CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16434|Reply: 24

CARA BETUL TUKAR GEAR AUTO

[Copy link]
Post time 30-6-2014 02:44 PM | Show all posts |Read mode


CARA BETUL TUKAR GEAR AUTO ==========================

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear N, anda ingin tolak ke D. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di D. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Sekiranya, dalam masa sama, anda menolak ke D (dengan niat nak drive) dan tekan minyak, tetapi oleh kerana tekan tombol gear, tertolak pula ke gear R, gearbox boleh rosak.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2014 02:45 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 02:51 PM | Show all posts
berapa banyak daa tips pasal penggunan gear auto...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 04:09 PM | Show all posts
best...trima kasih..aku baru tahu pasal gear oto nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 05:19 PM | Show all posts
boleh ke kalau aku nak stop kat traffic light tu, tengah slow tu, aku da tukar ke gear N sesiap. Jadi kereta akan bergerak secara slow dgn gear Natural. Bila da dekat, baru tekan break sampai berhenti kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:52 AM | Show all posts
aLieNzDaToR posted on 30-6-2014 05:19 PM
boleh ke kalau aku nak stop kat traffic light tu, tengah slow tu, aku da tukar ke gear N sesiap. Jad ...

boleh.. .....
tu stail aku juga..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2014 09:00 AM | Show all posts
zulka posted on 1-7-2014 08:52 AM
boleh..  .....
tu stail aku juga..

thanks bro zulka utk pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:04 AM | Show all posts
Sagoo posted on 30-6-2014 04:09 PM
best...trima kasih..aku baru tahu pasal gear oto nih

amboiii..abang sagoo ni, tak baik tawww...bulan poser bang tak baik perli...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 09:53 AM | Show all posts
thanks for ur info...selama ni asal tukar gear je mmg aku picit tombol gear tu....patut la  biasa tgk kwn lelaki tukar gear xpicit tombol. aku try tp rasa mcm ketat semcm terus xberani buat sbb takut gear rosak....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 10:25 AM | Show all posts
zulka posted on 1-7-2014 09:04 AM
amboiii..abang sagoo ni, tak baik tawww...bulan poser bang tak baik perli...

abang zulka ni mcm tau2 je
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kereta aku ada gear ' S ' ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:03 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 3-7-2014 06:01 AM
kereta aku ada gear ' S ' ..

S tu mcm downshift..kena tekan tombol.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 05:51 PM | Show all posts
sepanjang memandu,aku pernah drive keta auto sekali je.

kekok habis.bila nak jalan atau parking "tukar gear dulu ke tarik brek dulu,ke cane,lepas pedal brek dulu ke tukar gear dulu?"

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 05:58 PM | Show all posts
dulu pakai manual skg pakai oto.. dah pakai oto rase bes lak..dah x mo manual lagik
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 02:44 PM | Show all posts
kalau pakai auto ni kan~ masa nak memotong rasa mcm tak cukup power...boleh ke tukar gear pd gear yg lebih rendah....mcm pakai kereta manual...mmph
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 08:14 AM | Show all posts
perjalanan aku ke tempat keja melalui bukit2 yg tinggi, curam dan byk lekuknya. so pakai auto sesuwai sangatttt.. xde la keta aku terundur blkg bila tersekat kat atas bukit.. btw, klu nk pki manual aku serender. x pndi nk balance. seingat aku org2 yg aku kenal, yg biasa pki manual, then bila dah rasa auto, dah taknak pakai manual lg lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 04:16 PM | Show all posts
kena tekan tombol tak kalau dari
D > 3
3 > 2
2 > 1
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:33 PM | Show all posts
zvicmorrow posted on 5-7-2014 02:44 PM
kalau pakai auto ni kan~ masa nak memotong rasa mcm tak cukup power...boleh ke tukar gear pd gear yg ...

boleh, memang sepatutnya kena drop gear semasa memotong...drop ke gear terdekat sahaja..(turun 1 mata)
contohnya dari D...turunkan ke gear terdekat..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 03:34 PM | Show all posts
uniq61 posted on 9-7-2014 04:16 PM
kena tekan tombol tak kalau dari
D > 3
3 > 2

tak perlu tekan punat/button..tolak/tarik je...

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:10 AM | Show all posts
TQ..sebab dulu pakai audi..tak da tombol...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.076293 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list