CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 10-9-2014 01:07 PM | Show all posts
Esmiria posted on 10-9-2014 11:24 AM
dah nma dia zam, dia abg kot, KENAPA SEMUA ORG KAT CARI NI RAHSIAKAN GENDER??

bukan SEMUA..ada sesetengah je..gamaknya derang kecelaruan gender ..tu pasal rhsia.....

aku pun pening kdng2..jap2 ngaku lelaki , sok2 pompuan plak...felikkkk@Esmiria
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
awanjingga posted on 10-9-2014 01:07 PM
bukan SEMUA..ada sesetengah je..gamaknya derang kecelaruan gender ..tu pasal rhsia.....

aku p ...

btol2...aku sokong.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 07:55 AM | Show all posts
awanjingga posted on 10-9-2014 01:07 PM
bukan SEMUA..ada sesetengah je..gamaknya derang kecelaruan gender ..tu pasal rhsia.....

aku p ...

hehehehehe... betul tu... yg penting keikhlasan bukan kerana dia lelaki ataupun perempuan... yg penting hati... tak gitu awanjingga...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 09:36 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-9-2014 07:55 AM
hehehehehe... betul tu... yg penting keikhlasan bukan kerana dia lelaki ataupun perempuan... yg pe ...

..yep..yg penting ikhlas brkawan...

nickiii bila nk sumbngggg en3 Last edited by awanjingga on 11-9-2014 09:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 10:08 AM | Show all posts
awanjingga posted on 11-9-2014 09:36 AM
..yep..yg penting ikhlas brkawan...

nickiii bila nk sumbngggg en3

that's the spirit... Nicki... sambung cepat2 ya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 05:07 PM | Show all posts

ooo...usu ketinggalan....

baru perasan....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2014 05:08 PM | Show all posts

nnt usu baca ok nicki...bookmark dulu..


bz gusip pasal cikgu & paper bocor...

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 09:07 PM | Show all posts
anak hamba suka baca citer suratan atau kebetulan & sendiri selamanya..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 12:18 PM | Show all posts
bila nak sambung ni meow??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 02:44 PM | Show all posts
Salam,

@UsuFie  @prettyuglybabe  @mat_krai welcome and thanks for reading

mat_krai, terharu lak rasa. Ecececeh. Kem salam kat anak tuan hamba



Okay...sambung sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 02:47 PM | Show all posts
BAB 5

Hikayat Amariya

Raja Amsyar gagah memegang panji. Mengetuai 700 soldadu yang gagah dibelakangnya. Tidak kira jantina, tidak kira bangsa. Yang muda dan yang tua, lelaki dan wanita kekal berdiri teguh bersama Raja kesayangan mereka. Raja Amsyar.

Demi Amariya, mereka sanggup gadaikan nyawa.

Bumi ini milik mereka, jangan sekali-kali dirampas.

Tanah ini tempat tumpah darah mereka. Jangan sekali-kali dihina.

Mereka ini, Pahlawan Amariya. Kekal bersatu tak kira bangsa. Demi Amariya mereka rela berkorban. Mati sekalipun, Amariya akan tetap dipertahankan.

Di seberang sana, pasukan musuh semakin mara. Raja Zulkhan dihadapan sekali, ketua yang mengepalai tentera. Kali ini dia yakin, Amariya akan jatuh juga ke tangannya. Dia yakin, bumi ini miliknya. Amariya patut ditadbir oleh mereka yang berhak dan yang berhak itu adalah dia.

Dia, Raja Zulkhan. Ibunya Ratu Zalikha, Permaisuri pertama Raja Aryan. Mereka dari darah keturunan berdaulat. Dia yang sepatutnya menjadi Raja. Bukan adiknya Amsyar, yang hanya berdarah rakyat biasa. Lalu, dia mahu mendapatkan kembali haknya. Dia perlu menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. Dia mahukan Amariya.

Tiada cara lain untuk dia menuntut kembali haknya itu. Amsyar terlalu degil untuk turun dari takhta. Amsyar tidak mahu menyerahkan Amariya kepadanya. Jadi, cara terbaik adalah dengan cara ini.

