View: 2357|Reply: 4
|
[Tempatan]
Dua remaja mencuri boots polisi di kajang
[Copy link]
|
|
Kajang: Dua pencuri remaja tersalah sasaran apabila kasut but yang dicuri dari kawasan pangsapuri di Taman Sepakat Indah di sini, adalah milik seorang anggota polis.
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, dua suspek terbabit sempat ditahan pengawal keselamatan bertugas di kediaman itu selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek yang disoal siasat mengaku mencuri kasut but berkenaan yang berharga lebih RM300.
Menurutnya, seorang anggota polis yang menginap di pangsapuri itu mengesahkan kasut but dicuri itu adalah miliknya.
“Kasut itu diletakkan di luar pintu rumah selepas dia pulang bekerja.
“Kedua-dua suspek berusia 14 dan 16 tahun itu masih bersekolah dan mereka menetap di Taman Quepacs, Cheras,” katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut selain kemungkinan mereka pernah terbabit dalam kes curi motosikal sebelum ini.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian
Suh sekolah dia g mencuri lak |
|
|
|
|
|
|
|
nebulagazer posted on 10-9-2014 07:32 AM
Kesian
Suh sekolah dia g mencuri lak
ibu bapa ummah PPRT barangkali...x dpt bergaya pemberian ibu bapa, mencuri jua~~
|
|
|
|
|
|
|
| |
|