View: 6747|Reply: 47
|
[Tempatan]
PERKASA desak CEO Petronas letak jawatan
[Copy link]
|
|
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas meletak jawatan selepas kenyataan bahawa hasil minyak dan gas "bukan milik Bumiputera semata-mata" baru-baru ini. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata kejayaan Petronas adalah hasil daripada usaha keras Bumiputera membangunkan syarikat minyak negara tersebut sejak ia ditubuhkan.
"Bila perbandingan dibuat mengenai Bumiputera, ia seolah-olah dosa besar.
"Mereka (Petronas) yang berjaya sejak awal dahulu kerana layanan istimewa yang diberikan. Kalau dia (Shamsul) bising, berhenti sajalah," kata Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabatnya di Jalan Ipoh hari ini. Walaupun Akta Pembangunan Petroleum 1974 tidak menyatakan secara khusus mengenai Bumiputera, Ibrahim berkata pelaksanaan polisi Petronas mesti selari dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan kerajaan.
"Walaupun dalam Akta Pembangunan Petroleum tidak ada menyebut ia milik Bumiputera tapi ia ditulis semula (overwrite) selepas Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan," katanya.
"Ia mesti selari dengan polisi kerajaan.‎"
Sementara itu, pengerusi Kluster Minyak & Gas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Tengku Putra Tengku Ahmad juga berkata Petronas berjaya kerana ia dibina orang Melayu dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam industri minyak.
Mengenai tuduhan campur tangan orang sekeliling Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ibrahim menggesa supaya Shamsul Azhar menjelaskan isu tersebut.
"Siapa individu di sekeliling yang dimaksudkan itu?
"Kami harap beliau jelas dan dedahkan siapa yang mengganggu urusan seperti didakwanya," kata Ibrahim.
Ibrahim juga membangkitkan prestasi Shamsul Azhar yang disifatkannya penuh kontroversi susulan kritikan khususnya daripada kumpulan peniaga Bumiputera.
"Sebelum beliau (Shamsul Azhar) ketuai Petronas, ketika Tan Sri Hassan Merican (bekas CEO) jadi presiden, tidak banyak isu dibangkitkan dan Petronas bergerak maju dengan baik.
"Tapi Shamsul Azhar ini, sentiasa menimbulkan isu," kata Ibrahim.
Ibrahim juga mendesak supaya Petronas telus dengan mendedahkan semua senarai kontraktor yang mendapat kontrak dengan mereka, serta menjemput untuk berdialog.
"Demi ketelusan, saya desak Petronas dedah senarai mereka yang diberikan projek," kata beliau.
Shamsul dalam wawancara akhbar perniagaan The Edge baru-baru ini berkata, minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan Bumiputera semata-mata tetapi semua rakyat Malaysia, tidak kira kerajaan atau pembangkang.
Shamsul berkata, syarikat minyak itu mengamalkan kecekapan dan meritokrasi untuk setanding dengan syarikat minyak global.
"Adalah terlalu sukar untuk membuat kerja dengan jujur. Awak menghabiskan masa melakukan tugas lain daripada kerja hakiki.
"Keputusan kewangan menunjukkan keadaan sebenar, ia amat baik. Tidak seperti orang luar (yang menjadikan sesuatu perkara sukar) dan juga orang daripada kerajaan-birokrat. Campur tangan birokrat menjadikan sesuatu perkara menjadi susah,” katanya.
Wawancara yang bertajuk “Adakah kami tidak berminat pada kecekapan” itu dibuat sebagai mengulas khabar angin menyatakan Shamsul akan meletak jawatan.
Dalam wawancara itu, beliau berkata, sebahagian transformasi Petronas adalah untuk menjadikan syarikat minyak negara itu model baharu dunia korporat Malaysia daripada segi profesionalisme. – 26 Jun, 2014.
|
|
|
|
|
|
|
|
berenti jela ceo petronas kalau tak suka nak tolong org melayu. Petronas memang syarikat melayu nak cakap ape lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
sindrom kacang lupakan kulit. bila dah dapat pangkat mula lupa melayu lain. tapi dia tak sedar yang dia tu berada di mana dia sekarang sebab dia tu melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Beranikah Najib pecat CEO Petronas?
