CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2367|Reply: 2

Tidak ramai tahu perimenopaus

[Copy link]
Post time 18-7-2014 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Tidak ramai tahu perimenopaus

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

KETIDAKSTABILAN emosi wanita usia pertengahan mengundang kepada pergolakan rumah tangga.


DAHULU sang suami dan anak-anak merupakan pusat sokongan buatnya dan komunikasi merupakan elemen utama dalam memupuk keluarga harmoni. Namun, tanpa disedari, budaya itu mula hilang secara perlahan-lahan dek anginnya yang tidak menentu.
Ahli keluarga tersayang mula menjauhkan diri dan mengelak untuk berkomunikasi dan hanya bersuara jika perlu. Perubahan suasana rumah tangga itu menyebabkan Tina Nasarudin, 44, ketinggalan banyak perkara dan saat-saat indah bersama keluarganya.
Menurut wanita berkerjaya itu, dia hanya menyedari perubahan negatif itu selepas terpanggil untuk berjumpa pakar sakit puan.
“Saya menghadapi perubahan sikap ini sejak dua tahun lalu dan doktor memberitahu saya mengalami masalah keseimbangan hormon estrogen, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan seksual normal serta reproduktif wanita.
“Saya mengalami peringkat perimenopaus yang akan dialami oleh setiap wanita pada usia bermula 40 hingga 56 tahun,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran makanan tambahan Genistein, keluaran Nuvafemme di Pusat Dagangan Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Kesan negatif
Dia menyangka sistem dalam tubuh badan dan fikirannya menjadi tidak betul.
Pengalaman yang dialami Tina selama dua tahun itu termasuklah sukar tidur, kitaran haid terganggu, mudah letih, walaupun mendapat waktu rehat dan tidur yang cukup.
Bagaimanapun, perubahan sikap itu bukan sahaja memberi kesan negatif dalam rumah tangga, malah kerjayanya.
“Saya sangat cintakan kerja saya dan sentiasa memastikan kerja dibuat dengan sempurna tanpa mempunyai sebarang ralat atau kesalahan. Jadi, saya sentiasa melibatkan diri dalam setiap tugasan dan menguruskannya lebih berbanding ahli kumpulan lain.
“Namun, apabila mengalami perimenopaus saya menjadi seorang yang mudah berputus asa dan mempersoalkan tujuan setiap tugasan yang dilaksanakan,” jelasnya yang kini dalam proses untuk menyeimbangkan kembali hormonnya.
Tina memberitahu, doktor menasihatinya untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, mengambil berat tentang nutrisi pemakanan dan mengawal emosi.
Mengulas lanjut, Perunding Obstetrik & Sakit Puan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Kim Wong berkata, perimenopaus ialah fasa primer wanita pertengahan usia.
“Peralihan menopaus berlaku secara berperingkat-peringkat dan tempoh ini yang dipanggil perimenopaus. Fasa ini sering diabaikan oleh kebanyakan wanita dan kebiasaannya apabila wanita menunjukkan sikap negatif, orang sekeliling akan mengandaikan dia sedang mengalami menopaus, tetapi sebetulnya perimenopaus.
“Perimenopaus ini berlaku disebabkan oleh estrogen iaitu sebuah kumpulan hormon-hormon yang dihasilkan daripada ovari wanita meningkat dan menurun secara mendadak,” katanya memberitahu selain estrogen hormon progesteron turut menjadi rendah.
Kepentingan
Menekankan kepentingan hormon estrogen Wong berkata, selain menjadi sebab tambahan dalam kitaran haid, hormon itu turut memberi kesan terhadap saluran reproduktif, saluran kencing, hati, payudara, kulit, rambut, membran berlendir, tulang dan otak.
Ia juga memberi kesan terhadap sistem organ, termasuklah sistem muskuloskeletal dan kardiovaskular serta otak terjejas kerana estrogen. Perubahan hormon yang tidak stabil membawa kepada ketidakselesaan fizikal dan emosi yang besar kepada ramai wanita. Fasa ini berlaku selama tempoh antara lima hingga 10 tahun atau lebih iaitu sebelum dan boleh berterusan selepas menopaus.
Namun, kehadiran perimenopaus dapat diketahui kerana kekurangan hormon akan kelihatan pada fizikal dan menjadi ‘signal’ kepada kaum wanita. Antaranya ialah keadaan corak botak rambut dan keadaan kulit.

