CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17141|Reply: 123

Qi Razali Naik Angin kene gosip ngan Nora Danish

[Copy link]
Post time 16-7-2014 04:26 AM | Show all posts |Read mode
Qi Razali Naik Angin Lagi


PETALING JAYA: Selepas timbul kontroversi dia bergaduh dengan Nelydia Senrose di tempat awam, Qi Razali sekali lagi berang apabila khabar angin dikaitkan mesra dengan pelakon Nora Danish ditimbulkan semula oleh seorang individu di laman sosial Twitter.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 37,  berkata, perkara tersebut membuatkan dia tertekan kerana tuduhan itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan cintanya dengan aktres Nelydia Senrose.

"Ada orang cuba buat fitnah lagi di Twitter, mungkin kerana keluar filem Bencintakelmarin di televisyen, gosip itu timbul semula yang mana ia tidak berasas langsung.

"Kalau cerita tu betul saya tidak kisah dan kalau cerita itu tak betul pun saya akan diam sahaja tetapi kalau sampai menjejaskan hubungan saya macam mana? Tak kan saya nak diam," katanya kepada mStar Online melalui mesej aplikasi sosial WhatsApp, di sini, pada Selasa.

Qi bersama kekasihnya Nelydia Senrose.


Qi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang statusnya di laman Twitter pada Isnin lalu yang berang dengan tindakan seorang pengikut di laman Twitter kerana menyebarkan fitnah iaitu khabar angin tentang dirinya mempunyai hubungan dengan pelakon Nora Danish.

Dalam Twitter tersebut Qi memberitahu tuduhan itu merupakan sesuatu yang tidak masuk akal dan keterlaluan hingga menyakitkan orang-orang yang dekat dengannya.

Antara tulisan yang dimuat naik oleh Qi Razali di laman Twitter miliknya pada Isnin.


Umum mengetahui Nora Danish kini bercinta dengan Nedim Nazri.
Qi turut melahirkan rasa kesal apabila hubungan cintanya sering menjadi perhatian dan dihimpit pelbagai kontroversi.

"Saya tulis status itu supaya dapat bagi mesej kepada orang yang sebarkan khabar angin itu. Saya tidak tahu apa niat dia berbuat demikian.

"Saya perlu pertahankan maruah saya juga sebab itu saya tulis di twitter untuk betulkan keadaan dan lagi bagus kalau dapat jumpa orang tersebut dan berbincang apa masalah dia sebenarnya," kata Qi.





Sementara itu, menjelaskan tentang kontroversi bergaduh di tempat awam itu, Qi menganggap ia hanya sekadar salah faham antara dia dan kekasihnya Nelydia Senrose tentang sesuatu perkara yang tiada kena mengena dengan dirinya.

Dia juga kesal apabila tindakannya memujuk Nelydia disalah erti dan dianggap sebagai tidak menghormati wanita.

"Perselisihan faham itu terjadi disebabkan benda lain, saya hanya ingin memujuk dia sahaja, itu nampak seperti kami bergaduh. Saya malas nak besarkan cerita  negatif macam ni, apa yang mereka sampaikan kononnya saya tidak hormat wanita, itu juga tidak benar sama sekali," katanya.

Dalam pada itu, ditanya adakah kontroversi yang timbul menjejaskan fokus terhadap kerjayanya, Qi berkata, dia tidak pernah mencampurkan urusan peribadi dengan kerja.

Tambahnya, sepanjang Ramadan ini dia sibuk dengan penggambaran rancangan baharu berjudul Kembara Qi yang sedang menjalankan penggambaran di Kelantan.

"Saya tidak pernah masukan soal peribadi dengan kerja, kalau kerja saya fokus betul-betul supaya tidak menganggu produksi.

"Sekarang sedang penggambaran di Kelantan untuk program baru Kembara Qi yang bakal keluar tidak lama lagi," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2014 04:44 AM | Show all posts
entahlah akak rasa wireless charging ni membahayakan kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 04:55 AM | Show all posts
sapelah yg mulakan gossip dgn nora tue?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 04:59 AM | Show all posts
Nora lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nowa..Nowa..Nowa.....semuanya nk kaitkn nowa..maklum la skg nowa paling laris dan hot
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 05:14 AM | Show all posts
Takde seleranya digossipkan dgn si qi ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2014 05:20 AM | Show all posts
tumpang popularity ND
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
nowa x yah mng tropi semmgnye fofular dgn gosip bodoh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2014 05:31 AM | Show all posts
Errrk tolongla muka busuk pangai pn busuk nd pn x selera

Motiff nk numpang gak nama nd
Maklumla nama ko & awek suam kuku cagu jah puiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 05:31 AM | Show all posts
So mana twit yg kaitkan nama nd tu? Xda pn
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nowa denis tak hadap pun si qi keding ni. Mohon qi jgn perasan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 05:42 AM | Show all posts
nowa dennis ni patut kawen je la dgn nened kaki perabih rete bapak tu..kasi totop molot hapak yg nak menggosipkan nowa dennis ni dgn entah sapa2.

td sahur ada tyg filem mencari cinta, kemain nowa asyik bogel2 aje dgn rusdi ramli...mohon sharon paul jeles!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni apahal tok chi bulu jagung ni...xde angin xde ribut ttiba je kata org kata dia brcinta dgn ND...giler aper...klo aku baik aku g pd Ned...sah2 masa depan anak2 aku nnti trjamin..7 keturunan reta xhabis weiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2014 06:00 AM | Show all posts
mixed posted on 16-7-2014 05:31 AM
So mana twit yg kaitkan nama nd tu? Xda pn

ntah..xdak pn..ke qi ni saje nak up nama tumpang glemer nd
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 06:20 AM | Show all posts
@maxim mesti heol dh delete benda sikit je nk jugak
Memalit nama nd. Motip sgt nk up nama yg sendu puii

Pangai si busuk ni kan suka numpang glem awek yg tgh
popular cam yuna & nelly ni nk shadow plk nd puiii sgt kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2014 06:22 AM | Show all posts
mixed posted on 16-7-2014 06:20 AM
@maxim mesti heol dh delete benda sikit je nk jugak
Memalit nama nd. Motip sgt nk up nama yg sendu ...

tu la..ntah2 sape yg dok up nama nd tu just main2 jah padahal tp si qi ni saje nak besarkan sbb die tau statement die ada report/blogger yg akan amek wat gosip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2014 06:25 AM | Show all posts
Sudah la qi.......  Ni strategi nak divert attention
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 06:27 AM | Show all posts
@maxim kann asal nama nd ada mmg hot cite tu
Qi busuk ni pn taw amik peluang tp sori mmg kena cerca blk

Qi ko dh tua dah lama mengelit nelly pg je la kawen cpt
Takut semen kt dlm tu beku plk kempunan nk ada sdn ntn
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm kurang cerdik aja nak bising org kaitkan  
nama dgn nora. nora tu rasanya tak pandang langsung pun dia. org yg saja naikkan kat twitter tu tak tau lah apa niat dia. mcm tak elok aja sbb semua org tau nora dgn nedim
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 06:53 AM | Show all posts
Tah2 org sje je kot since ade movie die dgn nora ditayangkan
Mohtip sentap dgn usikan itu
Laenla kalau teros jd trending #noraqiforever
Smpi nely meroyan ala DD
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.064161 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list