CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3497|Reply: 20

[Tempatan] PAS: BAHTERA YANG ADA NAKHODANYA

[Copy link]
Post time 27-7-2014 03:50 AM | Show all posts |Read mode
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.
[color=rgb(51, 51, 51) !important]PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.
[color=rgb(51, 51, 51) !important]Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2014 03:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 04:04 AM | Show all posts
apa kronologi sebenar? apa yg Mat Sabu bersetuju awal2 masa miting dengan Majlis Presiden PR? dia setuju MB ditukar ke hasil dari meeting tu? kalau betul tu maknanya pandangan dia tak selari dengan pandangan mursyidul am & presiden. dia sebagai pemangku presiden patutnya kena bawak bincang dgn majlis tertinggi PAS sebelum bawak ke mesyuarat tu.

rasanya dia ada kata nak dibawa ke mesyuarat pimpinan PAS kan? yg tu apa? nak tentukan sape calon pengganti?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 04:14 AM | Show all posts
cenkudu posted on 27-7-2014 04:04 AM
apa kronologi sebenar? apa yg Mat Sabu bersetuju awal2 masa miting dengan Majlis Presiden PR? dia se ...

Katanya mat sabu cuma terima keputusan meeting. Kata mereka lagi, terima tak bermakna setuju. Sebab tu katanya mereka akan bawa isu ni dalam meeting pas nanti.

Apapun dengar kata tokong pulau ada bagi jawatan kat salamelekom mah ni. So rasanya mesti la dia kena jaga hati tokong pulau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 08:08 AM | Show all posts
Babai posted on 27-7-2014 04:14 AM
Katanya mat sabu cuma terima keputusan meeting. Kata mereka lagi, terima tak bermakna setuju. Seba ...

tapi...kalau mad sapu setakat terima keputusan meeting...kenapa Anwat kata PAS telah bersetuju wan jijah baal mengantikan Khalid?..malah masa meetin tu Mustafa sepender XXXL pun turut hadir selaku setiausaha agung PAS..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 08:31 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 27-7-2014 08:08 AM
tapi...kalau mad sapu setakat terima keputusan meeting...kenapa Anwat kata PAS telah bersetuju wan ...

Masa meeting tu setau aku yang 6 orang tu sekadar mewakili pas, bukan bercakap atau membuat keputusan bagi pihak presiden pas. Lagipun kalo tak silap aku, yang datang tu al jub ngan kit sial, dua2 bukan presiden (atau yang setaraf) parti. So kira ok la TGHH tak datang pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2014 08:33 AM | Show all posts
Babai posted on 27-7-2014 08:31 AM
Masa meeting tu setau aku yang 6 orang tu sekadar mewakili pas, bukan bercakap atau membuat keputu ...

cer baca thread baru aku.."Bermulanya kemelut PKR dan PAS"...apa kata Saifudin Nasution tentang wakil2 PAS tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 08:36 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 27-7-2014 08:33 AM
cer baca thread baru aku.."Bermulanya kemelut PKR dan PAS"...apa kata Saifudin Nasution tentang wa ...

Tak jumpa thread ko.

Btw, si pudin tu ialah penjilat tegar al jub.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 08:39 AM | Show all posts
Babai posted on 27-7-2014 08:36 AM
Tak jumpa thread ko.

Btw, si pudin tu ialah penjilat tegar al jub.

http://forum.cari.com.my/forum.p ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 08:44 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 27-7-2014 08:39 AM
http://forum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=819819&extra=page%3D1

Dah pernah baca dah semua tu.

Btw, masa pas pegang kedah, berapa kerusi DUN pas dan berapa kerusi DUN pkr?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 08:47 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 27-7-2014 08:33 AM
cer baca thread baru aku.."Bermulanya kemelut PKR dan PAS"...apa kata Saifudin Nasution tentang wa ...

Pizi gemok ngan pudin bulan tu takkan tak tau beza proposal ngan agreement? Pas cuma akan membincangkan secara rasmi kedudukan tski lepas raya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Khalid cakap apa cik An ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 09:13 AM | Show all posts
Babai posted on 27-7-2014 08:47 AM
Pizi gemok ngan pudin bulan tu takkan tak tau beza proposal ngan agreement? Pas cuma akan membinca ...

tapi saifudin menganggap 6 wakil dari PAS tu...membawa mandat dari parti PAS...sebab tu Anwat berani memberitahu PAS telah bersetuju Khalid digantikan dgn Wan Jijah..

malah...Anwat pandai..dia sendiri tak nak bersuara..dia gunakan macai2 dia spt Rapizi dan Saifudin utk bersuara...apa2 berlaku nanti...dia boleh cover diri..tu cara Anwat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 09:15 AM | Show all posts
revolusi_30 posted on 27-7-2014 08:51 AM
Khalid cakap apa cik An ?

khalid cuma cakap...terima kasih Hadi atas sokongan kamu...dia tak cakap terima kasih PAS..sebab dia tahu tak semua pemimpim dalam PAS tu sokong dia..nak2 Khalid gereja tulah..dah bertali angin dah mereka tu...pasal kes arak dan bible tulah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu je soalan buat tt dan penghuni tred ni.

Pentadbiran tansri khalid ni hebat ke teruk berbanding mb negeri2 lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 10:01 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 27-7-2014 09:13 AM
tapi saifudin menganggap 6 wakil dari PAS tu...membawa mandat dari parti PAS...sebab tu Anwat bera ...

Lagi sekali nak tanya soalan yang sama. Pudin bulan tu orang pas ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2014 10:03 AM | Show all posts
bangcak posted on 27-7-2014 09:51 AM
Satu je soalan buat tt dan penghuni tred ni.

Pentadbiran tansri khalid ni hebat ke teruk berbandi ...

Sejauh mana kehebatannya tu tak dapat nak diceritakan la. Tapi yang pasti ianya JAUH LEBIH HEBAT dari toyol tempe dan yang sekapal dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
So. Next pru jom kita sokong khalid habis habisan.

Kalu penggal berikutnya anwart tak letakkan dia sbg mb selangor, kita bagi sokongan padu pada pkr di johor supaya anwart terdesak untuk lantik dia sebagai mb johor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak posted on 27-7-2014 10:08 AM
So. Next pru jom kita sokong khalid habis habisan.

Kalu penggal berikutnya anwart tak letakkan di ...

Sokong pkr parti anak beranak buatpe? Sokong pas lagi baik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 10:16 AM | Show all posts
Babai posted on 27-7-2014 10:10 AM
Sokong pkr parti anak beranak buatpe? Sokong pas lagi baik.

budak mabuk daun ketum tu bukan tahu apa pun babai....

SiKhalid Ibrahim tu...kalau Anwat tendang dia dari PKR...rakyat nak letak Khalid jadi wakil PKR macam mana?..lain dia masuk PAS, masuk UMNO..setakat jadi wakil bebas nak jadi MB...aku tolong gelakan jelah..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.066814 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list