CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 0

[Dunia] Sorok dadah di saluran tandas hotel

[Copy link]
Post time 25-8-2014 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Sorok dadah di saluran tandas hotel




RAUB - Tindakan seorang lelaki menyembunyikan dadah jenis syabu dalam saluran buangan air tandas sebuah bilik hotel berjaya dikesan pihak polis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu berjaya ditahan hasil dari risikan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah.

Menurutnya, lelaki terbabit berjaya ditahan di sebuah hotel tempatan sekitar jam 7.15 malam Selasa lalu.

“Pemeriksaan dilakukan ke atas lelaki terbabit dan bilik tersebut dan menjumpai satu kotak besi mengandungi serbuk atau ketulan disyaki dadah jenis syabu di lubang saluran buang air dalam tandas bilik hotel berkenaan.

“Polis turut membuat ujian saringan awal ke atas lelaki terbabit dan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak polis turut membuat semakan rekod jenayah ke atas lelaki tersebut dan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dan dua rekod kesalahan lampau kes dadah.

“Lelaki terbabit yang juga penganggur itu kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan direman sehingga Jumaat (hari ini).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama dua hingga lima tahun dan dikenakan tiga hingga sembilan sebatan,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan kepada masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan yang menyalahi undang-undang di talian hotline IPD Raub 09-3554999 atau terus datang ke balai polis berhampiran.

“Masyarakat juga boleh mendapatkan atau menyalurkan informasi atau maklumat berkaitan di laman rasmi Facebook Polis Daerah Raub,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list