View: 6052|Reply: 56
|
[Jenayah]
Pendatang Jawa tengah untung 5000 sebulan buka gerai
[Copy link]
|
|
Klang: Dengan menyasarkan tapak pembinaan sebagai lubuk rezeki, warga asing didapati mampu meraih keuntungan ribuan ringgit sebulan apabila bertindak membuka gerai yang menyediakan makanan dan minuman kepada pekerja di tapak pembinaan.
Seorang pengusaha gerai makanan yang juga warga asing yang dikenali sebagai Suri, 40, berkata, pada mulanya dia hanya mengikut suaminya yang bekerja sebagai buruh binaan, tetapi diminta menyediakan makanan secara kecil-kecilan.
Katanya, selepas beberapa kali diminta berbuat demikan, beliau menyedari potensi untuk memperoleh sumber pendapatan lumayan dengan berniaga di tapak pembinaan sehingga mencecah RM5,000 sebulan sejak dua tahun lalu.
“Setiap hari saya hanya perlu menyediakan makanan untuk 20 hingga 30 orang sahaja dan setiap orang saya kenakan bayaran antara RM10 hingga RM12, kerja saya senang kerana mereka (pekerja asing) tidak banyak ragam serta makan apa yang kita sediakan.
“Apabila pembinaan siap saya akan mencari tapak pembinaan lain memandangkan saya kenal ramai orang dan mudah mencari tapak baru,” katanya yang turut ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Menurutnya yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia, walaupun kebanyakan buruh membeli secara hutang dan hanya akan bayar sekali sebulan, tetapi itu tidak jadi masalah kerana dia juga perlu bersaing dengan beberapa rakan yang turut menjual makanan.
Katanya, beliau dan suami sudah lapan tahun tinggal di negara ini dan memberikan alasan ditipu RM3,200 oleh seorang ejen yang menguruskan dokumen perjalanannya yang sudah tamat tempoh.
Dalam serbuan yang dijalankan semalam di Bandar Putera 2, Jalan Kebun, di sini, seramai 50 warga asing termasuk 23 perempuan dan empat kanak-kanak ditahan.
Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, operasi yang dijalankan selama empat jam yang berakhir jam 1.30 tengah hari itu, hasil daripada aduan orang awam dan intipan yang dilakukan anggotanya selama seminggu.
“Operasi yang dijalankan dengan kerjasama anggota RELA (Pasukan Sukarelawan Malaysia) berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 25 hingga 40 tahun,” katanya.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh, Nepal serta Pakistan yang mana ketika serbuan dilakukan mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya.
Othman berkata, memandangkan lokasi serbuan adalah tapak pembinaan segelintir pandatang tanpa izin berjaya melarikan diri masuk ke dalam semak berhampiran.
Menurutnya, mereka yang ditangkap akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1963 dan semua warga asing yang ditahan akan dihantar ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, untuk tindakan selanjutnya.
ANGGOTA imigresen (belakang) menahan buruh warga asing dalam serbuan di Jalan Kebun, semalam.
Dimana Zahid Hamidi?
cc@peYno
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik minang tak macam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
RM5K tu biasa jer kat mana2 site pun.
Yang cecah RM10K sebulan pun ada.
Udah laa tapak kantin free, binaan kantin dari sisa kayu binaan, air free, listrik free, meja dan kusi panjang makan dari sisa binaan.
Pekerja binaan ni orang kata, kalu rebus selipar makan dengan nasik pun buleh jalan. Sebab dorang kuat makan.
Maklom laa, kerja berat makan pun kuat baru sehat badan.
Jadik, masak laa secikai mana pun, tetap licin.
|
|
|
|
|
|
|
|
opkos la dorg akan support geng dorg...ko jual ape pon dorg mkn n xkomplen...kata geng! |
|
|
|
|
|
|
|
bukti jelas melayu pemalas |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 26-6-2014 09:02 AM
bukti jelas melayu pemalas
adakah Wak Zahid support geng dia gak?
|
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 26-6-2014 09:06 AM
adakah Wak Zahid support geng dia gak?
wak zahid yg kasi permit
|
|
|
|
|
|
|
|
hutan kiara tengah bandaraya kuala lumpur tu pun indon dapat berpuluh ribu sebulan hasil motong getah
kita tengok je dulu k |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki ada di mana mana....kena usaha lebih sajee.. |
|
|
|
|
|
|
|
sila buat serbuan terhadap param yang akan berlangsung tidak lama lagi |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 26-6-2014 09:13 AM
hutan kiara tengah bandaraya kuala lumpur tu pun indon dapat berpuluh ribu sebulan hasil motong geta ...
Melah, bila ko sebut motong getah kek bukit kiara tu, teringat lak aku pasal kontroversi tarah tanah/bikin taman yang PBT buat tu.
Aku cuba carik balik thread tu tapi tak jumpa laa.
Orang sekeliling memang sedia maklom bahawa projek tu macam sesuatu sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor posted on 26-6-2014 09:24 AM
Melah, bila ko sebut motong getah kek bukit kiara tu, teringat lak aku pasal kontroversi tarah tan ...
sesuatu sikit?
sesuahtu sangat oktakde sapa boleh buat apa-apa
sedih wa
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 26-6-2014 09:13 AM
hutan kiara tengah bandaraya kuala lumpur tu pun indon dapat berpuluh ribu sebulan hasil motong geta ...
bukti ada bukti ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini menunjukkan cina pemalas |
|
|
|
|
|
|
|
BotakChinPeng posted on 26-6-2014 10:36 AM
bukti ada bukti ?
ko pegi sana tengok kul 5 am
baper lori keluar getah!
|
|
|
|
|
|
|
|
nak salahkan sapa klau mcm ni....dia org gigih buka kedai kat tempat2 mcm ni dah untung byk...org kita sibuk nak buka restoran yg blum tentu untung..... |
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 26-6-2014 09:19 AM
kuala lumpur pon dibuka oleh orang seberang Minangkabau batu hampar,kaum kerinchi dan kaum mandail ...
bukan cina ka buka untuk melombong ? Tak kisah lah siapa buka. Zaman itu KL tak boleh lawan Kelang. Bila dah jadi ibunegara baru melayu negeri lain datang beli tanah, buat rumah agam, bina bangunan lebih tinggi dari kaum lain
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 26-6-2014 10:42 AM
ko pegi sana tengok kul 5 am
baper lori keluar getah!
Aku nak bukti penoreh indon dapat berpuluh ribu sebulan seorang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|