View: 9565|Reply: 72
|
[Tempatan]
Dulu Gelandangan Sekarang Dah Jadi Mak Dara
[Copy link]
|
|
Suka duka Ibu HalimahOleh MERAN ABU BAKAR
Gambar WAHIDIN SALIM
Halimah membersihkan replika rumah kayu yang dibinanya sendiri.
MUNGKIN tidak ramai mengetahui keperitan hidup yang pernah dialaminya. Amat pahit dan menyesakkan dada apabila memikirkan peristiwa lalu. Benak terbuku menahan air mata yang boleh mengalir bila-bila masa sahaja, apatah lagi apabila terkenang diri dan anak-anak yang hidup melarat semasa mereka kecil boleh membuatkan fikiran bingung seketika.
Mereka anak-beranak hidup gelandangan setelah tiba di Kuala Lumpur. Tidak ada tempat tinggal untuk tempat berteduh daripada panas siang hari dan melindungi daripada kesejukan serta gigitan nyamuk di malam hari.
Ketika itu nasib anak-anak diserahkan bulat-bulat kepada Tuhan yang Maha Esa. Hanya Allah yang dapat melindungi mereka.
Dirinya sendiri juga tiada siapa yang peduli. Sakit, pening, demam, makan atau berlapar, dia terima dengan tamab.
Inilah dugaan yang paling berat dalam hidup setelah meninggalkan kampung dek kerana berkecil hati dan menjadi perantau di tempat orang yang begitu asing bagi dirinya.
Keenam-enam anak dibawa bersama kerana padanya biarlah susah senang, mereka tetap ada di depan mata.
Namun besarnya kuasa Allah, daripada kehidupan penuh kemiskinan, menjadi gelandangan dan hidup melarat mengharapkan belas ihsan bagi mendapatkan sesuap nasi, siapa menyangka insan yang banyak diduga ini kini hidup dalam kemewahan menghuni rumah agam di sebuah kawasan eksklusif di pinggir ibu kota.
Apakah sebenarnya yang berlaku kepada wanita yang bernama Halimah Shuib, 69, ini. Bagaimana kehidupannya boleh berubah daripada berada di tahap yang paling bawah, tetapi kini boleh menggapai bulan.
Bertemu dan mendengar beliau bercerita kisah silamnya di rumah agam lima bilik yang baru didiami sejak tiga tahun lalu, membuatkan saya terfikir begitu bertuahnya wanita yang lebih dikenali sebagai Mak Dara ini.
“Saya tidak pernah terfikir hendak tinggal di rumah besar. Dahulu semasa anak-anak masih kecil, apa yang saya fikirkan ialah hendak mencari duit untuk membeli lauk dan memberi anak-anak makan.
“Bagaimanapun saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Ujian Allah kami tempuh dengan sabar dan disertai dengan usaha tidak mengenal penat, inilah yang kami peroleh.
“Orang yang melihat saya sekarang mesti ingat saya ini memang kaya dari awal, tetapi mereka tidak tahu bahawa saya pernah mengalami hidup yang menakutkan," kata ibu kepada enam orang anak ini.
Ingin bertanya lebih lanjut mengenai kisah sedihnya, wanita yang berasal dari Rengit, Batu Pahat, Johor ini berkata, 20 tahun dahulu, beliau membawa diri ke Kuala Lumpur bersama-sama enam anak, Noor Halimah, Sharifah Halimatun Saadiah, Tun Sharifah Fatimah, Syed Muhammad Ghadafi, Syed Mohd Ghazali dan Syed Mohd Rizal yang ketika itu masih kecil.
Pada masa itu, beliau juga telah berpisah dengan suami keduanya, Syed Ali Syed Mohamed.
Tidur dalam tong
Halimah nekad menuju ke Kuala Lumpur dalam keadaan sehelai sepinggang disebabkan masalah keluarga, biarpun beliau sedar di bandar besar itu tidak mempunyai sesiapa apatah lagi rumah untuk berteduh.
“Saya ingat lagi, waktu itu kami anak beranak menumpang tinggal di belakang bengkel bas mini di Jalan Merpati Off Jalan Raja Laut.
"Bagi mencari rezeki, saya berniaga nasi campur di warung kereta tolak. Anak-anak pula terbiar dan bersepah. Ada yang mengikut orang, tumpang rumah Cina, tidur di tepi longkang dengan beralas surat khabar. Apabila demam, mereka menangis dan ada orang yang menolong membawakan ke kelinik dan memberi makan.
“ Pernah sekali akibat terlalu penat bekerja, saya jatuh sakit. Saya tidak boleh bangun, kepala sakit dan demam. Saya tidur dalam tong kereta tolak tersebut yang biasanya digunakan bagi menyimpan barang-barang. Saya tidak tahu apa yang berlaku di luar dan anak-anak entah ke mana. Ada yang tinggal di rumah Cina selama tiga tahun dan sudah boleh bercakap Cina. Ada juga yang menumpang rumah orang.
“Memang fikiran saya kusut dan bingung, tidak boleh berfikir apa-apa. Suatu hari seorang hamba Allah telah mengetuk tong tersebut dan bertanya jika ada orang di dalam. Saya membuka pintu dan dia bertanya keadaan saya. Dia berikan saya ubat dan minum air jemuju. Selepas itu dia suruh saya makan buah bagi menyejukkan badan. Beberapa hari selepas itu, baru saya berasa segar dan boleh bangun.