Perang.

Yang menang adalah berhak. Yang kalah, perlu menurut. Biarlah putus saudara, biarlah putus nyawa. Amsyar akan tetap ditentang demi mendapatkan takhta itu. Biarlah remuk, biarlah binasa. Terbalik sekalipun bumi ini, Raja Zulkhan tak akan mengalah.

Kini, dua pasukan itu saling bertentangan. Hanya dipisahkan dengan jarak dua ekar tanah. Masing-masing gagah, masing-masing tidak gentar.

Di atas tunggangan kudanya, Raja Amsyar bergerak beberapa langkah ke depan dalam keadaan berjaga-jaga. Bersiap-siaga dengan pedang dan perisai, dia sebenarnya tidak mahu ada sebarang pertumpahan darah. Dia tidak mahukan perang ini. Namun dia terpaksa. Jika tidak, Zulkhan akan bermaharajalela. Amariya akan hilang lenyap jika Zulkhan berkuasa. Last edited by Nicki_Meow on 19-9-2014 03:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 02:50 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-9-2014 02:44 PM
Salam,

@UsuFie  @prettyuglybabe  @mat_krai welcome and thanks for reading

dari dulu SR je..

sambung banyak-banyak sikit meow..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 03:07 PM | Show all posts
“Zulkhan!” Raja Amsyar berteriak. Suaranya dapat didengari hingga ke seluruh perbukitan. Raja Zulkhan menyahut. Mengarah kuda tunggangannya bergerak selangkah ke hadapan.

“Kita tak perlu berperang, Zulkhan! Ini semua sia-sia.” Di saat terakhir ini, Raja Amsyar masih mahu berbincang.

Raja Zulkhan menyeringai. “Apa kau sudah takut, Amsyar? Kalau begitu, serahkan kembali Amariya pada aku.”

“Takhta Amariya diserahkan pada aku, Zulkhan. Raja Aryan telah berwasiat sebegitu. Kau telah mendengarnya sendiri, bukan?!”

“Kau bukan pewaris yang sah, Amsyar. Tapi …aku!” Zulkhan menepuk dadanya. “Aku lahir dari rahim Ratu Zalikha. Darah aku darah diraja. Sedangkan kau, cuma berdarah rakyat jelata.”

“Aku juga anak Raja Aryan!” Balas Raja Amsyar. Raja Zulkhan ketawa besar.

“Kau perlu sedar, Amsyar. Sudahlah ibu kau berbangsa Cha’ani, hanya berketurunan rakyat jelata. Aku ini lahir dari rahim Ratu Zalikha, permaisuri sebenar Amariya. Berani kau mengatakan bahawa kau pewaris takhta?”

Raja Amsyar menarik nafas seketika tatkala keturunan ibunya dipersoalkan. Iya, benar. Ibunya bebangsa Cha’ani dan cuma rakyat jelata. Ibunya tidak berdarah diraja. Ibunya bukan isteri pertama Raja Aryan. Namun ibunya, Ratu Alaysia adalah isteri Raja Aryan yang sah. Yang dinikahi Raja Aryan setelah kemangkatan Ratu Zalikha. Yang telah ditabalkan sebagai Ratu oleh Raja Aryan. Yang tetap dianggap Permaisuri oleh rakyat Amariya. Zulkhan perlu menerimanya dengan hati terbuka.

“Darah kita masih sama, Zulkhan.” Sahut Raja Amsyar. “Akan tetap merah. Bukan hitam atau kelabu.” Raja Amsyar menarik sarung tangan besi yang dipakai. Sebilah pisau ditarik dari sisipan pinggang lalu menggores sedikit tapak tangannya hingga mengalir darah terus ke bumi.

“Kau lihat ini, Zulkhan. Darah kita sama merahnya!” Teriak Amsyar lalu mengangkat tangan kirinya ke atas. Darah masih dibiarkan menitis.

