View: 2904|Reply: 13
|
[Jenayah]
Abey miliki senjata api walupun tidak bekerja
[Copy link]
|
|
Miliki senjata api, Penganggur dihukum
KOTA BHARU - Padah buat seorang penganggur kerana memiliki pistol tanpa lesen sah, dia dihukum penjara lapan tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh, Engku Asmawi Engku Harun, 27, dari Kampung Kangkong, Pasir Mas, didakwa memiliki senjata api jenis Revolver 7.65 MM Colt no siri : 689553 di Jalan Sri Cemerlang, di sini, jam 8 pagi, 24 November, dua tahun lalu.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan juga sebat tidak kurang daripada enam kali.
Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku insaf atas kesilapannya dan merayu mahkamah meringankan hukuman selain meminta ia berkuat kuasa serentak dengan hukuman yang sedang dijalani bersabit kesalahan samun.
Rayuan itu bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof yang memohon mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam mengatasi kepentingan diri tertuduh.
“Saya mohon satu hukuman yang setimpal dengan kesalahan tertuduh dan bersesuaian dengan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh. Hukuman itu juga diharap dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan sempadan kepada masyarakat luar dari mengulangi jenayah sama.
“Tertuduh juga adalah banduan yang terbabit dengan beberapa kes jenayah lain. Saya juga mohon segala bahan bukti disimpan selamat oleh pihak pendakwaan untuk digunakan terhadap pertuduhan ke atas kes-kes yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, tertuduh juga dihukum penjara tiga tahun selepas mengaku salah memiliki tiga kelongsong peluru dan tiga peluru hidup bertanda 7.65 mm S dan B11 tanpa lesen pada masa, tarikh dan lokasi sama.
Hakim, Mohd Yusoff Yunus dalam keputusannya mengarahkan kedua-dua hukuman berkuat kuasa serentak dari tarikh hukuman dijatuhkan menjadikan jumlah penjara yang perlu dijalani tertuduh adalah lapan tahun dan enam sebatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penjenayah paling dikehendaki ditahan bersama isteri, bayi
KOTA BHARU - Polis Kelantan berjaya menahan penjenayah paling dikehendaki, anggota kumpulan Zawa, dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan melepaskan tembakan di negeri itu, di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang semalam.
Dalam serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK), polis menahan, lelaki berusia 25 tahun itu bersama isteri dan anaknya berusia lima bulan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas tiga butir peluru hidup, kelongsong peluru jenis 7.65, botol serbuk putih disyaki dadah, telefon pintar jenama Samsung Galaxy, dua keping nombor pendaftaran palsu, sekeping kad pengenalan dan sebuah kereta jenis Proton Wira yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
"Kita percaya suspek merupakan geng penjenayah Zawa yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis baru-baru ini.
"Dengan penahanan ini, kita pecaya sedikit masa lagi dapat menyelesaikan kes ini dan mengesan beberapa anggota geng terbabit yang masih bebas.
Sinar Harian 26 Nov 2012
Rompak guna pistol: Dua ahli Geng Zawa dipenjara 7 tahun, 3 sebatan
PASIR MAS – Dua pemuda dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan, selepas didapati bersalah merompak seorang pekerja pam minyak menggunakan sepucuk pistol.
Mereka yang juga ahli Geng Zawa didakwa merompak Rosmalinda Ahmad, 27, dengan bersenjatakan pistol revolver .38. pada jam 2.30 petang, 23 November lalu.
Dalam kejadian ini, suspek melarikan telefon bimbit Samsung Galaxy Y mangsa dan wang tunai pernigaan RM 2,800.
Selepas kedua-duanya mengaku bersalah, Hakim, Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Azman Mat Yusoff, 38, dan Engku Asmawi Engku Harun, 25.
Mengikut fakta kes, Engku Asmawi yang memandu kereta Proton Wira mengacukan pistol ke arah Rosmalinda kemudian mengambil wang dalam laci pam minyak serta telefon bimbit milik mangsa.
Manakala rakannya, Azman mengambil wang dari pam minyak bersebelahan dan masuk semula ke dalam kereta sebelum memecut laju meninggal kawasan tersebut.
Engku Asmawi yang berasal dari Pasir Mas berjaya ditangkap pada 24 November lalu manakala Azman dari Bachok, ditangkap tiga hari kemudian.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mariah Omar manakala tertuduh-tertuduh tidak diwakili peguam.