Ramai benar yang marah dengan kenyataan CEO Petronas, Shamsul Azhar Abbas yang disiarkan dalam sebuah akhbar perniagaan The Edge yang disifatkan menggambarkan dirinya seorang yang lberal, tidak berjiwa Melayu dan tidak suka dengan campurtangan orang politik dalam tugasnya.
Tidak saja kecaman dan serangan bertubi-tubi ditujukan kepadanya, malah beliau turut diminta meletakkan jawatan jika isu Bumiputera dan bukan Bumiputera serta canpurtangah politik menjadi masalah kepadanya. Antara yang mahu beliau meletakkan jawatan ialah Perkasa yang disuarakan oleh Presidennya, Ibrahim Ali.
Dalam interviu itu, dua isu pokok yang menjadi perhatian ialah berkenaan hak milik minyak dan gas serta campurtangan orang politik. Shamsul Azhar bertegas menyatakan bahawa minyak dan gas bukanlah hak milik Melayu dan Bumiputera semata-mata, tetapi adalah milik semua rakyat negara ini.
Katanya, Akta Pembangunan Petroleum dengan jelas menyebut bahawa minyak dan gas adalah hak milik rakyat Malaysia dan ia boleh jadi milik kerajaan, milik pembangkang atau sesiapa saja sementara Petronas hanyalah sebagai penjaganya sahaja.
Kenyataan ini dilihat oleh banyak pihak yang pro UMNO dan Melayu sebagai menunjukkan dirinya yang liberal dan tidak kuat jiwa Melayunya. Ramai yang melihat bahawa beliau tidak perlu pun menyebut hak milik siapa minyak dan gas di negara ini kerana semua orang sudah mengetahui dan memahaminya, cumanya sebagai seorang Melayu yang duduk di kerusi yang mempunyai peluang memajukan bangsanya sendiri, beliau harus mempunyai tekad, azam dan semangat ke arah itu.
Penegasan beliau secara terbuka itu dikatakan lebih bertujuan menggembirakan hati bukan Melayu dan menghalalkan tindakannya selama ini membawa masuk ramai bukan Melayu ke dalam syarikat minyak itu.
Mengenai campurtangan orang politik pula, Shamsul Azhar berkata, setakat ini bossnya (Najib Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campurtangan.
Dalam hal ini, beliau nampaknya tidak risau dengan campurtangan Najib kerana ianya tidak banyak, bukannya setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan. Beliau secara jelas mengakui ada campurtangan Najib, cuma tidak banyak dan mungkin hanya sesekali sahaja. Walaupun tidak banyak dan subjektif, beliau masih boleh menerima lagi campurtangan itu.
Namun, dengan mengatakan orang di sekeliling Najib yang campurtangan, Shamsul memperlihatkan beliau rimas dengannya serta menganggapnya sebagai suatu gangguan kepada tugasnya. Mungkin Shamsu Azhar hanya mahu Najib yang campurtangan dan berurusan dengannya, tetapi bukan orang-orang keliling Perdana Menteri.
Dalam hal ini, Shamsul juga dikecam kerana seolah-olah lupa bahawa Petronas sendiri ditubuhkan melalui iltizam politik yang tinggi ketika era Tun Razak dengan mengarahkan Tengku Razaleigh Hamzah merangka Akta Pembangunan Petroleum itu. Ada juga yang mengatakan campurtangan politik memang tidak dapat dielakkan kerana akhirnya apabila timbul isu berbangkit mengenai Petronas di Parlimen atau di kalangan sesetengah kelompok rakyat, ahli politiklah yang bertanggungjawab untuk tampil ke depan memberi penjelasan dan jawapan.
