CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12046|Reply: 17

adakah kamu Penghidap Fibroid? elakkan makanan kolagen ye...

[Copy link]
Post time 8-8-2014 05:17 PM | Show all posts |Read mode

Di kalangan wanita yang mengalami fibroid, memelihara cara pemakanan yang betul memainkan peranan yang besar terhadap rawatan fibroid di peringkat awal. Cara pemakanan yang betul akan membantut pertumbuhan fibroid.


3 Prinsip Utama perlu dikendalikan:

Pertama: Pengambilan makanan secara  tetap dari segi masa dan kuantitatif dan tidak terlampau makan.

Kedua: Pengambilan makanan rendah lemak, lebihkan makan daging tanpa lemak,sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

Ketiga: Lebihkan pengambilan bijirins eperti jagung, kacang.


Selain itu, penghidap fibroidjuga perlu mengelakkan daripada makan kolagen, produk peningkatan payudara,gelatin, royal jelly(madu susu lebah) dan lain-lainmakanan yang mudah terasa badan panas, mengakibatkan pengumpalan darah ,dan jugaperlu elakkan makanan yang mengandungi komponen-komponen hormon.

copy cat from:https://www.facebook.com/notes/l ... oid/777921665586352
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 04:40 PM | Show all posts
Good info..Thanks for sharing!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
MiaLibra posted on 25-8-2014 04:40 PM
Good info..Thanks for sharing!

Betul tuh mmg kene elakkan makanan mcm tuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai sekarang yg ada fibroid , cyst etc. Dulu2 perkataan ni pun tak pernah dengar. Hairan plak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:15 AM | Show all posts
jasmine0981 posted on 1-9-2014 08:12 AM
Ramai sekarang yg ada fibroid , cyst etc. Dulu2 perkataan ni pun tak pernah dengar. Hairan plak

mungkin dulu cara hidup simple, makan simple, so tak da masalah tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:21 PM | Show all posts
suhaila75 posted on 4-9-2014 10:15 AM
mungkin dulu cara hidup simple, makan simple, so tak da masalah tu

pemakanan makin tak sihat kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2014 04:38 PM | Show all posts
jasmine0981 posted on 4-9-2014 02:21 PM
pemakanan makin tak sihat kot

ya tidur lewat, main apps sampai lewat malam macam i, hehehhee.... lagi pula suka makan makanan sedap ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
suhaila75 posted on 4-9-2014 04:38 PM
ya tidur lewat, main apps sampai lewat malam macam i, hehehhee.... lagi pula suka makan makanan  ...

Ish ish tido lewat... not good not good
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2014 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
jasmine0981 posted on 1-9-2014 08:12 AM
Ramai sekarang yg ada fibroid , cyst etc. Dulu2 perkataan ni pun tak pernah dengar. Hairan plak

Dulu sakit x pergi hospital.. tapi pergi jump bomoh.. tu x tau nama penyakit dr segi perubatan moden... pastu... disebut ada jin duk dlm rahim...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 11:36 AM | Show all posts
cubby_qt posted on 7-9-2014 12:53 AM
Dulu sakit x pergi hospital.. tapi pergi jump bomoh.. tu x tau nama penyakit dr segi perubatan mod ...

so mcm mana settle kemudian?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
faezahwonderful posted on 7-9-2014 11:36 AM
so mcm mana settle kemudian?

Nanti bomoh ubatkan la... bomoh guna istilah ada jin... x kata ada cyst.. tapi.. ustaz2 skrg kata.. sakit2 kita tu mmg sbb jin.. betul ker
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cubby_qt posted on 7-9-2014 12:53 AM
Dulu sakit x pergi hospital.. tapi pergi jump bomoh.. tu x tau nama penyakit dr segi perubatan mod ...

Bukan dulu2 yg zaman nenek kita. Zaman time skolah 90 an dulu. Barah je yg biasa dengar..barah pangkal rahim barah payudara...cyst fibroid ni nama baru ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
jasmine0981 posted on 7-9-2014 11:53 PM
Bukan dulu2 yg zaman nenek kita. Zaman time skolah 90 an dulu. Barah je yg biasa dengar..barah pan ...

Lama.. dulu kita belum reti nama pelik2.. asal sakit dlm perut.. kita sebut barah.. dr dulu2 pon bukan nk citer lebih2 pada kita.. ckp istilah yg biasa2 jer.. skrg dunia di hujung jari.. kita suka nk siasat.. baru kita tahu istilah sbnr..

cth pling mudah... sakit perut.. dr kata angin... bila skrg surf kt intenet..wujud sakit ulser perut... dulu yg putih dlm mulut.. kita s3but mata ikan... skrg pandai kita sebut ulser mulut...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:14 AM | Show all posts
cubby_qt posted on 8-9-2014 12:40 AM
Lama.. dulu kita belum reti nama pelik2.. asal sakit dlm perut.. kita sebut barah.. dr dulu2 pon b ...

yaya, skrg kami guna smart phone, boleh terbang sini sana dgn cepat, dulu, nenek moyang kami nak p tempat lain kena guna kaki jalan jalan sepangjang 1-2 hari....kesian

bagi sesiapa yg ingin ambil tahu byk infor kesihatan pompuan, boleh cuba masuk facebook inin

https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587

be honest bagi saya yg menarik ialah side dish nya "masa bersantai "ahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:08 PM | Show all posts
rasanya pompuan yg mengidap tiroid pun dielakkan makan kolagen
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 04:40 PM | Show all posts
cubby_qt posted on 7-9-2014 08:01 PM
Nanti bomoh ubatkan la... bomoh guna istilah ada jin... x kata ada cyst.. tapi.. ustaz2 skrg kata. ...

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".

Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.
Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.


ANTARANYA :
Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai  sahabatnya.
Melalui " saka Baka "
Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.
Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.
Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.
Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin.
Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia )

ANTARA TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT IALAH :
Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.
Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.
Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.
Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.
Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.

Kemandulan

Kemandulan yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.
Dalam hadis Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :
‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah’. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah Binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masaalah turun haid yang begitu lama. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan oleh nya.
Akhirnya baginda bersabda :

‘Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan ‘. - Riwayat At-Tarmizi.

Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Ada Dua Punca Utama Terjadinya Masaalah Yang Dihadapi Oleh Kaum Wanita Yang Terlibat Selain Daripada Sebab-Sebab Fizikal:
Akibat sihir
Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.
Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.
Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
abbyhoney posted on 11-9-2014 04:40 PM
Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang meng ...

Terbaikkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:45 PM | Show all posts
kejoraria posted on 9-9-2014 12:08 PM
rasanya pompuan yg mengidap tiroid pun dielakkan makan kolagen

yaya, memang betul...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.276339 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list