View: 23536|Reply: 160
|
Fans Shila Amzah Fitnah Dato’ Siti? (Pengurus Minta SitiZoners Jaga Nama Baik)
[Copy link]
|
|
Sudah satu minggu berlalu, namun kontroversi yang melibatkan Shila Amzah masih belum reda.
Tidak dinafikan penyanyi tersebut mempunyai pengikut yang ramai di akaun Instagramnya, termasuklah yang terlalu fanatik.
Yang terbaru, Astro Gempak telah menerima ‘screenshot’ daripada salah seorang pembaca kami yang mendakwa pengikut Shila telah ‘mengheret’ sama penyanyi popular Dato’ Siti Nurhaliza dalam perbualan mereka pada salah satu foto yang dinaikkan artis kesayangan mereka beberapa hari lalu.
Pengikut yang menggunakan pengenalan diri sebagai ‘abgfesyen’ itu telah menjawab salah satu komen peminat yang membandingkan Shila dan Siti.
Mungkinkah kerana terlalu taksub dengan penyanyi pujaannya itu ‘abgfesyen’ tanpa rasa bersalah mengaitkan Siti Nurhaliza dan melemparkan tuduhan sedemikian rupa?
Tulisan ‘abgfesyen’ itu mendapat perhatian Siti yang kemudiannya membalas semula tuduhan yang dilemparkan pengikut taksub tersebut.
Apalah kena-mengena Siti Nurhaliza dalam ‘kisah’ yang dicipta mereka ini sehingga diheret bersama?
Agaknya mungkin kerana terlalu memuja dan taksub sehingga tidak sedar diri sendiri telah memfitnah individu lain?
Mungkin juga ‘abgfesyen’ mempunyai agenda tersendiri untuk melaga-lagakan kedua-dua penyanyi ini atau dengan sengaja mahu menyemarakkan api kemarahan fans mereka?
Bagi Astro Gempak pula, setiap komen yang diberi melambangkan tahap tinggi rendah mentaliti seseorang. Selain itu, komen-komen tanpa fakta yang sahih juga sebenarnya akan menyebabkan artis kesayangan anda itu dihentam balik oleh individu lain.
Tidak mustahil juga, kecaman akan kembali semula kepada anda. Ibarat meludah ke langit, jatuh semula ke muka sendiri.
Untuk itu, jadilah pelayar laman sosial yang bijak, bukan cakap ikut sedap tanpa usul periksa atau carilah fakta yang sahih terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen atau status pada laman peribadi sosial sendiri atau orang lain.
Contohnya seperti peminat ini, bukan main panjang lebar menaip tapi apakah yang ditaipnya itu benar? Adakah peminat ini menulis berdasarkan fakta atau sekadar mahu penjadi perencah tambahan? Tepuk dada, tanyalah akal!
http://www.astrogempak.com.my/Ar ... B5kWozPMy4.facebook
Last edited by achik2009 on 22-9-2014 03:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Siti difitnah?
SITI menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya mengenai perihal pemberian hadiah kepada wartawan demi menjaga hubungan baik.
BARU-BARU ini Diva pergi melepak ambil angin malam dengan seorang kawan. Nak minta diteman katanya. Ingin meluah isi hati tentang cinta. Konon-kononnya Diva ini doktor cintalah.
Teman Diva ini pulak sejenis manusia yang kalau berbual, telefon bimbit tetap melekat kat tapak tangan.
Walaupun mulut tengah bercerita, tangannya tetap tak henti-henti asyik scroll Instagram sana-sini. Ini kira konsep sejenis manusia yang tangan, mulut dan mata semua bekerja dalam satu masa.
Dalam dia sibuk meluahkan kisah cintanya kepada Diva, tetiba moodnya pula berubah. Mood sedih bertukar geram.
Dah kenapa pula? Rupa-rupanya, dia terjumpa komen seorang pengikut di Instagram yang sewenang-wenangnya menuduh wartawan ada hubungan baik dengan artis kesayangannya, Datuk Siti Nurhaliza sebab wartawan tersebut selalu diberikan hadiah.
Apa yang Diva faham, si pemberi komen itu cuba membandingkan Siti dengan seorang artis wanita lain yang tengah hangat juga isunya di Instagram.
Tapi, setahu Diva, kawan-kawan yang pernah membuat liputan di majlis penyanyi tersohor itu, tak pernah lagi dengar kata bawa balik seguni hadiah.
Apa yang penting, walaupun dalam komen itu tak ada tag nama Siti, perkara itu tetap sampai ke pengetahuan si empunya diri.
Sedas Siti balas bagi kat budak tu. Kata Siti, apa yang dituduh itu tak benar dan fitnah semata-mata. Lebih vass, apabila Siti turut bertanyakan soalan kepadanya , 'Adik agama apa?'. Opss, tersedak Diva membacanya.
Diva: Syukur Alhamdulillah, isteri Syamsul Yusuf, Puteri Sarah terselamat dalam kemalangan jalan raya. Semoga sihat-sihat semuanya.
Credits: kosmo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahad, 21 September 2014 @ 4:48 PM
Saya tegur kerana kenyataan timbul fitnah - Siti Nurhaliza
Oleh Zaidi Mohamad
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza berkata beliau terpaksa menegur sikap fanatik sesetengah peminat artis yang sewenang-wenangnya menabur fitnah demi mempertahankan artis kesayangan mereka.
Siti berkata, ini kerana peminat artis itu menuduh beliau merasuah wartawan dengan hadiah semata-mata untuk membeli jiwa mereka.
"Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini.
Memang ada masa peminat mahu mempertahankan artis kesayangan mereka dengan apa cara sekalipun.
"Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti tak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti komen balas itu sebagai peringatan dan teguran buatnya," katanya.
Mengenai isu penyanyi Patah Seribu itu yang sedang berkonflik dengan media Melayu khususnya berikutan tindakan beliau menuduh media tidak menyokong kerjaya seni dan lebih suka menulis kisah peribadi, Siti sebagai penyanyi senior meluahkan pandangannya.
"Siti sebagai kakak kepadanya di dalam industri, dia perlu sentiasa berfikir panjang dulu dengan sebarang tindakan yang dibuat. Artis dan media saling memerlukan.
"Mungkin apa yang berlaku ini, dia terlepas pandang. Kalau bukan dia yang tulis kenyataan sebegitu atau ada orang lain menulis pun, kena banyak kali fikir sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Hal ini membabitkan artis dan media. Di mana dia bermula pun dengan bantuan rakan media," katanya.
Credits: bharian.com.my
Last edited by achik2009 on 21-9-2014 07:48 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua-dua ratu selfie. Tak habis2 cari perhatian kt instagram.next! |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada bomoh pernah buat tilikan... pengganti SIti Nurhaliza bakal bermula dengan huruf 'S'
ramai yang kena speku pengganti siti lepas ramalan tu..
Syazliana, Siti Sarah, Samihah etc
Meols rasa tekaan bomoh tu baru menjadi nyata.. Shila Amzah ialah orang yang dimaksudkan |
|
|
|
|
|
|
|
Karats & haters takde beza. Bg aku diaorang mmg takde life. Baik la abiskn masa dgn kawan2 & family tercinta atau pikir kn mcm mana nk improve kn diri dunia akhirat or kerjaya. Contoh dh banyak sgt kt dlm forum ni. Media sosiyal sgt2 beri negative dr positive |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiyaiii.....nak same kan dgn siti pulak
Tgok lah pulak isunye ape
Dah terang2 ko yg provok dlu, pastu sentap sendiri
Play victims kekdahnye
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntahnye ape yg nak disamekan dgn ct?? ko yg gatal kerang g photorepost tu apsal? sendiri cari penyakit... aku bkn karatz ct tp pendirian ct yg kononnye diboikot wartawan psl xnk bgmbr seksi dgn bgmbr dgn laki tu bkaitan dgn prinsip diri dia n agama..
yg shila ni kaki kontroversi.. hello! Takde sape la nk cari cite psl shila kt paper.. klu non-malay yg minat pun sume cina bukit.. dorg sure akan cari paper cina..
|
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 21-9-2014 01:58 PM
dulu ada bomoh pernah buat tilikan... pengganti SIti Nurhaliza bakal bermula dengan huruf 'S'
ram ...
x sangka kaka bete percaya dgn ramalan bomoh cakera putar alam tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bagi hadiah lain i tak tahu. But kalau bagi hamper biskut raya dct mmg bagi dkt reporters. Sebab i pernah gi raya rumah zubir bh, sedap woo biskut raya dct bagi .. artist lain pun bagi gak hamper |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 21-9-2014 01:58 PM
dulu ada bomoh pernah buat tilikan... pengganti SIti Nurhaliza bakal bermula dengan huruf 'S'
ram ...
Nauzubillah so kurafat |
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 21-9-2014 02:25 PM
Kalau bagi hadiah lain i tak tahu. But kalau bagi hamper biskut raya dct mmg bagi dkt reporters. Seb ...
bingo!!
kira hadiah la jugak kan tuh...
so dato ct nak jwb apa pasal ni...ahaks
|
|
|
|
|
|
|
|
sila mezah nak komen apa lak pasal ni...nampak nya fan sila ni saja cr pasal and bunuh karier sila jugak huhu |
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 21-9-2014 02:27 PM
bingo!!
kira hadiah la jugak kan tuh...
Tapi i rasa yg fans shilalat ni maksudkan hadiah mahal2.. kalau setakat hamper biskut hari raya.. Sama je mcm konsep supplier co bg kita hamper.. lol
Teringat2 pula kesedapan biskut raya rumah zubir |
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 21-9-2014 02:31 PM
Tapi i rasa yg fans shilalat ni maksudkan hadiah mahal2.. kalau setakat hamper biskut hari raya.. ...
ye la...mohon fans silalat bg pencerahan hadiah jenis mcm mana ek...ekekekee
sbb hamper pon hadiah sbnrnya kiki
sure biskut mahal tu noks..sbb tu sdp...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ummah pprt dunia ke3 gigeh bergaduh benda seremeh2 alam.alhamdulillah kalo ummah sedar bnyk lg benda penting untuk masuk dnews,instead of benda2 bodoh hanjing ini. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ct ni rajin bagi gifts kepada wartawan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 21-9-2014 01:58 PM
dulu ada bomoh pernah buat tilikan... pengganti SIti Nurhaliza bakal bermula dengan huruf 'S'
ram ...
Bukan bomoh tu teka Syuna Sarai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 21-9-2014 01:58 PM
dulu ada bomoh pernah buat tilikan... pengganti SIti Nurhaliza bakal bermula dengan huruf 'S'
ram ...
Yess iols ingt ustaz cakera alam tu erk..tiba2 muncul sorang2 pnyanyi huruf S hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
trying to move the focus to CT pulak dah... Takpe la Shila.. tell your fans to slo down for the time being and pls grow up!! Jangan upload2 statement yg ntah apa2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|