Oleh itu, kata sesetengah pihak, campurtangan politik tidak boleh dinafikan seratus-peratus. Tambahan pula, jika Petronas bebas terus dari campurtangan politik, mungkin bahaya atau bala lain pula yang menimpa syarikat milik kerajaan paling kaya itu.
Berikutan keceluparan Shamsul Azhar itu yang sekaligus memperlihatkan warna dirinya yang sebenar, selain ramai yang memintanya meletakkan jawatan, ada juga yang mengusulkan agar Najib segera memecatnya.
Tetapi, oleh kerana Shamsul Azhar dijangka akan terus bertahan dengan hujah selagi Najib dan kerajaan mempercayainya, tidak sebab untuknya perlu meletakkan, maka jalan pintas paling mujarab yang disyorkan oleh banyak pihak pihak ialah agar Najib segera menggunakan kuasanya memecat Ceo Petronas itu.
Cumanya, mungkinkah Najib akan memecat Ceo Petronas itu?
Jika diimbas kembali, sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau juga dilihat cuba bersikap lebih liberal daripada yang sewajarnya. Melalui dasar 1Malaysia, ucapan, kenyataan, bantuan dan apa saja yang dilakukan atas kapasiti Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi BN jelas memperlihatkan sikapnya yang lunak kepada bukan Melayu berbanding bangsanya sendiri.
Kalau ada pun tergambar sikit-sikit jiwa Melayu Najib hanyalah ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO setahun sekali.
Lagi bukan Melayu tidak menyokongnya, lagi terhegeh-hegeh beliau menawarkan bantuan dan habuan kepada mereka.
Jika Shamsul Azhar cuba bersikap liberal dan memperlihatkan jiwa Melayunya yang tidak kukuh, hati dan jiwa beliau sebenarnya adalah fotokopi kepada hati dan jiwa Najib juga. Shamsul Azhar adalah sehati sejiwa dengan Najib, orang yang dianggap bos oleh Ceo Petronas itu.
Dengan demikian, jangan mimpilah Najib nak pecat Shamsul Azhar walau sekian banyak desakan ke arah itu. Takkan orang liberal nak buang orang liberal. Sebab itu Pemuda UMNO yang juga liberal, diam saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Pecat najib = pecat ceo petronas |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas Shamsul! CEO Petronas yang berani beginilah yang kita mau! Apa mau susah kalau kena pecat sekalipun... keluar petronas nanti, berebut company oversea offer jawatan... kalau tidak sekalipun, bukak saja company upstream OnG yang baru mcm Hassan Merican...langsung tadak campurtangan dari tangan2 gatal politikus.
Harapnya Petronas takkan jadi sama macam proton, MAS , TNB etc yang mudah diganggu-gugat dek kekotoran tangan politikusgilawang malaysia di kemudian hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi bekerja dengan perusahaan milik negara selagi itu lah mesti patuh agenda melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Shamsul n Ibrahim
Aku puji lagi Shamsul ni
Berani pertikai campurtangan politikus
Yang Ibrahim ni kan tengah nak naikkan nama balik |
|
|
|
|
|
|
|
Perkasa perkasa perkasa..
Asik meghoyan je kejenye |
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 27-6-2014 12:36 AM
berenti jela ceo petronas kalau tak suka nak tolong org melayu. Petronas memang syarikat melayu nak ...
dia ingat bangsa cina/india pandang dia jadi CEO mereka...jangan mimpi...petronas shj (company bumiputra) yg bagi dia peluang jadi CEO....
budus punya CEO...rugi petronas...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kambeng_masam posted on 27-6-2014 03:12 AM
Syabas Shamsul! CEO Petronas yang berani beginilah yang kita mau! Apa mau susah kalau kena pecat sek ...
lancau kau ..cakap mcm org tak ada otak... |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 posted on 27-6-2014 12:55 AM
Beranikah Najib pecat CEO Petronas?
kalau saya kemarin dulu sdh saya pecat...habis cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
http://2.bp.blogspot.com/-cZ94ov ... 1600/Najib+gila.png
Monday, July 2, 2012Misteri perletakan jawatan Hassan Merican CEO Petronas didedahkan Reuters akhirnya..