“Hamba Allah ini adalah seorang lelaki. Apa yang saya ingat namanya Mustapha dan berasal dari Johor. Kalau dia masih hidup, saya teringin sangat hendak berjumpa dengannya, berterima kasih dan meminta maaf kepadanya.
"Dia banyak menolong saya, menemankan saya ke pasar dan menolong mengemaskan warung," ujar nenek kepada 20 cucu dan moyang kepada lima cicit itu.
Sejenak Halimah seperti terkedu. Sambungnya, antara peristiwa pahit yang masih diingati sehingga sekarang ialah, beliau pernah makan nasi yang dikutip dari tong sampah, anak-anaknya tidur beralas surat khabar dan menumpang di rumah Cina.
Menahan sebak, kata Halimah, tiga orang anaknya pernah hampir-hampir berputus asa untuk hidup kerana tidak tahan hidup susah.
Walaupun anak-anak hidup melarat dan bersepah, Halimah tetap menganggap anak-anak baik dan mendengar kata yang akhirnya kesemua mereka balik kepada beliau.
Halimah kemudian berniaga nasi campur di Chow Kit dan mencari rumah sewa. Beliau pernah juga bekerja sebagai tukang masak di Genting Highlands tetapi berhenti kerana gaji yang diterima tidak berbaloi dengan kerja yang dilakukan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140815/ke_01/Suka-duka-Ibu-Halimah#ixzz3AZyaSHQX
Last edited by GhostWalking on 16-8-2014 06:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nenek dara la ni. Rumah di beverly height. |
|
|
|
|
|
|
|
Badigol2 tak faham ayat quran tak nak ngutuk kata dah tau miskin beranak tak ingat2..ke?
Last edited by lavasyawal on 17-8-2014 02:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
dugaan..bersyukur la kita msih ada rumah,kerja,duit nak mkn siap boleh online lg..klu kita rasa kita susah sbnrnya ada org yg lain yg lg susah dri kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana drpd keja kedai makan bole hasilkan produk jamu pulak ye..cerita x habes |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia ni la seumur hidup aku tgk lelaki pertama yg memakai handbag. Confius sungguh time tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa kali nak ulang daaa ayat menumpang umah cina tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Motip ??? |
|
|
|
|
|
|
|
jawa johor yg merempat di KL dan akhirnya berjaya
"Inilah dugaan yang paling berat dalam hidup setelah meninggalkan kampung dek kerana berkecil hati "
see.. ni mesti kes jawa2 johor batu pahat ada menghina makcik ni... mmg dasar tak sedar diri.. moyang korang dulu merempat datang tanah malaya |
|
|
|
|
|
|
|
yer la..aku pon nk tau caner dia start boleh bisnes jamu tu...
citer x abes.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit pun tak sentuh tentang bagaimana Mak Dara terlibat dalam penjualan jamu. Yang banyak ditulis ialah menumpang di rumah Cina.
Wartawan ini IQ UPSR je le kot. |
|
|
|
|
|
|
|
org johor... kalau dah berjaya sikit mmg sembang kencang... tgk bola jdt pon korang perasan kan
mungkin tu budaya dan pembawakandari moyang asal usul dari indon mendarat pantai pontian |
|
|
|
|
|
|
|
syed tau memant*t ja.. anak bini biar |
|
|
|
|
|
|
|
nenek pun sanggul bonggol juga... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..cerita tak habis...
mcm mana dia boleh jadi kaya? I mean idea nak jual jamu sampai kaya...mcm tu je storynya? Lame punya reporter |
|
|
|
|
|
|
|
ell768 posted on 17-8-2014 03:04 AM
Berapa kali nak ulang daaa ayat menumpang umah cina tu..
Baru nak cakap hehe. Tiga rumah Cina yang berlainan kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
cruisekeanu posted on 17-8-2014 08:37 AM
Sedikit pun tak sentuh tentang bagaimana Mak Dara terlibat dalam penjualan jamu. Yang banyak ditulis ...
Seolah-olah menumpang di rumah Cina tu setaraf tidur tepi longkang dan dalam tong? Sbb disamakan dalam satu ayat.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan posted on 17-8-2014 09:19 AM
Seolah-olah menumpang di rumah Cina tu setaraf tidur tepi longkang dan dalam tong? Sbb disamakan d ...
Kanzz saya mula-mula sungguh-sungguh nak baca, ingatkan ada cerita Mak Dara memulakan perniagaan jual jamu hinggalah sampai ke tahap tangan mencapai bulan (Rujuk tulisan wartawan tu kat atas).
Sampai kesudah asyik ulang menumpang di rumah Cina tu sahaja. Wartawan ini ingat orang akan menangis tersedu-sedu ke dengan cerita-cerita ini. Kalaupun begitu, buat pengabungjalinan dengan teliti antara menumpang di rumah Cina dengan kemajuan perniagaan jual jamu Mak Dara.
PS : Kalaulah Mak Dara atau sesiapa yang berkenaan terbaca artikel ini, silalah jangan suruh wartawan tulis cerita-cerita kejayaan beliau dengan cara sebegini, buat editing dahulu sebelum disiarkan di media massa kerana dibaca di seluruh negara. Silap-silap sampai ke benua eropah kalau ada orang naik MAS beli akhbar dari Malaysia dan baca di dalam kapal terbang, kemudian dia tak bawa turun, tinggalkan sahaja kat poket depan, datang pelancong warga Jerman, buka dan baca ... he he he he
|
|
|
|
|
|
|
| |
|