CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3751|Reply: 8

MINI Countryman Edisi 55

[Copy link]
Post time 24-9-2014 03:49 PM | Show all posts |Read mode


[size=0.9em]Sempena ulang tahun ke-55, MINI Malaysia memper-kenalkan MINI Countryman Edisi 55 yang dicipta khas sempena ulang tahun kemerdekaan untuk pasaran tempatan.
[size=0.9em]Edisi khas yang hanya dikeluarkan sebanyak 55 unit itu sudah pastinya hadir dengan ciri unik selepas diserapkan imej klasik seperti garisan bumbung, jeriji radiator heksagon, lampu besar ditetapkan ke dalam bonet dan gerbang roda luas
[size=0.9em]Bagi membezakan dengan varian biasa, wajahnya diserikan pelekat berjalur di bonet hadapan dan sisi, selain dilengkapi logo Edisi 55 pada jerijinya serta padanan rim aloi ringan 16 inci 5-Bintang.

Ruang kabinnya disempurnakan suasana warna hitam yang turut menawarkan sistem hiburan pemain audio dengan Bluetooth boleh disambung telefon pintar.

[size=0.9em]RUANG kabin yang kemas.


[size=0.9em]
Ciri teknologi terkininya masih lagi premium apabila dilengkapi ciri standard seperti pengesan hujan dan kawalan cahaya memandu automatik.




[size=0.9em]
Selaras dengan janji untuk menyediakan pemandu dengan keseronokan, ia dijanakan enjin 1.6 yang mampu menghasilkan output maksimum 120 kuasa kuda (hp) yang membolehkan kereta memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam 11.6 saat, manakala tahap penggunaan bahan api purata mencatat 7.6 liter bagi setiap 100 kilometer.

Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, sempena meraikan ulang tahun ke-55 di seluruh dunia, kereta itu juga mempunyai sejarah penting bagi negara ini.

“Malaysia menjadi ‘rumah’ kami selepas bertapak lebih daripada 10 tahun di sini dan mahu meraikan sokongan setia pelanggan MINI di negara ini dengan memperkenalkan model berkenaan.

“Sebelum ini, kereta itu bermula dengan satu konsep yang mudah tetapi bijak yang dicipta oleh Alec Issigonis dengan menawarkan gaya pemanduan berkualiti dan turut menjadi ikon di seluruh dunia, malah di negara ini,” katanya.

MINI Countryman Edisi 55 ditawarkan pelbagai warna membabitkan merah, biru, kelabu, putih dan ‘brilliant copper’.

Ia dijual pada harga RM188,888 dan ditawarkan dengan MINI Service Inclusive selama tiga tahun.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 10:47 AM | Show all posts
i love mini cooper
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 01:47 PM | Show all posts
Minat sangat dengan kereta Mini....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:18 PM | Show all posts
takde power
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:29 PM | Show all posts
harga boleh tahan, RM188k tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:12 PM | Show all posts
minat jgk...tp rege...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2014 01:16 PM | Show all posts
lurve82 posted on 25-9-2014 03:12 PM
minat jgk...tp rege...

apa susah, ko pakai mini ni, cuma rm1,888.00 sahaja




Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 02:15 PM | Show all posts
boyagombak posted on 13-10-2014 01:16 PM
apa susah, ko pakai mini ni, cuma rm1,888.00 sahaja

ni kete mr bean kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2014 10:43 AM | Show all posts
countryman mmg cun..besar dan tinggi
klau dpt mmg best ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.074518 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list