CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1559|Reply: 0

Umur 30 tahun sudah mengalami kekurangan sperma

[Copy link]
Post time 23-8-2014 05:41 PM | Show all posts |Read mode

[size=13.63636302947998px]Pada kali pertama saya bertemu dengan Cik Pang, dia baru berkahwin 1 tahun dan merancang kehamilan selepas 6 bulan perkahwinan. Namun selepas berusaha selama 6 bulan, masih tiada berita baik disampaikan. Cik Pang tertanya-tanya adakah sendiri menghadapi masalah kesuburan?

                Selepas pertanyaan,saya mendapati bahawa kitaran haid Cik Pang agak teratur tetapi mengalami kesakitan haid pada setiap bulan kedatangan haid. Tambahan pula, Cik Pang juga akan mengalami sakit payu dara dan sakit belakang badan pada setiap bulan datang haid. Pada tahun lepas, Cik Pang berjumpa dengan pakar ginekologi dan didiagnosis menghadapi masalah endometriosis tahap ringan. Doktor menyarankan dia mengambil ubatan untuk mengelakkan keadaan kesihatannya diburukkan.

                Cik Pang yang berbadan saiz kecil tidak memakan dengan tetap masa atas sebab kesibukan kerja. Ini menyebabkan dia mengalami masalah perut berkembung dan tiada selera makan,seterusnya berat badan semakin berkurangan. Keadaan badannya memang tidak sesuai untuk kehamilan.

                Suami Cik Pang iaitu Encik Wong pula merokok lebih daripada 10 tahun dan peminum yang mana minum dengan kerap dan kuantiti yang agak banyak. Walaupun dia tidak menjalankan ujian analisa airmani, tetapi saya yakin bahawa tabiat hidupnya telah banyak mempengaruhi kualiti spermanya.

                Mungkin pasangan ini berusia agak muda iaitu 30-an, jadi mereka tidak bergegas untuk kehamilan dan tidak menerima rawatan rapi selepas bertemu dengan saya. Saya hanya menasihati EncikWong supaya menjalankan uji analisa air mani untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai keadaan badan sendiri.

                Selepas 1 bulan, Encik Wong menjalankan uji analisa air mani dan ujian darah. Selepas diagnosis, saya mendapati bahawa sel darah merah Encik Wong agak tinggi, ini berkemungkinan berkaitan dengan dia yang kurang meminum air putih dan meminum arak secara berlebihan.

                Laporan menunjukkan bahawa kuantiti sperma sebanyak 33mil/milimeter, dan ini memang mencapai dengan tahap piawai paras normal. Namun kuantiti ini boleh diklafikasikan kurang ideal sekiranya mengikut dasar lingkungan umur 30-an. Lagipun,kuantiti ini mungkinlah tidak cukup untuk mencapai kejayaan sekiranya ingin hamil secara alami. Di samping itu, motiliti sperma dan morfologi juga kurang ideal iaitu kurang daripada 40%.


                Berdasarkan keadaan badan mereka, saya menyarankan mereka berdua supaya menggunakan kaedah kehamilan secara alami selama 3-6 bulan. Sekiranya kaedah ini tidak mencaapai keberhasilan,mereka boleh menerima rawatan rapi untuk beranak. Akhirnya,pasangan itu memutuskan untuk menerima rawatan rapi selepas mencuba kaedah kehamilan alami selama 4 bulan. Saya bercadang Cik Pang menjalankan rawatan selama 9 bulan yang mana mengambil ubatan,meminum sup tonik dan aku tekanan untuk memelihara kesihatan badannya.

                Cik Pang berjaya hamil semasa menerima rawatan pada peringkat bulan ke-2. Secara berterus terang, saya tidak memberi saranan untuk hamil semasa 3 bulan pertama menerima rawatan sebab keadaan badan yang kurang sihat akan  membawa kebahayaan kepada janin.

                Namun pasangan ini menurut segala panduan dan tunjuk ajar yang saya berikan dan dapat menyerap segala nutrien melalui ubatan dan sup tonik,jadi berita baik disampaikan dalam masa singkat. Bersyukurlah Cik Pang telah mengharungi 14 minggu kehamilan yang mana dianggap sebagai tempoh berbahaya kehamilan. Semoga ibu dan bayi sihat-sihat belaka.   



Last edited by phdhng on 23-8-2014 05:43 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035983 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list