Majibur mari, antara drama yang sangat-sangat dinanti-nantikan pada hari raya tahun ini, Dimana tahun lepas Shahrul dan Ajak berlakon dalam rabak raya. Antara barisan pelakon rabak raya ialah Ropi cecupak, Liza Abdullah dan ramai lagi. Dalam drama rabak raya Shahrul shiro memegang watak lelaki lembut dan mempunyai butik pakaian, manakala Ajak shiro pula adik kepada Shahrul iaitu seorang samseng yang baru sahaja keluar dari penjara.
Tapi pada raya tahun ini agak berbeza! dimana Shahrul shiro melakonkan watak sebagai lelaki dari Bangladesh yang menjual karpet. Clip dibawah ini menunjukan watak itu benar-benar menjadi! memang promot bangla habis! gembira sakan! Ilya pun apa kurangnya, suka bebenar lakon watak bangladesh, pada zaman senario dahulu kala Ilya juga telah melakonkan watak bangla.
Mujibur Mari
Barisan pelakon: Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Ilya Senario, Yasha Eliza, Pak Chu Raja Lawak
Dari Bangladesh, akhirnya cita-cita Mujibur untuk bekerja di Malaysia berjaya. Dia kini bekerja sebagai penjual karpet di kedai milik Babu dan antara tugasnya ialah menghantar karpet menaiki motor EX5, dan adakalanya membawa van bersama rakan-rakan Bangladeshnya. Mujibur jatuh cinta kepada kepada Nina ,kepada Aja). Nina suka kepada Mujibur kerana sifat Mujibur yang kelakar, jujur dan tak pernah tinggal solat dan rajin kerja.
Namun begitu hubungan ini telah ditentang sekeras kerasnya oleh kerana enggan mendapat adik ipar Bangla! Ajak mempunyai banyak hutang telah melakukan pelbagai cara untuk memisahkan hubungan mereka. Mujibur kecewa dan mahu balik Bangladesh.Ajak pula diugut percepat bayar hutang! Jika tidak seluruh keluarga jadi mangsa.Nina takut dan bagi tahu Mujibur. Secara senyap, Mujibur bayarkan tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Nina. Hasil jualan karpet itulah Mujibur korbankan untuk bayarkan hutang Ajak.
famili aku gelak sampai sakit perut tengok part diorg menari mcm citer hindustan tu.. aku pun time tu rasa "eh.. aku tgk citer melayu atau citer hindustan ni??"..
dah macam citer abang long fadhil la ni..
karakter dalam raja lawak/maharaja lawak dibawak keluar jadi filem, telemovie, drama..
kang kejap lagi menjadik lah ni..
ramai yg ikot..
Cerita ni biasa2 je pada aku. Tapi aku tgk Shiro ni suka berlakon n shooting kat kampung diaorg, kat kluang. Kuat sangat promote kluang tu kan. masa telemovie Shiro.. bermula sebuah cerita ke apa ntah.. siap shooting kat sekolah STK, sekolah lama si Shahrol.
Cerita mujibur pulak dpt sponsor dari BCB (dato' Tan). Bagus Shiro ni, glamourkan kampung sendiri.