View: 16163|Reply: 151
|
Farish Aziz berhabis RM16k demi menonton Piala Dunia di Brazil.
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 21 JUN 2014: Kemeriahan kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kini sedang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia. Temasya yang hanya muncul empat tahun sekali ini sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang ‘gila bola’ dan sudah bersedia untuk memberi sokongan penuh terhadap pasukan kegemaran mereka.
Tidak terlepas, salah seorang selebriti terkenal (tp x pernah menang award popular) tanah air iaitu Farish Aziz yang sanggup terbang ke Brazil untuk menyaksikan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 di Stadium Arena Corinthians yang terletak di Sao Paulo, seterusnya menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia.
Menurut Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman, niat untuk menjejakkan kaki ke Brazil sudah lama dipendamkan sejak empat tahun lalu sewaktu kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.
“Sukan bola sepak sudah sebati dalam jiwa saya sejak kecil lagi dan impian untuk berada di kejohanan terhebat dunia ini sudah lama diimpikan. Bayangkan ini merupakan perjalanan paling jauh pernah saya tempuhi iaitu selama 16 jam semata-mata untuk menyaksikan kemeriahan piala dunia yang hanya dianjurkan empat tahun sekali.
“Jadi saya bersama seorang kawan baik, Johan ambil keputusan untuk simpan duit dan terbang ke Brazil demi menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia. Satu pengalaman yang cukup manis dan tidak mungkin akan dapat dilupakan sampai bila-bila,” ujar Farish Aziz sewaktu dihubungi Astro Gempak.
Jelas Farish lagi, dia telah menghabiskan wang tunai hampir RM 16,000 untuk kos perjalanan termasuk harga tiket untuk menonton perlawanan secara langsung di Stadium Arena Corinthians.
“Bayangkan saya belanja hampir RM 16,000 selama seminggu di sana termasuk harga tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan juga tiket untuk menonton perlawanan Brazil menentang Crotia.
“Perbelanjaan yang agak besar tetapi masih berbaloi. Cuma agak terkilan kerana saya tidak sempat untuk saksikan perlawanan antara England menentang Itali kerana kesuntukan masa selain harga tiket yang terlalu mahal,” tambah Farish.
Selain itu, jejaka berusia 30 tahun ini sempat berkongsi pengalaman cemas melihat penyokong Brazil yang mabuk cuba mencetuskan pergaduhan dengan peminat pasukan Crotia selepas perlawanan.
“Kejadian berlaku sewaktu tamat perlawanan pembukaan. Saya dan Johan ambil keputusan untuk menaiki keretapi untuk pulang ke hotel penginapan. Dalam perjalanan kami di dalam keretapi, seorang penyokong Brazil yang sedang mabuk cuba membuat provokasi dengan mengejek sekumpulan penyokong Crotia.
“Saya agak cemas pada awalnya kerana takut akan ada pergaduhan besar, tetapi apa yang mengagumkan apabila penyokong Crotia tidak mudah melenting sebaliknya mereka sama-sama bergelak ketawa tanpa menimbulkan suasana tegang.
“Dari situ saya nampak sukan bola sepak sememangnya mampu mengeratkan lagi hubungan dari pelbagai benua dan negara. Insya Allah kalau ada rezeki mungkin Piala Dunia FIFA 2018 yang bakal dianjurkan di Rusia,” jelas Farish lagi mengakhiri perbualan.
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/549259/farish-aziz-habiskan-rm16000-demi-menonton-piala-dunia-di-brazil
Last edited by RatuDunia94 on 24-6-2014 09:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
semangatnya ... bini tak ikut ke |
|
|
|
|
|
|
|
bnyknya duit depa ni..seronoknya dpt jln2.. |
|
|
|
|
|
|
|
farish aziz ni sapo?selebriti terkenal kata nyer? |
|
|
|
|
|
|
|
seronoknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hensem dia ni sbnrnya..
X nmpk mcm 30an |
|
|
|
|
|
|
|
mesti excited gilaaaa sebab dah lama tunggu kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa die?
Pelakon penyanyi pengacara siapa siapa???
Whyyy aku xkenal tp kate selebriti popularrrrrrrrr. |
|
|
|
|
|
|
|
harkktuih posted on 24-6-2014 09:00 AM
farish aziz ni sapo?selebriti terkenal kata nyer?
pelakon & pengacara di Astro..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah mampu dan minat, mengapa tidak?
Mak teh pun teringin nak pi brazil.... |
|
|
|
|
|
|
|
harkktuih posted on 24-6-2014 09:00 AM
farish aziz ni sapo?selebriti terkenal kata nyer?
den pon fkr bende yg sama~
sapekah beliau?
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa jantan neh?? selebriti bidang mana?? pengacaraan? nyanyian?? lakonan??? atau stok tempelan tin kosong?? |
|
|
|
|
|
|
|
16 ribu? ok la berbaloiii...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau mampu apa salahnya... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada kemampuan apa salahnya .................. aq pun teringin nk gie gak tp nk tunggu pasukan bolasepak Malaysia masuk World Cup |
|
|
|
|
|
|
|
dari beli beg chanel baik jalan2..
mahappp.. jangan lahar aku.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|