CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2988|Reply: 3

Dadah: Pingat emas olahragawati Sukma ditarik

[Copy link]
Post time 19-9-2014 10:20 AM | Show all posts |Read mode
PINGAT emas yang dimenangi Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014 Jenilie Empera dalam acara angkat berat wanita tidak melebihi 75kg, ditarik balik selepas beliau didapati mengambil dadah terlarang jenis steroid.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata keputusan penarikan pingat itu dibuat selepas ujian ke atas dua sampel darah yang diambil daripada atlet itu didapati mengandungi steroid.

Beliau berkata sampel A dan B yang didapati positif, telah diuji masing-masing pada Julai dan akhir Ogos lepas di India memandangkan Malaysia tidak mempunyai makmal  bertauliah bagi melakukan ujian doping atlet.

"Setelah sampel A didapati positif, beliau (Jenilie) membuat bantahan terhadap keputusan itu.

"Kemudian, kita lakukan ujian ke atas sampel B dan ia juga menunjukkan kesan positif dadah yang tidak dibenarkan...ia adalah steroid," katanya kepada Bernama di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, beliau  menjadi tetamu dalam program Dalam Radar terbitan Bernama Radio 24 yang dihoskan oleh Zulkifli Bujang dan Shuhada Armawan yang membincangkan tajuk 'Politik, Sukan dan Fit Malaysia.




Khairy berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak bagi memgambil tindakan disiplin ke atas Jenilie kerana atlet berkenaan adalah di bawah tanggungjawab mereka.

"Hanya persatuan sukan atlet itu sahaja yang boleh mengambil tindakan disiplin pertama...(Majlis Sukan Negeri Sarawak) akan diberi keputusan itu daripada Agensi Anti Dadah Malaysia (Adamas)," katanya.





Beliau menegaskan Kementerian Belia dan Sukan akan meminta penganjur Sukma mengadakan pemeriksaan doping  ke atas atlet bertanding bagi memastikan objektif Sukma dalam melahirkan bakat-bakat muda berpotensi tidak terjejas.

Jenilie dipilih sebagai Olahragawati Sukma Perlis 2014 selepas memperbaharui dua rekod Sukma dalam acara angkat berat wanita tidak melebihi 75kg.

Beliau membuat angkatan sebanyak 85kg yang mengatasi rekod 84kg milik Nur Jannah Batrisyah dari Johor pada Sukma Melaka 2010 dalam kategori Snatch selain turut mencatat angkatan 107kg bagi memadam rekod 106kg milik Nur Jannah, dalam kategori Clean and Jerk. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
steroid musuh no 1 atlet
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:53 AM | Show all posts
eiii atlet harus tahu dadah memudaratkan badan..klo nak menang pon kena dgn usaha sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 11:58 PM | Show all posts
Siapa suruh ambik dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.086479 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list