Keduanya didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Hakim memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman berkuasa kuasa dari tarikh semalam.
Suspek merupakan ahli geng Zawa yang diketuai oleh Zawa Abd. Halim, 34, dari Pasir Mas yang ditembak mati oleh polis, dalam kejadian berbalas tembakan di Kilometer 45 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Kemuning, Machang.
Zawa merupakan penjenayah paling dikehendaki kerana mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan pernah mencederakan seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang 1 November lalu.
Sinar Harian 9 Januari 2013
Dua anggota geng penjenayah tegar dipenjara
KOTA BHARU 24 April - Dua anggota Geng Zawa masing-masing dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki sembilan butir peluru hidup di hadapan sebuah bengkel pada hujung tahun lalu.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Fizree Mat Saufi, 26, dan Juhari Mat Jusoh, 23, yang mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Juhari turut didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh mahkamah memandangkan tertuduh mempunyai banyak kesalahan lampau.
Nik Habri memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh-tertuduh ditangkap iaitu pada 15 Oktober tahun lalu.
Mohd. Fizree dari Pasir Mas dan Juhari dari Kuala Lipis, Pahang, mengaku bersalah memiliki sembilan butir peluru hidup bertulis S&B 38 SPECIAL tanpa sebarang permit atau lesen yang sah di hadapan sebuah bengkel di Jalan Sultan Yahya Petra di sini pada pukul 9.25 malam, 15 Oktober 2012.
Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan memiliki dadah yang masing-masing akan berakhir pada Ogos tahun ini dan 2014.
Menurut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nuliyana Md. Zukri, pada pukul 9.25 malam, 15 Oktober tahun lalu, sepasukan anggota polis telah bertindak atas maklumat kejadian tembakan di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan, di sini.
Susulan kejadian itu, polis telah menangkap dua lelaki iaitu kedua-dua tertuduh yang berada di dalam kereta Proton Waja di depan sebuah bengkel.
Pemeriksaan dalam kereta itu mendapati sebuah beg pinggang mengandungi sembilan butir peluru dibalut dengan tisu dan disimpan di dalam plastik yang ditemui di bahagian tempat duduk pemandu.
Mohd. Fizree dan Juhari merupakan ahli Geng Zawa diketuai penjenayah tegar, Zawa Abd. Halim, 34, dari Pasir Mas yang mati ditembak polis di Kilometer 45 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Kemuning, Machang pada 31 Oktober tahun lalu.
Utusan 25 Apr 2013 |
|
|
|
|
|
|
|
simpan la lagi.
civil liberty.
bagi ler didikan. berhalus sikit. anak baik ni.. solat tak tinggal, cuma sensitif je sikit perasaan dia tu.
prffthhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
seludup dari sempadan siam kot? |
|
|
|
|
|
|
|
ya owloh...apa ummah2 surambi mukah ni fikir....semua burita dari kulantan |
|
|
|
|
|
|
|
anggota kumpulan Zawa
ape nama kumpulan tk komersial langsung, cm nama tudung plak..
ni bekas kumpulan jual tudung haram ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
bopa henggit senjata api? pengangur pon mampu beli... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa rasa macam berat sebelah macam tak patut aje hukuman tu?
Haritu macam terbaca yang sorang bapa tu curi RM2 dari masjid rasa macam lebih kurang sama tahun kena penjara (maaf kalau salah ingat)
Hairan hairan ...apa nak jadi kat Malaysia ni????
Yang bunuh anak dera anak buang anak pun takde dengar apa cerita bila kena tangkap..senyaap aje. |
|
|
|
|
|
|
|
anggota kumpulan zawa ni salah satu cabang dari pukida kan? kan?? kannnnnnn???????????????????????????????????????/ |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ini ada pistol ada no plate pendaftaran palsu lagi...adoi adoi!!!
Yang belum tentu penyangak pun mati free kena tembak inikan yang dah terang tak perlu suluh boleh hukuman macamtu?
|
|
|
|
|
|
|
|
kesalahan memiliki senjata api how come tak hukum mati? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke kesalahan memiliki senjata api tanpa lesen hukumannye mati mandotori? |
|
|
|
|
|
|
| |
|