ANTARA simptom perimenopaus ialah wanita mengalami keguguran rambut sehingga menampakkan kulit kepala.


Wanita yang mengalami perimenopaus mengalami keguguran rambut sehingga boleh menampakkan kulit kepala. Mereka ini juga mengalami perubahan fisiologi kulit dengan struktur kulit yang lebih kering, pempigmenan, kurang keanjalan, berkedut dan mengendur.
Selain itu, pundi kencing juga menjadi terlalu aktif, sakit sendi badan, perubahan bentuk badan, susah tidur, kekeringan faraj, minat terhadap seks menurun, sakit ketika melakukan hubungan seks dan perubahan lemak darah yang membawa kepada kecenderungan menghidapi penyakit jantung.
Bagaimanapun, Wong memberitahu ekoran ramai yang tidak mengetahui tentang perimenopaus, wujud kekeliruan untuk mengenal pasti antara fasa tersebut dengan sindrom prahaid (PMS).
Jelasnya, simptom PMS lebih klinikal dan berhubung kait dengan kitaran haid. Kesan-kesan tersebut juga akan hilang sebaik sahaja tiba waktu haid. Sementara itu, gejala perimenopaus biasanya akan berterusan sepanjang bulan dan tidak hilang walaupun haid. Simptom itu juga lebih agresif dan perubahan sikap tidak dapat dijangka.
Wanita yang mengalami simptom-simptom tersebut dinasihatkan merujuk pakar atau memahami perimenopaus menerusi bahan bacaan.
Sementara itu, Tokoh Akademi di Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Hariyati Shahrima Abd. Majid berkata, perimenopaus turut memberi kesan kepada otak.
“Penurunan estrogen yang mendadak bermakna hormon lain turut berkurangan antaranya termasuklah norepinefrin, serotonin, dopamin, katekolamin dan asetilkolina.
“Kekurangan hormon-hormon ini sekali gus menyebabkan gangguan emosi, perasaan, tertekan dan daya ingatan serta fokus menjadi lemah,” jelasnya memberitahu laporan mendedahkan 40 peratus wanita usia pertengahan mengalami masalah kealpaan.
Persepsi
Memetik kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di Universiti Pennsylvania, kaum wanita pertama kali menghadapi episod tekanan hidup ketika melalui fasa perimenopaus dan peringkat ini lebih sukar berbanding menopaus ekoran simptomnya yang tidak dijangka.
Menjelaskan persepsi orang awam terhadap perimenopaus, Hariyati berkata, fasa itu sepatutnya menjadi sesuatu yang tidak sukar kerana ia dialami oleh jutaan wanita di seluruh dunia.
“Mungkin kerana kita berada dalam lingkungan sosial konservatif yang agak tertutup dan ia jarang dibangkitkan serta tidak menjadi subjek perkongsian dalam kalangan wanita Asia. Disebabkan tabu ini, ramai wanita menderita dalam diam kerana tidak memahami apa yang sedang dialaminya.
“Ini tidak seharusnya berlaku dan wanita perlu tahu bahawa mereka bukannya mengalami masalah karakter atau psikologi dalam diri, tetapi realiti kehidupan yang turut dikongsikan wanita lain. Kesemua simptom akibat perimenopaus bersifat universal disebabkan perubahan fizikal, psikologi dan emosi yang tidak dapat dielakkan,” jelasnya.
Apa pun, keadaan psikologi yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada keretakan atau kemusnahan sesebuah hubungan.
“Hormon dan otak mempunyai jalinan keserasian yang amat kuat. Apabila hormon berubah, tarikan rasa positif dalam otak turut berubah dan mendorong ramai wanita mengalami gangguan emosi dan tekanan termasuk mudah marah.
“Pada gambaran lebih besar, banyak rumah tangga dan hubungan terganggu ketika perimenopaus dan ramai tidak mengetahui ia disebabkan oleh hormon. Justeru, wanita di luar harus belajar menerima dan memahami apa yang terjadi supaya bijak menangani peringkat yoyo ini,” jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz37njMH8xt
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2014 04:44 PM | Show all posts
macam pre-monopous je
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 02:15 AM | Show all posts

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kalau perikemanusiaang...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.074504 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list