Minuman beralkohol memberi kesan negatif terhadap kesuburan seseorang wanita yang mana menyebabkan kiraran haid tidak teratur pada tahap ringan, terjadi penghentian haid dan anovulasi (tidak bertelur) pada tahap serius. Keadaan ini pastinya menjejaskan kesuburan dan perawatan adalah cenderung lebih susah.
Kesan negatif yang terjadi atas kesuburan adalah berbeza antara lelaki dan wanita.Kaum wanita adalah cenderung mengalami kesan negatif yang lebih besar berbanding dengan kaum lelaki. Ini disebabkan seandainya kedua-dua pihak meminum dalam jumlah yang sama, kandungan alkohol dalam darah kaum wanita adalah lebih tinggi berbanding dengan kaum lelaki. Jadi peminum alkohol wanita yang ingin beranak seharusnya menyedari dan membuat pertimbangan mengenai kerosakan jangka panjang terhadap kesuburan. Sekiranya meneruskan tabiat meminum alkohol secara berpanjangan atau ke peringkat menagih, maka kesuburan dan kadar kehamilan akan menurun.
Bagikaum wanita yang mengalami masalah kesuburan dan haruslah menjauhkan diri daripada meminum alkohol terutamanya sebelum kehamilan,meminum secara berlebihan selama kehamilan atau mengambil ubatan tanpa preskripsi.
Untuk Keterangan Lanjut, Sila layari laman web kami:
https://www.facebook.com/notes/l ... ita/801196306592221
|