CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 12-9-2014 03:52 PM | Show all posts
semangat plak aku nak berperang sekali nih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 05:19 PM | Show all posts
fuh....



#amikpopcornbaru
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2014 10:00 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-9-2014 03:44 PM
"Keturunan...bali...men..."

Qusyairi tersentak. Dari posisi bersandar dengan kepala terdongak ke  ...

Raja Zulkhan..anknya nnti Raja Zulzill kah?..


semangat plak rasa bila bc bab2 perang ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2014 09:07 AM | Show all posts
Bab 6

Biasan cahaya matahari menembusi celahan dedaun di taman diraja. Taman indah yang wujud di dalam Istana Suriyan, tempat tinggal rasmi pemerintah Amariya.

Sambil menunggang kuda, Puteri Arania dan Syakilla melalui taman istana ini untuk menikmati keindahan alam. Begitulah cara Puteri Arania menghilangkan gundah di hati. Buat hiburan tatkala galau menjelma. Dia diam seribu bahasa.

Puteri Arania ditatang bagai minyak yang penuh oleh ayahanda dan bondanya, pemerintah Amariya. Sungguhpun begitu, Raja Amsyar dan Ratu Malaeka tetap tegas dalam mendidik puteri mereka. Puteri Arania dipersiapkan sesempurna mungkin agar anak mereka itu mampu menggalas tugas sebagai pemerintah Amariya suatu hari nanti.

Sebagai satu-satunya pewaris Amariya, Puteri Arania menuruti segala permintaan Raja Amsyar dan Ratu Malaeka. Namun, jauh di sudut hati, Puteri Arania rasa terbelenggu. Hidupnya sedari kecil bagai telah ditentukan oleh Raja Amsyar dan Ratu Malaeka. Dia tak boleh membuat keputusannya sendiri. Bukan merungut, malah dia sedar itu adalah untuk kebaikannya. Cuma ada masa-masanya, dia ingin melakukan sesuatu tanpa perlu mengikut telunjuk sesiapa.

Itu semua dipendam dalam diam, Dia tidak pernah meluagkan rasa hatinya pada Raja Amsyar mahupun bondanya, Ratu Malaeka. Dia  tak mampu diluahkan pada sesiapa melainkan Syakilla, teman sepermainannya sejak kecil sehingga membawa ke dewasa ini.



Qusyairi menguap. Otaknya memberi arahan supaya tidur saja tapi Qusyairi tetap terpaku depan skrin komputernya. Kekal membaca setiap ayat yang muncul satu demi satu itu. Last edited by Nicki_Meow on 20-10-2014 01:34 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2014 09:13 AM | Show all posts
Syakilla bagai memahami gejolak rasa puteri Raja Amsyar itu. Satu senyuman terukir di bibir lantas dia pun bersuara.

“Arania…” Panggil Syakilla. Gelaran Puteri hanya digunakan tatkala berhadapan dengan ayahanda dan bonda Puteri Arania serta para pembesar istana. Juga ketika mereka berada di keramaian atau majlis-majlis rasmi. Tatkala berdua begini, panggilan puteri dimatikan. Puteri Arania juga tidak suka seandainya Syakilla memanggil gelaran Puteri. Pada Puteri Arania, Syakilla itu sudah dianggap lebih dari sahabat.

Puteri Arania menoleh lalu mengukir senyum nipis.

“Apa lagi yang bermain dalam fikiran kau saat ini?” Soal Syakilla. Puteri Arania kekal tersenyum tanpa menjawab.

“Jangan-jangan, kau masih memikirkan rancangan itu.” Syakilla menelah.

“Benar Syakilla. Aku kerap kali terfikirkan perkara itu.” Puteri Arania menghembus nafas perlahan selajur menjawab. Syakilla menggelengkan kepala.

“Bahaya jangan dicari, wahai tuan puteri…”   

“Bahaya?” Puteri Arania tertawa kecil. “Apa kau tidak yakin aku mampu menjaga diriku sendiri?” Puteri Arania menyoal balas. Pantas Syakilla menggeleng. Sudah pasti dia yakin. Malah teramat yakin sekali. Kedua-dua mereka sudah diasuh dengan pelbagai ilmu mempertahankan diri semenjak umur lapan tahun. Puteri Arania amat mahir menggunakan pedang manakala Syakilla sendiri jaguh dalam memanah. Sebagai pendamping Sang Puteri, Syakilla turut mendapat keistimewaan dari pemerintah Amariya untuk bersama-sama menuntut ilmu.

