|
KUALA LUMPUR 1 Julai - Polis menumpaskan kumpulan pencuri kereta yang dikenali sebagai “Geng Koloi" apabila empat anggotanya ditahan dalam satu operasi khas minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis turut merampas enam buah kereta lama yang dipercayai kereta curi bernilai RM80,000.
Dalam operasi empat hari mulai 23 Jun, polis menahan seorang mekanik di sebuah bengkel di Shah Alam dan tiga lagi ditahan di beberapa kediaman di sekitar Cheras, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kumpulan itu aktif mencuri kenderaan lama dan ia melibatkan 29 kes sejak tahun lalu yang dilaporkan di kawasan Cheras.
Polis turut menemui enam kereta curi, iaitu tiga buah kereta Proton Satria, sebuah Proton Putra, sebuah Proton Waja dan sebuah Honda Civic.
"Modus operandi kumpulan ini ialah, seorang daripada empat lelaki itu akan pergi di suatu kawasan di Cheras bagi mencuri kereta manakala tiga lagi bertindak sebagai ejen untuk menjual kereta berkenaan dengan harga RM3,000 hingga RM4,000 sebuah," katanya. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... umpas#ixzz36CeAbSYt
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|