View: 5886|Reply: 34
|
[Dunia]
Kanak-kanak OKU dirantai di perhentian bas
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak OKU dirantai di perhentian bas
23 Jun 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
- Kanak-kanak OKU dirantai di perhentian bas
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
MUMBAI - INDIA. Seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui diikat dengan rantai besi pada tiang di sebuah perhentian bas di tengah Bandar Mumbai hari ini.
Lakhan Kale, merupakan salah seorang dari 26.8 juta golongan OKU yang dibiarkan tanpa pengawasan dan penjagaan oleh keluarga mahupun pihak berkuasa di India.
Menurut banci terakhir dijalankan pada tahun 2011, jumlah tersebut bersamaan dengan 2.2 peratus dari jumlah keseluruhan rakyat India berjumlah 1.2 billion yang menghuni negara tersebut.
Menurut neneknya, Sakubai, Lakhan mempunyai masalah Cerebral Palsy dan tidak mampu mendengar dan bercakap.
“Semasa dilahirkan, dia adalah seorang bayi yang montel dan sihat, beberapa bulan kemudian, dia mengalami demam panas dan pada satu malam dia diserang sawan.
"Sejak itu, keadaannya tidak pernah sama," ujarnya.
Menjelaskan keadaan Lakhan yang dirantai ditiang perhentian bas, Sakubai berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain dan ia dilakukan demi keselamatan kanak-kanak terbabit.
"Dia pekak dan tidak dapat mendengar jika ada kenderaan dating melintas, saya ikat dia supaya dia tidak berlari dan terbunuh di jalan raya supaya dia tidak dapat trafik beliau akan datang. Jika dia melarikan ke jalan raya, dia akan dibunuh," jelasnya lagi.
Menurut neneknya lagi, bapa Lakhan telah meninggal dunia empat tahun yang lalu manakala ibunya dan kakaknya hilang tanpa dapat dikesan.
Sakubai terpaksa menyara hidup mereka berdua dengan menjual mainan kecil dan barang perhiasan di pantai popular di tengah-tengah Mumbai, Chowpatty.
Di himpit kemiskinan, mereka berdua telah menjadikan perhentian bas tersebut sebagai tempat berteduh di mana hanya hamparan sari mampu dijadikan alas tidur dan makanan pula hanya diperoleh dari warung tepi jalan.
Menurut pihak penguasa, SA Jadhav, pihaknya akan cuba mencari pusat perlindungan buat Lakhan kerana pusat eprlindungan yang ada kini telah pun dipenuhi dengan pesakit OKU yang lain.
“Kekurangan pusat perlindungan di Mumbai adalah satu masalah yang serius dan kian meruncing, perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian,” katanya ketika ditemui oleh wartawan CNN di sana baru-baru ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun d rantai ..
terurus juga keadaaan nya |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku kat U dulu kena polio masa kecik-kecik sampai lumpuh separuh badan tapi mak bapa dia berusaha sungguh utk masa depan dia.....dah jd lecturer dah pun |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 01:32 AM
walaupun d rantai ..
terurus juga keadaaan nya
kalu asyik duk cerita dari pagi sampai petang..tu tanda x terurus....
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang pakaian bersih. Isi kat badan pun ada.
Yang adik firdaus tu serupa nenek yg dikurung sengaja nak bagi mati. Tinggal tulang je. Mak dia memang ibu mithali |
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 24-6-2014 05:54 PM
tu le..kalu pi klinik..duk bercerita sampai doktor pon ngantuk......doktor jebat dah bagi oba ...
takat ni doktor ok ja melayan kita
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 05:57 PM
takat ni doktor ok ja melayan kita
kira dah issue obat ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 24-6-2014 05:58 PM
kira dah issue obat ye?
ubat tu ada pada diri kita sendiri
terpulang la nak ambik ikut arahan ka
atau nak ober dose
atau tak ambik langsung
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 06:17 PM
kesusahan mengajar kita menghargai hidup
haha dah2 bang Razhar
ok,pi jirus pokok2 bunga....
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukur lah masih berbaju elok..
Gaji neneknya pasti cecah 2000 ringgit sebulan kerana mampu belikan pakaian.
Kalau di malaysia, gaji 1900 tak mampu belikan baju anak... |
|
|
|
|
|
|
|
~boolean posted on 24-6-2014 06:28 PM
Syukur lah masih berbaju elok..
Gaji neneknya pasti cecah 2000 ringgit sebulan kerana mampu belik ...
kira montel gak budak ni .. tak tahap kebuluran lagi kan kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Abihla musim oku kene kurung la kat mulaysia sehari dua ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
nebulagazer posted on 24-6-2014 07:12 PM
Abihla musim oku kene kurung la kat mulaysia sehari dua ni..
Ni berlaku kat india...bukan kat malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ni baru alasan kukuh.. lagipon budak tu nampak sihat.. neneknya x mampu nak jaga jika dilepaskan.. kesian... |
|
|
|
|
|
|
| |
|