“Jika begitu, apa yang kau risaukan?” Soal Puteri Arania.

“Aku risau. Ianya akan mendatangkan murka pada Raja dan Permaisuri sekiranya ketahuan.” Jujur Syakilla menjawab.

“Ayahanda dan bonda tak akan tahu jika tiada yang membocorkan rahsia…”

“Arania.” Syakilla menghembus nafas berat.

“Hanya kau saja yang tahu tentang ini, Syakilla. Kalau pun mereka tahu…pasti dari…”

“Kau tidak percaya aku?” Pantas Syakilla menyoal, sedikit tersinggung dengan kata-kata Puteri Arania.

“Bukan begitu maksudku.” Balas Puteri Arania. “Aku cuma mahu kau memahaminya.”

“Sudah tentu aku faham. Cuma rancangan kau itu…aku…” Syakilla tidak menghabiskan bicara.

“Aku hanya mahu mengembara, Syakilla. Mahu menyaksikan sendiri indahnya bumi Amariya. Aku ingin sekali-sekala bebas bersendirian keluar dari sini. Ayahanda dan bonda tidak benarkan aku keluar dari istana tanpa pengawal. Aku rimas apabila ada yang mengawal setiap gerak-geri.” Keluh Puteri Arania.

“Ayahanda dan bonda teramat menyayangimu. Apa yang mereka lakukan bersebab. Kau seorang puteri, Arania. Satu-satunya pewaris takhta Amariya. Andainya sesuatu berlaku padamu nanti, bagaimana?”

Puteri Arania mengukir senyum tawar. Mereka terdiam beberapa ketika.  

“Kadang-kala, aku cemburu dengan dirimu, Syakilla.” Sambung Puteri Arania. Kata-kata itu menyebabkan Syakilla menghentikan tunggangannya.

“Apa maksudmu?”

“Kau boleh pergi ke mana saja yang kau mahu. Tiada yang menghalang. Tiada yang mengawal. Kau tidak perlu mengikut telunjuk sesiapa. Kau bebas membuat keputusan. Kau cukup beruntung, tidak seperti aku.”

Wajah Puteri Arania dipandang lama. Kata-kata itu menyusup masuk dalam hati lalu membuatkan Syakilla sayu sendiri.
Last edited by Nicki_Meow on 14-9-2014 11:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2014 09:16 AM | Show all posts
“Aku ini yatim piatu, Arania. Andai ada yang sudi memberi tunjuk ajar, dengan rela hati aku menerimanya.” Balas Syakilla.

“Maaf.” Pantas Puteri Arania memohon. “Bukan niat aku untuk melukai hatimu. Janganlah bersedih. Ayahanda dan bonda sudah menganggap kau seperti anak sendiri. Kau sudah ku anggap seperti saudaraku sendiri.” Puteri Arania menggenggam tangan Syakilla.

“Iya…aku tahu.” Balas Syakilla lalu tersenyum. Tidak mungkin dia menyimpan rasa kecil hati pada Puteri Arania walau sekelumit.

“Jadi, bagaimana? Kau masih mahu mengikut aku?” Soal Puteri Arania. Syakilla menggelengkan kepala lantas tertawa kecil. Puteri Arania masih lagi mahu meneruskan rancangan itu.

“Apa kau sudah gila? Bagaimana kau mahu melepasi pengawal istana?” Syakilla masih lagi mempersoalkan rancangan Puteri Arania. Rancangan untuk menyusup keluar dari istana secara senyap-senyap. Rancangan untuk mengembara di sekitar Amariya, hanya mereka berdua.

“Aku ada caranya.” Jawab Puteri Arania.

“Bagaimana?”

“Aku…”

“Shhhh…” Secara tiba-tiba, Syakilla membuat isyarat supaya diam. Puteri Arania kehairanan namun dia menurut.

Perlahan-lahan, Syakilla turun dari tunggangan. Busur dan anak panah yang tersangkut di pedati dicapai. Matanya memandang tepat ke satu arah.

“Syakilla…” Puteri Arania juga telah turun dari kudanya. Juga dalam keadaan bersiap-siaga.

"Ada orang lain di sini." Sahut Syakilla.

“Mungkin pengawal?”

“Bukan.”

