View: 14747|Reply: 110
|
Dunia Artis Punca Johan As'ari Lupa Diri, Kini Dah Bertaubat
[Copy link]
|
|
Dunia Artis Jadi Punca Johan As'ari Lupa Diri [size=0.75em]Johan (kanan) merakamkan gambar bersama Hisyam Hamid di Krabi, Thailand.
PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari mendedahkan dunia artis yang diceburinya telah membawa kemudaratan sehingga menyebabkan dia lupa diri dan meninggalkan solat.
Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 28, berkata, selepas drama pertamanya berjudul Juvana dan Cinta Elysa mendapat sambutan hangat daripada penonton, dia mula mengabaikan diri terhadap perintah Allah.
"Dahulu saya seorang yang cintakan ilmu dan sanggup menggambara ke Batam dan Jambi, Indonesia berbulan-bulan bagi mendalami pengetahuan Islam. Kemudian saya balik ke Malaysia dan belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUiM) dalam jurusan kaunselor, selepas itu saya mendapat tawaran berlakon.
"Sekelip mata saya terus jadi popular yang saya langsung tidak pernah terfikir. Daripada situ saya sedikit demi sedikit berubah dan seronok dengan populariti yang saya kecapi hingga lupa untuk sembahyang dan berzikir yang dahulunya memang menjadi amalan saya," katanya dalam satu kiriman mesej menerusi apliaksi WhatsApp kepada mStar Online, pada Selasa.
[size=0.75em]Johan (kanan) dan Hisyam Hamid menjalani penggambaran di Krabi, Thailand.
Johan ketika ini berada di Krabi, Thailand kerana menjalani penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid.
Dalam pada itu kata Johan, kemewahan dan khidupan dunia glamor yang diraihnya selama ini membuatkan jiwanya berasa kosong selain hati tidak tenang berbanding sebelum bergelar artis.
Bagaimanapun dia tiba-tiba didatangi perasaan insaf dan sedar terhadap kealpaan itu ketika menjalani penggambaran drama di Krabi yang mana ia itu turut dikongsi dalam Instagram miliknya pada pagi Selasa.
"Ya, pagi tadi (Selasa) saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya.
"Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula.
"Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar," katanya.
Dalam pada itu, Johan berkata, dia tidak berniat untuk mengundurkan diri daripada dunia seni, sebaliknya berusaha untuk mengimbangkan antara kerjaya seninya dan tuntutan akhirat.
|
|
|
|
|
|
|
|
elok la tu..toksah nk mainkan anak dara org lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah johan
tak taulah nk komen apa
tp nak juga komen
moga berbahagialah anda dgn apa2 shj yg anda lakukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ke job dah berkurang, atau peminat dah lari. eh ko ada peminat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pakai la tudung.. baru la peminat nampak kamu dan insaf |
|
|
|
|
|
|
|
bosan asyik cite pasal dia nih..bagi aku la..nak insap ke nak berubah ke tak perlu dicanangkan kepada org ramai..cukup hanya kita dan Allah je yang tahu,. |
|
|
|
|
|
|
|
hisyam hamid hensem
semoga istiqomah |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada gambar bertudung pun
janganlah perigi cari timba |
|
|
|
|
|
|
|
akak lah bimbing dia.. pasti jd lebih solehah lepas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah nak.....baguih la bertobat.
Tak yah la berlakon lagi, mak teh pun kalau ada muka hang terus tukaq channel. |
|
|
|
|
|
|
|
yang jadi bapak Gamura tu Thanos, bukan Thapus |
|
|
|
|
|
|
|
Gila publicity btl Johan ni.. xda cta tu diam2 sdah la...mcm xbtl pn da |
|
|
|
|
|
|
|
taubat pon nak cerita
diam2 sudah lah |
|
|
|
|
|
|
|
putehkundor posted on 5-8-2014 01:23 PM
Alhamdulillah nak.....baguih la bertobat.
Tak yah la berlakon lagi, mak teh pun kalau ada muka ha ...
curlassst jawapan mak teh |
|
|
|
|
|
|
|
ntahlah ... aku mcm xpernah berkenan dengan si Johan ni ... sbb everytime dia bukak mulut aku rasa budak ni mcm bajet good-good jer ....
kadang aku rasa mcm nak lempang jer everytime dia bkak mulut ... trasa kepalsuan sangat statement2 dia .... |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 5-8-2014 01:12 PM
pakai la tudung.. baru la peminat nampak kamu dan insaf
quote of the day ....
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 posted on 5-8-2014 01:21 PM
ak pun sama..mls nk komen tp nak jugak komen.
ak tgk dia ni pandai cari ruang utk nama ...
setujuuu!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|