada dirinya yang terlalu mudah percaya dengan air mata Baby. Sepatutnya dia tanya perkara sebenar dengan Ariff bukan percaya bulat-bulat lakonan Baby. Nak menyesal pun dah tak guna. Sejak malam itu Ariff langsung tidak pernah menghubunginya. Dia pasrah.

“Bebe, aku nak keluar ni. Tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan kau.”

Rania pandang wajah Afizah. Nampak wajah yang penuh kerisauan terhadap dirinya. Dia tahu temannya itu sudah seminggu bercuti. Semata-mata kerana dirinya. Dia tersenyum pada Afizah.

“Aku okay. Kau nak keluar dengan siapa?”

“Err aku…. Dengan kawan.. ha ah kawan.”

“Sejak bila kawan aku ni jadi gagap? Kawan ke ehem ehem?” dia menjongketkan kening memandang Afizah.

“Kawan lah.”

“F yer?”

Afizah diam. Dia pandang Rania hairan. Sedikit pun dia tidak pernah ceritakan tentang Fareez. Fareez yang tidak pernah berhenti menganggunya. Dalam seminggu ini sudah berapa kali dia menerima bunga yang di hantar ke pejabatnya. Walaupun dia bercuti tapi dia tahu setiap perkara yang berlaku daripada Khaira.

“F mana pula ni? Faizal Tahir? Wah bertuahnya badan aku kalau dapat Faizal Tahir tu.”

“Faizal Tahir lah sangat. F yang hari-hari call kau… hari-hari hantar sms kat kau…hari-hari hantar bunga. Kau ingat aku tak tahu?”

“Ni mesti si Khaira yang beritahu kan?”

“Siapa lagi spy aku kalau bukan dia haha… dah lah pergi keluar. Kesian pula kawan kau tu tunggu lama sangat.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2014 02:11 AM | Show all posts
Afizah berlalu dengan muka masam. Geramnya tidak terkata apabila rahsianya pecah oleh Khaira. Bukan dia tidak mahu perkenalkan Fareez pada Rania tapi belum masanya lagi. Apatah lagi hubungan mereka masih baru. Belum tahap hubungan cinta asmara lagi. Walaupun setiap saat setiap detik panggilan sayang itu bermain di bibir Fareez.

Dia tidak mahu bermain dengan perasaan. Lelaki seperti Fareez itu terlalu mudah melafaz kata sayang. Pasti bukan dengan dia sahaja yang di panggil sayang oleh Fareez. Apatah lagi dengan wajah kacak seperti itu mustahil tidak ada sekuntum bunga pun yang melekat. Biarlah semuanya berjalan dengan sendirinya tanpa perlu dia menaruh harapan.

Bila mengungkit kisah cinta, dia terbayang muka Hilman. Padanya cinta lelaki itu semua sama. Cinta yang bertuhankan nafsu. Dia tidak mahu jadi seperti Baby yang tersilap langkah dalam perhubungan. Baby? Huh nama itu membuat hatinya membara. Perempuan itu ibarat pacat yang melekap pada badan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:13 AM | Show all posts
Bab 30

Seperti yang di janjikan Fareez datang menjemput Afizah di pejabatnya. Sengaja Afizah meminta Fareez menjemput di pejabat dan bukan di rumah. Walaupun mereka berkawan tapi biarlah berpada-pada. Macam-macam boleh jadi kalau Fareez tahu tempat tinggalnya. Sebelum berlaku kejadian tak diingini lebih baik berjaga-jaga.

Sejambak bunga mawar di berikan kepada Afizah sebagai tanda menghargai kesudian Afizah untuk keluar makan dengannya. Penampilan Fareez hari itu sangat berbeza berbanding dengan pertemuan sebelum ini. Wajahnya yang sebelum ini bersih mula di huni jambang dan misai. Tapi masih dalam keadaan yang terurus dan rapi. Sekilas pandang macam Surya yang berlakon cerita Singgam.

“Terima kasih.”

Keadaan dalam kereta agak sunyi. Afizah tidak tahu bagaimana hendam memulakan bicara. Bila dengan Fareez dia sangat kaku. Sedangkan dia selama ini agak banyak mulut. Mungkin juga panahan asmara mula bermain di sanubari. Dia lihat Fareez memasukkan cakera padat kedalam pemain dvd keretanya. Lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir menjadi pilihan Fareez.

“Awak minat Faizal Tahir ke?”

“Bukan saya. My beloved sister.”

Adik? Oh Fareez ada adik rupanya. Nampak macam anak tunggal. Dari mula perkenalan mereka tidak pernah pun Fareez menceritakan yang dia ada adik. Pasti ada kenangan sedih yang membuatkan Fareez tidak mahu mengungkit cerita adiknya.

