Tolong carikan saya gambar seperti yang dinyatakan dibawah:-
3 orang budak-budak lelaki sedang berjalan di tengah laluan antara pokok-pokok buluh.
Ketiga-tiga budak ini membuat aksi yang sama iaitu mengangkat tangan kanan yang memegang daun ke udara dan tersenyum sehingga kelihatan gigi sambil melihat ke daun yang dipegang (memandang atas).
Latar belakang gambar ini kabur kerana biasan cahaya yang terang.
Maklumat tambahan:-
Budak pertama -Berada di bahagian kanan gambar. -berkemeja hitam dan berseluar pendek coklat.
Budak kedua -Berada di bahagian kiri gambar.
-Berkemeja kuning dan berseluar pendek kelabu berline merah.
-Memegang anak biawak di sebelah kiri tangannya.
Budak ketiga -Berada di bahagian belakang gambar.
-Memakai t-shirt merah (ada line hitam putih) dan berseluar pendek oren.