“Biar darah putih sekalipun, kau langsung tidak layak, Amsyar! Serahkan Amariya pada aku!” Raja Zulkhan bertempik garang.

“Berundurlah Zulkhan. Tak ada gunanya perang ini!” Sambung Raja Amsyar. Masih cuba mengelakkan pertumpahan darah.

“Aku cuma akan berundur jika kau menyerahkan takhta Amariya!” Sahut Raja Zulkhan.     

“Takhta Amariya diwariskan pada aku!”

“Jika begitu, kau akan aku perangi!”

“Dan aku akan pertahankan Amariya biarpun darah ini habis mengalir.”

Semboyan perang berbunyi. Raja Amsyar memacu kudanya ke hadapan. Para pejuang Amariya menyusul Raja muda mereka tanpa gentar.

Amariya berperang untuk pertama kalinya. Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2014 07:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 03:35 PM | Show all posts
menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 03:37 PM | Show all posts
wah.. #makinlajukunyahpopcorn


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 03:39 PM | Show all posts
“Best juga cerita ni…” Qusyairi menguap namun matanya kekal terpaku pada skrin komputernya. Setiap baris ayat yang dibaca benar-benar menarik perhatian. Dia tidak tahu, bagaimana pautan laman web itu muncul secara tiba-tiba dan Qusyairi tidak mahu memikirkannya saat ini. Bacaan diteruskan walaupun matanya terasa semakin berat.



Pasukan Raja Zulkhan berundur. Ada yang cedera, ada yang mati. Walaupun jumlah mereka jauh lebih besar dari jumlah pejuang tentera Raja Amsyar, entah mengapa mereka tak mampu mengalahkan tentera lawan. Kekuatan mereka tidak mampu menandingi kekuatan pejuang Amariya itu.

Di celah-celah para pejuang, Raja Zulkhan dan Raja Amsyar beradu kekuatan, satu lawan satu. Sama kuat, sama handal namun Raja Amsyar kelihatan lebih berakal. Setiap gerak-geri Raja Zulkhan diteliti tajam agar dapat mencari peluang untuk mengalahkan Raja Zulkhan. Dalam masa yang sama, seboleh-bolehnya Raja Amsyar cuba mengelakkan kecederaan parah namun Raja Zulkhan nampaknya sudah hilang rasa perikemanusiaan.

Peluang depan mata. Satu tendangan padu dikenakan tepat pada Raja Zulkhan. Raja Zulkhan sempat mengelak namun dek kerana kelalaian, dia tersungkur jatuh. Pedang Ghowir kebanggaannya terlepas dari tangan. Raja Amsyar pantas memijak dada Raja Zulkhan lalu dihenyak sekuat hati. Pedang Ariesse, pedang warisan kerajaan Amariya dihunus tepat ke leher.

Dentingan pedang dan senjata para pejuang terhenti secara berperingkat sehingga akhirnya, hingar-bingar suasana hilang. Tentera Raja Zulkhan hanya mampu melihat raja mereka ditawan. Tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Ada yang mula menjatuhkan pedang dan senjata. Ada yang terduduk melutut.

“Celaka kau, Amsyar!” Raja Zulkhan menghambur cacian. Raja Amsyar tidak menjawab. Sudah nyata kemenangan berada di pihaknya.

“Apa lagi, teruskan! Bunuh saja aku!” Raja Zulkhan mencabar. Raja Amsyar masih kekal berdiri seperti tadi.

“Kita bersaudara, Zulkhan.” Balas Raja Amsyar.

“Mati sekalipun, tak mungkin aku akan mengakuinya.” Jerit Raja Zulkhan. Raja Amsyar menarik nafas.

“Kau akan aku lepaskan, sekiranya kau berjanji untuk tidak akan kembali lagi ke tanah ini.” Tutur Raja Amsyar.

“Bunuh aku, Amsyar. Kau tahu, bukan? Aku tak akan berhenti setakat ini selagi Amariya tidak berada dalam genggaman aku!”