Laporan dari Reuters ini memberikan jawapan kepada kita yang masih tertanya-tanya mengapa seorang CEO yang telah 21 tahun menerajui Petronas hingga berjaya meletakkan nama Petronas sebaris dengan pengeluar minyak lain didunia meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.
Selain dari mendedahkan Najib telah dibidas secara berhadapan oleh CEO Petronas sekarang iaitu Datuk Shamsul Azhar Abbas, laporan dari Reuters ini juga mendedahkan bahawa Najib sebenarnya lebih kejam dari Tun Mahathir.
Menurut Reuters, meskipun Tan Sri Hassan Marican telah dilantik oleh Tun Mahathir sebagai CEO bagi Petronas dalam banyak hal beliau sering tidak bersetuju dengan Mahathir.
Biarpun begitu Hassan menurut Mahathir telah bersetuju untuk menyelamatkan Proton yang menjadi kebanggaan Tun Mahathir dan juga Syarikat perkapalan milik anak Mahathir.
Bagaimanapun apabila Najib mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009 dari Tun Mahathir telah berlaku pertelingkahan antara Najib dan Hassan Merican .
Isunya hanyalah pasukan ‘Formula One’ yang mana satukah hendak ditaja oleh Petronas.
Kerana beliau tidak bersetuju dengan Najib, Hassan Merican teah diberikan notis hanya selama enam hari mengatakan kontraknya tidak diperbaharui pada tahun 2010.
Selain dari isu menaja pasukan ‘Formula One’, Hassan Meriacan juga dikatakan menolak cadangan dari Najib untuk menerima syarikat yang tidak berpengalaman langsung dalam industri minyak dan gas untuk bersama Petronas membangunkan industri minyak dan gas di Malaysia.
Dan dengan disingkirnya Hassan Merican dari Petronas.. kedua-dua projek yang melibatkan dana berjumlah USD444 Billion adalah sebahagian dari pelan Transformasi Ekonomi Najib yang telah dilancarkan pada bulan September 2010 hanya tujuh bulan setelah Hassan disingkirkan oleh Najib.
Memang dia ni anak derhaka... Last edited by kelana36 on 27-6-2014 03:15 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sokong pecat n berambus yg bagi sangat kat cina tu....kalau najib x mampu pn bleh tukar...yg baru....carik melayu yg extreme baru la ngam....:lol |
|
|
|
|
|
|
|
demi meraih undi cina ... |
|
|
|
|
|
|
|
Just let the man do his job accordingly...... |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 posted on 27-6-2014 07:13 AM
http://2.bp.blogspot.com/-cZ94ov ... 1600/Najib+gila.png
Mahathir telah bersetuju untuk menyelamatkan Proton yang menjadi kebanggaan Tun Mahathir dan juga Syarikat perkapalan milik anak Mahathir.
OT sat
anak beranak madey ni mmg ada ke proton sowang sebijik ke kat umah??????
ke memasing x pandang proton caprut kebanggaan bapak diorang nih???
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag posted on 27-6-2014 04:54 AM
OT sat
anak beranak madey ni mmg ada ke proton sowang sebijik ke kat umah??????
ke memasing ...
Dia orang anak beranak memang "pandai" bizness..
who do you think will set up the cargo hub if Kulim airport materialise?
owh , this remind of of Tajuddin Ramli, buat cargo hub kat Hahn, frankfurt.. guna MAS. Last last habuk pun tak dapat.. rugi besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 posted on 27-6-2014 09:07 AM
Dia orang anak beranak memang "pandai" bizness..
who do you think will set up the cargo hub i ...
opkozzz laa muhriz anak babah yg gigih wat airport kat kulim ni kheeennn
|
|
|
|
|
|
|
|
sape pulok yg bole pecat bijan ??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|