CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1674|Reply: 0

Cara Pasangan Suami Isteri Muda menyelesaikan masalah Ketidaksuburan amat kagum

[Copy link]
Post time 7-9-2014 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Biasanya jarang terdapat pasangan suami-isteri yang sanggup menerima kenyataan bahawa diri sendiri telah mengalami masalah ketidaksuburan pada usia yang muda. Encik Lim dan isterinya adalah dikecualikan. Kebanyakan pasangan akan mencuba kaedah hamil secara alami selama 2-3 tahun,sekiranya tiada berita kehamilan selepas jangka masa ini, barulah menyedari dan mengakui terdapat masalah ketidaksuburan.

Encik Lim dan isterinya hanya berusia 28 tahun dan baru berkahwin 1 tahun 2 bulan. Mereka merancang ingin beranak selepas berkahwin setahun. Mereka mencuba kaedah hamil secara alami selama 2 bulan tetapi tidak berhasil,justeru mereka terasa mungkin terdapat masalah kesihatan yang mengakibatkan ketidaksuburan.


Pasangan ini juga menyedari bahawa kesuburan seseorang wanita akan menurun mengikut peningkatan usia secara serentak. Selepas memikir-mikirkan,Encik Lim dan isterinya mencapai persefahaman untuk mencari bantuan daripada pakar-pakar.Selepas mendapat saranan saya di Facebook mengenai pemeriksaan yang peru dijalankan, mereka menjalani semua pemeriksaan badan yang diperlukan dalam masa singkat da nakhirnya berjumpa dengan saya. Sikap mereka yang tegas dan menghadapi masalah dengan sikap yang positif memang mengagumkan saya.


Laporan ujian analisa air mani Encik Lim menunjukkan kuantiti sebanyak 44 Mil/millimeter, motiliti dan morfologi sperma berkadar 70%, tetapi keputusan ini hanya mencapai tahap lulus sekiranya hendak mencuba kaedah hamil secara alami.


Di samping itu,laporan imbasan ultrabunyi testis Encik Lim memaparkan bahawa terdapat hygroma yang bersaiz 0.35x0.3cm di bahagian kanan testis. Sekiranya biarkan tumor kian membesar maka akan menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma. Jadi, saya menyarankan Encik Lim supaya memberi prihatin akan masalah ini dan memantau keputusan yang selanjutnya.


Puan Lim pula menghadapi masalah edaran haid yang tidak teratur sejak dari akil baligh sehingga masa kini. Apa yang diperbaiki ialah kitaran haidnya berubah dari 60 hari kepada antara 30-35hari. Meskipun tidak mengalami kesakitan haid tetapi aliran haid agak kurang iaitu hanya 2 hari,tinggalkan darah secara bertitisan selepas 2 hari. Selain itu , dia juga mempunyai masalah migrain, keseleraan makan yang lemah dan selalu takut sejuk.


Oleh sebab masalah kesihatan mereka tidaklah serius sangat, jadi tidak akan menghadapi banyak kesukaran kalau hendak mencuba kehamilan secara alami. Namun,mereka berdua-dua berisiko tinggi dalam penyakit keturunan keluarga seperti tekanan darah tinggi,kolesterol tinggi dan kencing manis. Jadi sekiranya mereka tidak dapat memastikan sendiri adalah dikecualikan dari mengalami penyakit keturunan keluarga ataupun penyakit yang dihidapi tidak dalam kawalan,maka berkemungkinan akan membawa penyakit tersebut kepada bakal bayi.


Kesan buruk yang dibawa oleh sebarang penyakit diketahui umum terutamanya kesan negetif kencing manis.Sekiranya didiagnosis sebagai penghidap kencing manis, maka terpaksalah menerima rawatan suntikan untuk sepanjang hayat. Bayangkan betapa jeruk hati ibu-bapa kalau melihat anak menyeksa dalam keadaan tersebut.


Jadi, memelihara kesihatansendiri demi menjamin kesihatan bayi yang bakal dilahirkan.  


Selepas menerima rawatan saya pada bulan ke-4, mereka menunjukkan kemajuan yang puas hati, dan berjaya menghamil. Sungguhpun Puan Lim menghamil dengan awal, tetapi saya tahu akan mereka akan menjaga dengan berhati-hati dan melahirkan bayi yang sihat dan kuat.



Untuk mendapat semua maklumat berkaitan dengan kesuburan, wanita, sila layari website:

https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043530 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list