Isu Kereta Hilang: MIG Minta Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tarik Laporan Polis
Sekitar Julai 2014 lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan satu status tulisan Wawa Zainal melalui akaun Twitter mengatakan kereta Suzuki Swift milik beliau telah dicuri dan dilarikan oleh pihak yang didakwa rapat dengan dirinya sebelum ini.
Ramai yang mula berspekulasi ketika itu yang kereta tersebut disembunyikan oleh pengurusan lama Wawa Zainal & Aeril Zafrel iaitu MIG namun David Teo sendiri tampil menafikan yang mereka ada kena mengena dengan isu kehilangan kereta tersebut.
Hari ini kami menerima satu rakaman audio perbualan telefon yang dipercayai antara wakil syarikat MIG dan pengurus Aeril Zafril, Shahriman Wahab yang antara lain meminta supaya pihak Wawa Zainal menarik balik laporan kehilangan kereta tersebut.
Wakil MIG membuat permintaan tersebut selepas pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membekukan permohonan untuk memperbaharui cukai jalan ekoran ada laporan polis tentang kehilangan kenderaan tersebut dan mengakui ianya ada dalam jagaan pihak MIG.
Apa yang kami faham dari rakaman perbualan tersebut, kereta Suzuki Swift itu dibeli atas nama MIG atas sebab umur juga kelayakan namun pengurus Aeril Zafrel dedahkan wang pendahuluan kereta itu dibayar oleh Wawa Zainal selain duit pelakon itu terus dipotong sehingga kini.
UPDATE-1: Aeril Zafrel menerusi akaun Instagram beliau turut memuat naik satu status meminta jasa baik David Teo dan pihak MIG untuk memulangkan semua dokumen dan pakaian dalam kenderaan tersebut.
Pihak MIG mahu pun Aeril Zafrel, Wawa Zainal sendiri mesti muncul untuk memberikan kenyataan tentang isu ini yang nampaknya belum reda sejak berbulan lama. Dengarkan rakaman perbualan yang kami terima dan nilaikan sendiri.
Post time 2-9-2014 08:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebab tu, kena cepat2 tukar nama. Wawa bayar deposit dan bayaran bulan2. MIG x ada kuasa buat macam tu walaupun dibeli atas nama MIG. Bawa ke mahkamah, mmg kalah. Tunjukkan bukti resit.
yg aku paham, MIG beli. bukan wawa yg masih bayar tiap2 bulan melalui standing instruction ke hapa, yg aku paham, mig tolak duit deposit & bayar bulan2 dr duit due ke wawa ni.
masalahnya, wawa ni masih bawah naungan mig ke yg income si wawa berlakon di bayar ke management? kok tak, mmg le keta tu hak mig.
dan lagi, kok ya pun sawa masih membayar sampai skrg, ape ke sengal nk bayar sampai skrg kok ket dah xde ngn dia. katanya keta tu ditarik tahun lepas lagi. bila masa sepanjang dia "menghilang" tu diaada job yg mig leh tolak duit dia berlakon?
Post time 3-9-2014 06:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Amboi sengkek benor ke David... Cina kalau x menipu mmg x sah... Aritu deny sekrg terbukti..puas la dorg ni dikutuk habis2an...rupanya mig penipu.. Last edited by CrowneGlory on 3-9-2014 06:32 AM
entah-lah kalau tengok jalan cerita patut kereta itu memang milik wawa. david come on man takkan you nak revenge sampai begini swift aje pun. celah gigi hang aje. adoi.