View: 3063|Reply: 13
|
[Jenayah]
Mayat dikerat 2 ditemui di Sungai Tamu
[Copy link]
|
|
Mayat lelaki dikerat dua dalam guni ditemui
BATANG KALI - Mayat lelaki dipercayai dikerat dua dan satu bahagian disumbat di dalam sebuah guni, ditemui di kawasan hutan berhampiran kebun getah di Sungai Tamu, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Shukri Yaacob berkata, mayat itu ditemui tanpa bahagian badan dari perut hingga ke kaki itu dipercayai telah dibunuh lebih 24 jam lepas.
Gambar hiasan
Katanya, mayat itu ditemui orang awam yang sedang mencari katak di kawasan tersebut kira-kira pukul 2.10 petang.
"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat dan dipercayai warga asing.
"Kita percaya mayat dibunuh dan dikerat dua sebelum disumbat di dalam guni jerami dan dibuang di kawasan ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata tiada kesan kecederaan lain ditemui pada mayat berusia lingkungan 30-an itu.
"Kita temui sebilah pisau pemotong daging dan tali nylon dengan kesan terbakar kira-kira 50 meter dari tempat mayat ditemui.
"Bagaimanapun kita akan siasat sama ada senjata ini digunakan dalam kejadian," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
|
|
|
|
|
|
|
|
gambar hiasan? gambar sebenar mana gambar sebenar? pic or it didn't happen. |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 dah sekarang kat malaysia hari2 ada kes bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
ayoyo... itu jari |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskanlah mengimport warga asing ... |
|
|
|
|
|
|
|
terganggu jap fikiran aku bile tgk keratan jari2 tu Last edited by cmf_premierleag on 14-7-2014 12:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
apekah keganasan ini |
|
|
|
|
|
|
|
kegilaan apa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau gian sangat nak kerat, sembelih lah lembu dan kerat lah seberapa banyak yang mau.......
ni kerat orangg... |
|
|
|
|
|
|
|
nape kena kerat? nk hapus bukti pun xpandai....yg bunuh ni pun misti pati yg berenti takat kelas darjah 2 suku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mcm iklan kit kat patah 2 berehat sebentar bersama kit kat ! Badan manusia di patah 2 kan mcm kit kat ! |
|
|
|
|
|
|
| |
|