CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1435|Reply: 0

Hyundai eksport Elantra ke Thailand

[Copy link]
Post time 8-9-2014 01:05 PM | Show all posts |Read mode


Inokom Corporation Sdn Bhd (Inokom) memperluaskan jalinan perniagaan melalui operasi memasang dan mengeksport 1,000 unit Elantra, kereta penumpang C-segmen keluaran Hyundai ke Thailand untuk tahun pertama.

Melalui perjanjian yang termeterai dengan Hyundai Motor (Thailand) Co Ltd (HMC Thailand) ini, tiga varian Elantra 1.8L; 1.8 GLS Navi, 1.8 GLE dan 1.8 GL akan ditawarkan untuk pasaran di negara itu.

Menurut Pengarah Urusan Inokom Corporation Sdn Bhd, Rizal Jailan, “Hyundai Elantra merupakan kenderaan sedan pertama yang dieksport Inokom. Sejumlah 200 unit Elantra telah mula dihantar ke Thailand untuk penghantaran pertama pada Jun lalu dan pada September, sejumlah 200 unit lagi akan dibawa ke sana.”

“Manakala baki unit Elantra akan dihantar secara berperingkat dengan 100 unit untuk setiap penghantaran. Syarikat menjangkakan peningkatan permintaan pasaran kerana model yang dipasang di Malaysia lebih murah disebabkan perlaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA),” tambah Rizal lagi.

Dengan kapasiti pengeluaran kenderaan pemasangan tempatan sebanyak 27,000 unit kenderaan setiap tahun, kilang ini juga memasang model SUV Santa Fe dan kereta penumpang kompak i10 untuk pasaran domestik bagi jenama Hyundai.Selain Hyundai, kilang Inokom seluas 386,000 kaki persegi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan turut memasang tujuh jenama kenderaan lain.

Sementara itu, ketika ditanya pada sesi sidang media mengenai pemilihan varian Elantra Nu1.8L sebagai satu-satunya model yang dieksport ke Thailand, Presiden HMC Thailand, Hideki Yanagisawa menjelaskan, “Jenama Hyundai kurang popular di Thailand oleh sebab itu sebagai permulaan, kami memasarkan varian Elantra 1.8 liter untuk menaikkan imej Hyundai di sana.”

Hyundai Elantra dijual di Thailand bermula dari harga THB749,000 (RM74,247) bagi varian 1.8GL automatik, THB819,000 (RM81,186) bagi 1.8GLE dan THB898,000 (RM89,017) untuk 1.8 GLS Navi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.655464 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list