Serba salah menguasai fikiran Raja Amsyar. Jika Raja Zulkhan tidak dibunuh, maka Amariya akan terus berada dalam ancaman bahaya. Rakyat Amariya adalah keutamaannya. Bumi Amariya menjadi kepentingannya. Tidak boleh digadaikan! Mesti dipertahankan. Tetapi, Raja Zulkan itu masih saudaranya. Tetap abangnya walau berlainan ibu. Jauh disudut hati, Raja Amsyar tidak tergamak membunuh Raja Zulkhan.

“Apa kau gentar, Amsyar? Kau takut pada aku?” Raja Zulkhan sengaja mengejek. Raja Amsyar mengetap bibir.

“Lakukannya, Amsyar! Tapi kau perlu ingat! Mati sekalipun, aku akan pastikan Amariya kembali pada aku. Keturunanku akan kembali menuntut. Aku tak akan mati dengan tenang selagi Amariya tidak dikembalikan pada yang berhak!”

Raja Amsyar tidak punya pilihan lain lagi. Pedang diangkat tinggi.

“Keturunan aku akan kembali menuntut!” Jerit Raja Zulkhan.

Pedang dihayun. Hanya dengan satu tetakan, nyawa Raja Zulkhan tamat ditangan adiknya sendiri. Terdengar sorakan dari para pejuang Amariya manakala tentera Raja Zulkhan hanya mampu mendiamkan diri. Tidak melawan.

Tiada lagi ancaman dari Raja Zulkhan namun Raja Amsyar tidak mampu menarik nafas lega. Amaran terakhir Raja Zulkhan bermain dimindanya.

“Keturunan aku akan kembali menuntut!”

“Keturunan aku akan kembali menuntut!”

“Keturunan aku akan kembali menuntut!”

Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2014 07:26 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 03:42 PM | Show all posts
nak bg pengajaran pd Qi ke ni TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 03:44 PM | Show all posts
"Keturunan...bali...men..."

Qusyairi tersentak. Dari posisi bersandar dengan kepala terdongak ke belakang, dia lantas mengangkat kepala lalu tertegak pegun. Mujur punggungnya masih lekat di kerusi. Cermin matanya yang sedikit senget dibetulkan.

Qusyairi terkebil-kebil.

Bagai terngiang-ngiang suara seseorang ditelinganya seolah-olah berkata sesuatu. Otaknya cuba menafsir setiap ayat tetapi apa yang hendak ditafsir, dia pun tak tahu.

Lantas Qusyairi memandang ke sekeliling. Mahu memastikan di mana dia berada sebenarnya.

Sofa, televisyen, meja makan…

Qusyairi lega setelah yakin dia berada di rumahnya sendiri. Tadi dia agak keliru, terasa yang dia berada di tempat lain. Di satu tempat yang luas dan lapang dikelilingi bukit. Di satu tempat di mana berlakunya peperangan…

Perang?

Qusyairi memandang skrin komputernya. Kisah Hikayat Amariya masih terpapar di situ. Agak pelik apabila melihat Megatron duduk ditepi komputer riba. Matanya memandang tajam ke arah skrin sepertinya kucing kesayangannya itu turut membaca.

“Tron…” Panggil Qusyairi. Tiada respon dari Megatron. Hanya telinganya tercacak tegak.

Qusyairi menarik nafas. Menggeliat sedikit menghilangkan lenguh. Badan Megatron diusap perlahan. Tangannya kanannya pula mencapai tetikus, menggerakkan sedikit paparan di skrin.

20 tahun kemudian…

Qusyairi kembali menyambung bacaan. Last edited by Nicki_Meow on 19-9-2014 03:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 03:48 PM | Show all posts
fuh... saya pun terpalit sama merasakan apa yg Qi rasakan sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 03:49 PM | Show all posts
teringat satu cerita kat penulisan2u.. asal watak tu tido je die masuk alam lain..
kalo kat alam tu die basah kuyup, sedor dr tido pon die dlm basah kuyup..
bila barang die tertinggal kat alam tu, sanggup die tertido balik utk pegi ke alam tu amik balik brg die tuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 1.942789 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list