Puteri Arania tidak berkata apa-apa lagi. Syakilla meletakkan anak panah pada busur. Matanya tajam memerhatikan sesuatu di sebalik rimbunan belukar. Busur di tarik. Anak panah melayang laju. Last edited by Nicki_Meow on 14-9-2014 11:52 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2014 09:20 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 12-9-2014 03:49 PM
teringat satu cerita kat penulisan2u.. asal watak tu tido je die masuk alam lain..
kalo kat alam tu ...

Tajuk apa? Kekadang kat P2U tu mcm malas nak baca sebab tajuk cerita yg.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2014 09:21 AM | Show all posts
awanjingga posted on 13-9-2014 10:00 AM
Raja Zulkhan..anknya nnti Raja Zulzill kah?..

Amboi ko... terkena penangan gak ke?

Nanti iols pertimbangkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2014 10:36 AM | Show all posts
hebat..hebat.

rasanya Arania ni akan jadi macam watak Meridfa dalm citer The Brave tu..cuma arania ni tak reti memanah

err...rambut arania ni merah kerinting macam maggi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-9-2014 09:20 AM
Tajuk apa? Kekadang kat P2U tu mcm malas nak baca sebab tajuk cerita yg.....

Nuvia mi-a-sara
tau xper.. kdg buka je citer die.. tgk paragraphing  yg ntah apa2.. terus cari citer lain..
tajuk vadavoommmm tapi citer alahaiiii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2014 01:16 PM | Show all posts
Ipo posted on 14-9-2014 10:36 AM
hebat..hebat.

rasanya Arania ni akan jadi macam watak Meridfa dalm citer The Brave tu..cuma arani ...

Minat tengok kartun gak ke?

*terpaksa mengaku. Antara sumber inspirasi iols memang dari cerita kartun

Disebabkan iols nak mengekalkan ciri ketimuran (eceh), maka rambut Arania tidaklah merah kerinting megi. Perang-perang sikit aje gitu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2014 01:17 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 14-9-2014 11:54 AM
Nuvia mi-a-sara
tau xper.. kdg buka je citer die.. tgk paragraphing  yg ntah apa2.. terus cari ci ...

Best? Kalau best nak gak skodeng...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2014 01:18 PM | Show all posts
ZAPPP.

Dia tersentak. Anak panah itu betul-betul melalui sebelah pipi kanan, terus terpacak di pokok.

Uih, Nasib tak kena. Boleh mati ni…

“Keluar kamu!” Teriakan kedengaran. Dia tercengang-cengang.

“Aku kata keluar!”

Dalam kekaburan, dia termangu-mangu. Masih tidak dapat memikirkan keberadaannya ketika ini. Tempat ini sungguh asing. Sepertinya berada di hutan yang kecil.

Aku kat mana ni? Macam mana aku boleh ada kat sini?

“Kau masih berdegil?”

Dia terkebil-kebil.

Satu lagi anak panah menjunam. Dalam keadaan buntu, dia hanya mampu memerhatikan anak panah itu terbang laju ke arahnya.

Secara tiba-tiba, dia rebah ke tanah. Sempat melihat anak panah itu terbang lalu terpacak di pokok yang sama.

Qusyairi meraba kepalanya yang sakit akibat terhentak ke tanah. Matanya berpinar membuatkan pandangannya kurang jelas. Tapi dia yakin, sesuatu telah melanggarnya dengan kuat tadi hingga terbaring. Beberapa saat kemudian, pandangannya menjadi seperti sediakala. Qusyairi tercengang lagi.  Benar-benar tidak percaya dengan apa yang berada di depannya ketika ini. Makhluk berbulu sedang duduk di atas dadanya.

“Tttt…ttt…Tron?”

“Shhh….” Megatron meletakkan kaki kanannya ke bibir Qusyairi. “Jangan bising.”

Bulat biji mata Qusyairi mendengar Megatron bercakap. Suara Megatron seperti kanak-kanal lelaki.

Aku dah gila?

“Kamu! Bangun!” Terdengar suara memberi arahan. Qusyairi mengangkat kepala memandang ke depan. Terpaku buat kesekian kali. Terpegun dengan kecantikan gadis itu. Benar-benar cantik. Tak keterlaluan jika dia membuat perbandingan seumpama bidadari.

