Adaptasi novel lagi uols.....
Jangan marah....Dah tu musimnya....
Mai tgkkkkk....
Mcm biasa slot Akasia....Mngkin lepas Maaf Jika Aku Tak Sempurna kot
Drama Arahan Amie Maziah....Terbitan Suhan Movies
BILA HATI BERBICARA
Pelakon Utama
Syafiq Kyle as Emir Qasya
Atikah Suhaime As Tania Katsura
Hafreez Adam As Badri
Azwan Kombos as Taufiq
more pic
montaj nya pic
scene kawin nmpk santek
Last edited by eddlisa_uyuk on 28-10-2014 01:41 AM
EMIR Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di Malaysia.
Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.
Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.
Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.
atikah ni pernah berlakon jadi watak adik dalam citer apa ntah. tapi aku ada perasan la dia. masa tu watak dia kena pakai tudung. okla lakonan dia. watak sampingan je masa tu... takdela kayu kayan. so kita tgk nanti ada chemistry tak dengan syafiq kyle ini... hehe