CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1568|Reply: 0

menghidapi radang uretra.......

[Copy link]
Post time 28-9-2014 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Wanita senang menghidapi Radang Uretra

Radang Uretra atau juga dikenalisebagai Urethritis adalah peradangan pada uretra atau salurankencing. Gejala utama adalah sulit kencing, dan buang air kecil yangmenyakitkan. Ia akan mendatangkan keburukan kepada wanita termasuk ketidaksuburan.Jadi, penghidap Radang Uretra haruslah membuat pemeriksaan untuk mendapatperawatan yang sewajar , ini dapat mencegah keadaan tidak bertambah kritikaldan menganggu aktiviti harian.


Radang Uretra ini biasa disebabkan oleh bakteria dan virus, tetapi juga ada penyebab Radang Uretra padawanita adalah yang berhubungan dengan struktur tubuh yang mana wanita mempunyai uretra yanglebih pendek, lurus dan luas berbanding dengan lelaki, uretraberjarak dekat dengan dubur dan vagina ,semua ciri-ciristruktur anatomi ini membuat wanita lebih mudah menghidapjangkitan uretra daripada lelaki.

2 Jenis Radang Uretra
Radang Uretra diklasifikasikankepada 2 iaitu gonokokal dan non gonokokal yang mana Radang Uretragonokokal adalah disebabkan oleh virus gonorrhea sedangkan untuk Radang Uretra nongonokokal adalah yang disebabkan oleh bakteri dan virus selain gonorrheamisalnya seperti C.trachomatis, Herpes Simplek, Trichomonas dan Vaginalisjuga banyak dijumpai.  Berdasarkansifatnya pula boleh dibahagi kepada 2 iaitu Radang Uretra uretritis akut danRadang Uretra kronik.

Langkahpencegahan Radang Uretra

harus diambil selama perbezaan peringkat umur iaitu:
  • Semasa kecil—ibubapa harus menukar lampin dari semasa ke semasa untuk mengelakkan jangkitan daripada bakteria dan najis.
  • Semasa perkahwinan—wanita yang berkahwin harus mengambil berat mengenai kebersihan dalam berhubungan seks. Kebiasaan buruk dalam hubungan seks juga merupakan faktor kepada penyakit Radang Uretra. Pembersihan alat kelamin setiap kali selepas berhubungan intim perlu diutamakan, dan juga elakkan terlalu letih.
  • Semasa menopaus—Keupayaan pembersihan diri yang kian lemah, kadar jangkitan bakteria kedalam uretra telah bertambah. Jadilah kami perlu menguatkan sistem imunisasi kami agar menjauhi diri daripada jangkitan Radang Uretra.

Gejala-gejala Radang Uretra
Sebilangan penghidap dapat menunjukkan gejala yang ketara bahkanada yang tiada. Banyak orang salah mengira bahawa tiada gejala bererti tiadapenyakit sehingga menunda waktu pengubatan. Sekiranya terdapat gejala-gejala Radang Uretra yang ketara, makapemeriksaan dan perawatan harus diambil dengan segera untuk mencegah jangkitanbakteria kepada pundi kencing dan ureter malah buah pinggang.
  • Ketaknormalan dalam membuang air kecil : seperti kerap membuang air kecil, sakit semasa kencing, Inkontinen Urin (kehilangan kawalan membuang air kecil) ataupun pengekalan urin (ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi).
  • Kesakitan pinggang,belakang badan : penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang dan organ yang berdekatan merupakan salah satu punca kepada kesakitan pinggang. Apabila membran buah pinggang,pelvis dan ureter dirangsang atau ketegangan bertambah, maka berkemungkinan mengakibatkan kesakitan pinggang.
  • Ketaknormalan air kencing : jangkitan ureter akan menyebabkan ketaknormalan air kencing seperti urin yang berbakteria, Pyuria(kehadiran nanah dalam urin),urin berdarah dan sebagainya.

Kesan negatif Radang Uretra
  • Jangkitan bakteria dalam uretra mengakibatkan uretra bernanah ,parut yang terjadi akan menyempitkan uretra yang mana penghidap terasa kesulitan membuang air kecil dan aliran kencing mengecil. Di samping itu, rembesan bertambah dan terasa gatal.
  • Sekiranya keadaan bertambah buruk dan jangkitan menular ke bahagian sendi lutut, maka akan membawa kepada Arthritis (radang sendi).
  • Jangkitan kepada suami. Ini kerana Radang Uretra boleh dijangkiti melalui hubungan seks dan penyakit ini akan berlaku secara berulang.
  • Sekiranya penyakit ini bertambah kritikal maka akan mengakibatkan ketidaksuburan. Di samping itu, wanita yang menghidapi Radang Uretra selepas hamil, berkemungkinan besar akan membawa kesan negatif seperti kematian janin, keguguran, kehamilan di luar rahim. Meskipun berjaya kelahiran bayi juga boleh terjadi jangkitan pernafasan, kurang berat badan, Konjunktivitis (juga dikenali sebagai Radang mata dan ia terjadi apabila bahagian selaput lutsinar yang meliputi mata putih menjadi merah atau radang) dan lain-lain lagi.

Peringatan
Kaum wanitaharus menyedari bahawa penyakit seperti peradangan serviks, radang vagina,radang endometrium,radang pelvis dan lain-lain penyakit ginekologi biasanyadiakibatkan oleh tiada perawatan yang sewajar dan segera atas penyakit RadangUretra.

Terutamanya Radang vagina yang mana ia merupakan salah satu penyakitwanita yang mengancam kesihatan, jadi mengamalkan tabiat hidup yang sihat untukmencegah radang vagina. Jika kaum wanita terasa vagina bergatal,ketaknormalankeputihan, haruslah membuat pemeriksaan yang selanjutnya dan menerima rawatansekiranya didiagnosis menghidapi penyakit radang vagina .

Diingati juga bahawa Radang Uretra bukanlah satu penyakit kelamin tetapi merupakan salah satu penyakit sistem reproduksi. Tetapi Radang Uretra boleh dijangkit melalui hubungan seks, jadi disarankan supaya elakkan melakukan seks semasa tempoh perawatan. Radang Uretra juga merupakan penyakit yang relative umum dalam kalangan wanita.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.454107 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list