View: 3828|Reply: 5
|
JPJ perkenal program baharu MyLesen
[Copy link]
|
|
BERA 17 Ogos - Bagi memastikan golongan muda dan remaja di negara ini mempunyai lesen kenderaan yang sah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan program khas yang dinamakan MyLesen bagi memudahkan mereka mendapatkan lesen.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, program yang dijangka dilaksanakan pada tahun ini akan melibatkan golongan muda berumur 16 tahun ke atas termasuk pelajar sekolah.
"Sebenarnya golongan yang tidak ada lesen ini bukan sahaja orang tua tetapi juga golongan muda termasuklah mat rempit yang berada di bandar dan pinggir-pinggir bandar.
"Jadi untuk mereka ini, kita akan merangka program khas bagi memastikan semua rakyat Malaysia yang memerlukan lesen akan mempunyai lesen," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutup program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Semai Bakti Tembangau 2 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd. Fadil Osman dan Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Haizal Zainal Abidin.
Pada majlis itu, seramai 420 peserta program SKSJ terdiri daripada individu berusia 45 tahun ke atas menerima lesen memandu masing-masing.
Menurut Ismail, melalui program baharu itu, pihaknya akan merangka pakej khas menarik kepada golongan muda berumur 16 tahun ke atas untuk mendapatkan lesen memandu yang sah.
Katanya, modul khas itu juga akan menyasarkan pelajar sekolah yang menggunakan motosikal ke sekolah bagi memastikan mereka dilindungi oleh insurans sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
|
|
|
|
|
|
|
|
phuii... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau masih ramai lagi yang tak ada lesen tak tau lah nak buat macamana lagi?? |
|
|
|
|
|
|
|
skang ni dah ada pekej "gerenti sampai lulus".. topup duit sikit jer.. dpt lesen walaupun fail JPJ.. nalerekek!!... |
|
|
|
|
|
|
|
daripada bayar untuk dapat lesen, baik buat deposit moto... tu yg ramai tak de lesen.. |
|
|
|
|
|
|
|
lesen makin mahal nak mmpus. sampai sekarng aku tak settle lagi phuuii |
|
|
|
|
|
|
| |
|