View: 2105|Reply: 8
|
[Dunia]
Mesir gesa perangi ISIL, Ikhwanul
[Copy link]
|
|
Pihak keselamatan Mesir meningkatkan kawalan keselamatan selepas ibu pejabat kementerian luar dibom Ahad lalu.
KAHERAH - MESIR. Mesir tidak bercadang menyertai misi perikatan anti-ISIL yang diketuai Amerika Syarikat (AS) memandangkan negaranya sedang giat menangani kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang selama ini menyasarkan serangan terhadap polis dan tentera.
Jurucakap kerajaan berkata, ISIL setakat ini belum mengancam Mesir secara ketara berbeza dengan Ikhwanul yang dilabelkan sebagai pengganas.
"Kami kini giat menentang pengganas dalam negara seperti Ikhwanul dan kumpulan Ansar Al-Syariah dari Libya," katanya.
Menurutnya, AS kini harus fokus dalam misi itu termasuk perjanjian dengan Mesir untuk menyediakan lapan helikopter Apache dan dana bantuan bernilai AS$1.3 bilion (RM4.2 bilion).
Sementara itu, Ketua Anti-Keganasan Eropah melaporkan, lebih 3,000 warga Eropah dikenal pasti menyertai kumpulan ISIL di Syria dan Iraq.
Gilles de Kerchove berkata, laporan itu disahkan oleh sumber dalaman Negara Islam.
"Kebanyakan mereka dari Perancis, Britain, Jerman, Belgium, Belanda, Sweden dan Denmark manakala ahli dari kumpulan kecil terdiri daripada warga Sepanyol, Itali, Ireland dan Austria,"
Last edited by piao on 25-9-2014 10:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah ade la. Baru keluar kandang rimau ke dik? |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru posted on 25-9-2014 10:36 AM
Dah ade la. Baru keluar kandang rimau ke dik?
awak kut baru bagun dari mimpi
|
|
|
|
|
|
|
|
dunia dipenuhi dengan permainan wayang yang tak berkesudahan |
|
|
|
|
|
|
|
piao posted on 25-9-2014 10:46 AM
awak kut baru bagun dari mimpi
Aiikkkk....nape post kat tempat lain plak. Tadi baca mcm pasal rimau kat india tu. Adoii...pening2. Hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru posted on 25-9-2014 11:02 AM
Aiikkkk....nape post kat tempat lain plak. Tadi baca mcm pasal rimau kat india tu. Adoii...pening2 ...
kita guna photoshop edit jap tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Takut dengar cite kat mesir ni, kesian orang2 mesia kat sana.
dengar2nya xdijaga. kesiannn.. moga2 selamat la semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
hura hara sudah kalau orang2 islam tak nak duk dalam sistem kuffar. Pakat2 buat revolusi. Khalifah baru jatuh 100 je, takkan semua dah lupa. |
|
|
|
|
|
|
|
dpt kuasa pun dgn cara rampasan kuasa skrg salahkan org pulak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|