Sejarah Bonus Kerajaan Penjawat Awam (Bajet 1993 – Bajet 2013)? Bonus Bajet 2014?
BY STAFF BERITA SEMASA ON OCTOBER 25, 2013
Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh 1.4 juta kakitangan awam samada harapan mereka selama ini direalisasikan atau tidak. Berdasarkan semakan Berita Semasa ( DI SINI), ada kalangan penjawat awam yang tidak berminat dengan bonus, kerana lebih mengharapkan elaun mereka dinaikkan.
Ada juga kakitangan awam yang merasakan mereka berhak mendapatkan bonus dan bukannya saguhati. Macam-macam pandangan yang diutarakan…. Sejarah Bonus Kerajaan Penjawat Awam (Bajet 1993 – Bajet 2014)?Kali ini Berita Semasa ingin berkongsi informasi mengenai pemberikan bonus kerajaan kepada kakitangan awam Malaysia sejak pembentangan Bajet 1993 sehingga pembentangan Bajet 2013. Berdasarkan sejarah, bonus kakitangan kerajaan mula diperkenalkan pada tahun 1993 : - 1993 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
- 1994 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
- 1995 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
- 1996 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
- 1997 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
- 1998 – Bantuan Khas Kewangan RM400
- 1999 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1,000)
- 2000 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
- 2001 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM1,000)
- 2002 – Bonus satu bulan gaji (minima RM1,200)
- 2003 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam
- 2004 – Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
- 2005 – Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
- 2006 – Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1,500
- 2007 – Tiada Bonus penjawat awam ( Kenaikan Gaji dan Cola)
- 2008 – Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1,000)
- 2009 – Bantuan Khas Kewangan RM500
- 2010 – Bantuan Khas Kewangan RM1,000
- 2011 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1,000) (KLIK SINI)
- 2012 – Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minima RM1,500) (PENGUMUMAN DI SINI)
- 2013 – Bantuan Khas Kewangan RM500 : Telah pun diterima (DI SINI).
- Bajet 2014 Bonus : Ada atau tidak? Dijangka hanya saguhati RM500 yang bakal diterima…
Kalangan kakitangan Kementerian Kewangan Malaysia telah dikuarantin dalam 24 jam sehingga ke hari ini di mana mereka terpaksa bekerja untuk menyiapkan Bajet 2014 untuk dihantar terus buku Bajet 2014 pagi ini ke Bangunan Parlimen untuk dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat tepat jam 4 petang ini. Berita Semasa difahamkan Datuk Seri Najib Razak telah hadir ke Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada malam tadi sekitar pukul 9:00 – 10:00 malam untuk tujuan mendapatkan penjelasan & taklimat terakhir dengan bos & pegawai kanan MOF. Bukannya Presiden Cuepacs ataupun Bank Negara Malaysia. Bukan….. Dan kebiasaannya, sebarang pertukaran pada intipati Bajet 2014 selewat-lewanya pada pukul 2 pagi tadi. Ya….intipati Bajet Malaysia masih boleh bertukar di saat-saat akhir. Tetapi bersyarat…..Dan buku Bajet 2014 tidak dicetak pada malam tadi, dan juga tidak dicetak pada minggu lepas. Selepas cetak buku Bajet 2014, duduk di bilik kebal. Dan pada malam tadi, ketika Datuk Seri Najib Razak telah hadir bersama-sama dengan Datin Paduka Rosmah Mansor pada malam tadi di MOF, telah berlaku beberapa perubahan dalam ucapan pembentangan Bajet 2014 pada hari ini. Bersambung……(Nantikan sambungan pada laporan berita Berita Semasa selepas ini…) P/S : Apa respon belas 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia?
|