“Bangun!” Arahan di beri sekali lagi. Kali ini, baru Qusyairi sedar akan anak panah terhala tepat pada muka. Terpisat-pisat, Qusyairi bangkit juga. Sempat menjeling di tepi. Megatron memandang tajam pada gadis itu.

Siapa awek ni? Megatron boleh bercakap? Aku kat mana ni?

Dalam memikirkan perkara yang tidak masuk akal itu, terasa tujahan tajam di belakang badan.

“Jalan.”

Mahu tidak mahu, Qusyairi menurut arahan. Dia berjalan perlahan-lahan keluar dari kawasan belukar diiringi gadis cantik di belakangnya. Megatron juga mengikut dengan senyap. Last edited by Nicki_Meow on 14-9-2014 01:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-9-2014 01:17 PM
Best? Kalau best nak gak skodeng...

Pada aku mmg best laa.. lain dr yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik xpengsan balik dgr kucing bercakap :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2014 01:30 PM | Show all posts
“Syakilla!”

Qusyairi memandang ke depan, ke arah empunya suara.

Eh! Syakilla?

Qusyairi benar-benar keliru. Sebentar tadi, dia membaca laman web yang misteri itu. Tentang Hikayat Amariya. Tentang anak Raja Amsyar yang bernama Puteri Arania dan sahabatnya, Syakilla.

Tapi…macam mana…aku…    

“Siapa kamu?” Keras suara Syakilla menyoal. Dia kini sedang berdiri di hadapan Qusyairi. Anak panah masih dipegang kejap. Qusyairi pula terkebil-kebil memandang dua orang gadis dihadapannya. Terpegun sekali lagi dengan kecantikan yang dimiliki oleh kedua-duanya.

Syakilla…Arania…

“Siapa kamu? Bagaimana kamu boleh masuk ke taman diraja? Dan kenapa…” Kata-kata Syakilla terhenti. “Pakaian kamu…pelik?”

“Pelik?” Qusyairi memandang baju dan seluar yang dipakai. Baju T-Shirt berwarna biru berlambang Superman dan seluar pendek hitam paras lutut. Pelik? Bukankah ini pakaian harian dirumah?

“Sorry. Awak cakap saya ada kat mana tadi?” Soal Qusyairi.

“So...ri?” Wajah Syakilla penuh dengan tanda tanya. “Apa maksudnya?”

“Aaaa?” Qusyairi hilang kata-kata. Sungguh dia buntu.

“Syakilla.” Puteri Arania bersuara. Nadanya lebih lembut dan mesra. “Alihkan panahmu.”

“Arania. Dia…penceroboh.”

“Dia tidak kelihatan seperti merbahaya…”

“Tapi…”

“Syakilla…”

Kali ini, Syakilla menurut. Panah dan busur diturunkan ke bawah namun kelihatannya dia masih berwaspada.

“Siapa kamu?” Kali ini, Puteri Arania menyoal. Senyuman yang terukir dibibirnya membuatkan Qusyairi sedikit lega.  

“Apa namamu?” Puteri Arania menyoal lagi apabila Qusyairi tidak menjawab.

“Qu..Qusyairi.”

“Oh…” Puteri Arania terangguk-angguk. “Kamu tahu di mana kamu berada sekarang?”

Qusyairi menggeleng. Kekeliruan sekali lagi menghantui fikiran.  “Aku tak tahu.” Jawab Qusyairi. “Serius, aku tak tahu. Confuse gila aku rasa ni. Tadi aku tengah baca website…pasal Amariya. Pasal Syakilla…Arania. Tiba-tiba je, aku ada kat sini…”

Syakilla dan Puteri Arania saling berpandangan seketika sebelum kembali memandang Qusyairi.

“Ini taman diraja. Taman larangan. Bagaimana kamu boleh berada di sini?” Syakilla bertanya agak tegas.

“Aku tak tahu…” Qusyairi menggelengkan kepala. Puas di kerah otaknya supaya berfikir tetapi otaknya seperti terbejat.

“Bahasa kamu pelik. Juga kedengaran lucu…” Tutur Puteri Arania sambil tersenyum. Syakilla pula masih seperti tadi. Riak wajahnya kekal garang tanpa senyuman. Last edited by Nicki_Meow on 15-9-2014 10:38 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2014 01:37 PM | Show all posts
“Korang ni siapa? Arania? Syakilla?”

“Jangan biadap dengan Puteri.” Syakilla memberi amaran. Qusyairi menelan air liur. Mana aku tahu…

“Maaf.” Ucap Qusyairi.