“I love her. Seriously I totally love her. Tapi dia tidak mengerti perasaan aku. Dia tinggalkan aku untuk lelaki lain. You know how much I love her? Bila dia mengalirkan air mata ibarat hati aku yang tergaris luka. Tapi dia tak faham. Dia kata aku gila. Aku gila ke?” serentak dengan itu Fareez menghentak stereng kereta dengan lengannya.

Afizah terjeda. Inikah Fareez yang sebenar?

“Awak…. Awak okay kan? Kalau tak okay kita keluar hari lain.”

“No! Saya perlukan awak Afizah. Sangat perlukan awak.”

“Awak perlukan teman untuk berborak ke? Mungkin awak nak luahkan rasa hati awak yang terpendam. Saya sedia mendengar.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:15 AM | Show all posts
Fareez melepaskan keluhan. Dia merasa bersalah apabila melihat wajah Afizah yang agak cuak melihat tingkah lakunya sebentar tadi. Walaupun sedaya upaya di halang tapi perasaan marah dan geramnya memang tidak dapat di bendung lagi.

“Maaf. Reez tak boleh nak kawal emosi. Dia lah satu-satunya adik Reez. Sebab tu Reez marah sangat bila dia tinggalkan Reez untuk lelaki lain.”

“Perasaan sayang kepada adik tu normal. Setiap orang punya rasa yang sama. Cuma yang bezanya dari cara kita menterjermah rasa sayang itu tidak sama. Ada yang terlalu mengongkong dan ada juga yang terlalu memberi kebebasan. Jadi, sekarang ni awak marah sebab adik awak sedang dilamun cinta ke?”

“Reez sendiri tak faham dengan perasaan Reez. Mungkin juga kerana terlalu memberi perhatian kepada dia dan tiba-tiba dia ada teman lelaki membuatkan Reez tak selesa.”

“Er.. saya tanya awak jangan marah yer..”

“Just call me Reez. I call you Fia okay. Kita bukan di hospital untuk berkelakuan formal.”

“Haha… okay. Reez tak ada teman wanita ke? Jangan salah faham dengan soalan Fia tau.”

Fareez melemparkan senyuman manis buat Afizah. Tidak lah susah mana hendak mengurat wanita yang berstatus doktor di sebelahnya itu. Hanya tunggu masa yang sesuai untuk dia bertindak. Sementara ini biar dia buat Afizah jatuh cinta dengannya.  

Afizah menelan liur. Dia merasa di awang-awangan apabila melihat senyuman daripada Fareez. Senyuman itu  benar-benar mematikan segala urat sarafnya. ‘Alahai hati kawal lah sikit diri’. dapat dirasakan degupan jantungnya yang berdegup kencang daripada biasa. Bagai nak tercabut lagaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:16 AM | Show all posts
Bab 31

Rania memandang Afizah yang tersenyum seorang diri sejak tadi. Sekembalinya temannya itu daripada janji temu dengan lelaki yang bernama F itu gelagatnya agak mencuit hati. Tersengih-sengih dan tersenyum-senyum sendiri. Entah apa yang mengelikan hati dia pun tak tahu. Rasanya dia tahu Afizah sudah terjangkit dengan penyakit pink. Penyakit cinta.

“Fia..”

“Fia…”

“Fia…………………….”

Afizah memandang Rania di hadapannya. Dia tunduk malu kerana tertangkap sedang mengelamun oleh Rania. Perbualan dengan Fareez petang tadi kembali menerjah ke ruang fikiran.

“Reez tak ada teman wanita tapi… Reez sedang belajar untuk bercinta.” Fareez mengenyitkan mata kepada Afizah.

“Ye ke? Baguslah sekurang-kurangnya awak boleh biasakan diri dengan keadaan adik awak yang sedang bercinta tu.”

“Memang Reez nak belajar menyintai dan dicintai… tapi takut orang tu tak sudi dengan Reez. Yelah nak jumpa bukan senang. Nak dating pun kena arrange appointment.”

Afizah menjongketkan kening. Hebat betul wanita yang dipikat oleh Fareez. Sampaikan dating pun kena buat temu janji.

“Mesti dia tu kerja yang agak hebat kan. Yelah nak jumpa pun kena buat temu janji bagai.”

Ketawa Fareez meledak. Kenapalah susah sangat Afizah hendak mencerna ayat-ayatnya. Padahal dia memaksudkan Afizah yang ingin dipikatnya. Hanya wanita itu yang mampu membuatkan dia gila bayang terkejar-kejar.

“Oh dia memang kerja yang sangat hebat dan mencabar. Hari-hari terpaksa berdepan dengan pesakit-pesakit jiwa.”

Afizah terkesima. Pesakit jiwa? Adakah Fareez memaksudkan wanita itu adalah dirinya? Benarkah Fareez cuba memikat dirinya? Afizah cuba untuk menilai setiap tingkah laku Fareez. Dia memang pakar sakit jiwa tapi untuk orang lain bukan untuk dirinya sendiri.
“Pesakit? Awak bergurau ke?”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.084828 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list