“Tidak mengapa.” Puteri Arania lebih berdiplomasi.  “Aku Arania. Dan ini Syakilla, pendampingku.”   

“Adakah itu pendampingmu?” Puteri Arania memandang ke arah Megatron.

“Pendamping?” Qusyairi turut memandang Megatron. “Itu kucing.”

“Namanya kucing?”

“Err…tak. Nama dia Megatron.”

“Mega…apa?”

“Me – Ga – Tron.”

Puteri Arania tertawa. Tangan kanannya menutup bibir. Qusyairi terpana. Pesona seorang Puteri membuatkan dia terpegun lagi. Lama dia merenung ke arah Puteri Arania.

“Lucu sekali.” Tutur Puteri Arania dengan sisa tawa. Qusyairi tersengih sedikit. Tapi, bila dia memandang Syakilla, terus dia menyembunyikan sengihan. Tajam mata Syakilla tak mampu dilawan.

“Qusyairi.”

Qusyairi mengalih pandang. Kening terangkat.

“Kau mahu mengikut kami ke istana?” Soalan Puteri Arania mendatangkan kejutan. Buat Qusyairi dan juga Syakilla.

“Arania! Dia orang asing.” Bantah Syakilla.

“Aku tahu. Tapi, bukankah kita diajar supaya menghormati tetamu?”

“Tetamu? Kau anggap dia tetamu? Bagaimana kalau dia musuh?” Syakilla masih sangsi.

“Musuh? Tidak bolehkah kau berbaik sangka sahaja?” Puteri Arania menyoal balas, agak tegas nada suaranya.

“Arania…”

“Sudahlah, Syakilla. Aku yakin dia tidak berniat buruk.” Puteri Arania tidak mahu lagi bertikam-lidah.

“Qusyairi. Kamu mahu ke istana?”

Qusyairi terkebil-kebil.

“Qusyairi…”

“Qusyairi!”
Last edited by Nicki_Meow on 15-9-2014 10:39 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2014 01:41 PM | Show all posts
“Muhammad Qusyairi."

Qusyairi terbangun. Dia bernafas laju. Matanya meliar memandang sekeliling.

“Eh…kamu ni dah kenapa?”

Suara itu cukup dikenalinya. Qusyairi menoleh ke kanan. “Mak…”

Puan Raziah memandang Qusyairi sambil menggelengkan kepala. “Teruk sangat kamu kerja ni…sampai tertidur atas meja.”

“Tidur atas meja?” Qusyairi memandang meja makan.

“Saya kat mana ni mak?”

“Kat mana? Kat rumahlah. Apa punya soalan kamu tanya ni?”

Qusyairi tak menjawab. Ingatannya kembali ke sebuah taman.

Arania…Syakilla..


“Mimpi rupanya…” Qusyairi menyapu muka dengan tapak tangan.

“Sekarang pukul berapa, mak?”

“Dekat pukul enam.”

Mendengar jawapan Puan Raziah, Qusyairi mengangguk. Puan Raziah tidak bertanya apa-apa lagi, terus berjalan menuju ke dapur.

Qusyairi memandang pula ke skrin komputer ribanya yang telah bertukar gelap. Lama dia termenung memerhati. Otaknya ligat berfikir. Mimpi yang dialami seperti benar-benar terjadi.

“Tron.” Qusyairi memanggil Megatron yang tidur bawah meja. Tiada respon. Tiba-tiba, Qusyairi tertawa sendiri.

Sewel apa? Tak mungkin Megatron akan membalas panggilannya dengan bercakap.

Qusyairi bangun. Meja dikemas serba sedikit dan komputer riba dimatikan sepenuhnya.

Mimpi, tapi macam real…

Iya, mimpi. Sungguhpun begitu, bayang wajah Puteri Arania dan Syakilla kini bermain dalam minda. Last edited by Nicki_Meow on 14-9-2014 01:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 03:19 PM | Show all posts
Laaa....haish..mimpi rupanya..
bila nak tercampak betul2 nih?


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 09:04 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-9-2014 09:21 AM
Amboi ko... terkena penangan gak ke?

Nanti iols pertimbangkan...

...ok iols tggu abm zulzill mncul nnti
yg kiri zulkhan , kanan zulzill..acaner..emsem kan....... Last edited by awanjingga on 15-9-2014 09:05 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.074312 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list