View: 4697|Reply: 30
|
[Dunia]
Lagi ingatan ulama, jangan selfie ketika tunai haji
[Copy link]
|
|
MEKAH 30 Sept. - Seorang ulama terkemuka Arab Saudi menasihati jemaah supaya tidak melakukan selfie semasa menunaikan ibadah haji, sebaliknya memberi tumpuan bagi menunaikan setiap rukun haji dan umrah dengan sempurna.
Portal berita arabnews.com melaporkan ulama terkenal dari Jeddah, Sheikh Abdul Razzaq Al-Badr sebagai berkata, Allah memerintahkan jemaah haji supaya menunaikan ibadah itu tanpa riyak dan tidak menghebahkannya kepada orang lain.
"Ketika Rasulullah SAW tiba di miqat, baginda bersabda: "Allah memerintahkan ibadah haji dilakukan tanpa riyak dan tidak dihebahkan kepada orang ramai.''
Wahyu itu disampaikan ketika baginda tiba di miqat diikuti dengan tindakan dan amalan membersihkan rohani.
"Jemaah haji sekarang gemar mengambil gambar apabila tiba di miqat. Bukan setakat itu, mereka juga mengambil gambar semasa melakukan tawaf, semasa bermalam di Padang Arafah serta ketika melontar jamrah," katanya.
Katanya, tindakan itu seolah-olah menunjukkan tujuan mereka datang ke Mekah adalah untuk mengambil gambar dan bukan untuk beribadah.
"Apabila mereka pulang, mereka akan berkata 'Mari lihat gambar saya ketika saya berada di Arafah, ini pula gambar saya semasa berada di Muzdalifah,'' jelas Sheikh Abdul Razzaq.
Tambahnya, jemaah juga mengambil gambar secara selfie dengan pelbagai gaya seperti sedang berdoa, kelihatan merendah diri serta berasa takut dan tenang, namun selepas gambar dirakamkan, mereka akan menurunkan tangan mereka semula.
Rakaman selfie oleh selebriti Ellen DeGeneres pada majlis Anugerah Oscar tahun ini, menjadi terkenal dan diperkatakan di seluruh dunia dan sejak kebelakangan ini, jemaah yang menziarahi dua masjid suci di Arab Saudi turut tidak mahu ketinggalan mengikuti budaya semasa itu, walaupun bertentangan dengan amalan Islam.
Beberapa tahun lalu, telefon berkamera dilarang dibawa masuk ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi, namun ada segelintir jemaah bertindak menyeludup gajet itu untuk mengambil gambar.
Pihak berkuasa Arab Saudi, bagaimanapun memberi kelonggaran ke atas peraturan itu kerana bukan sesuatu yang luar biasa melihat jemaah bergambar di hadapan Kaabah, walaupun pengawal di pintu masuk Masjidilharam dilapor melarang orang ramai membawa kamera profesional memasuki kawasan masjid.
"Ketika saya sedang solat di Masjidilharam, tiba-tiba beberapa pelawat berjalan di hadapan saya untuk mengambil gambar imam sedang membaca khutbah. Tindakan itu mengganggu fokus jemaah lain untuk bersolat," kata seorang jemaah haji dari Jeddah yang dikenali sebagai Ahmad.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman moden.
Gajet pun dah jd masalah kat manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Selfie..trus masuk dalam fb
Caption Allahuakbar..
Dah tau dah |
|
|
|
|
|
|
|
shooting telemovie adegan laki bini sah2 bkn muhrim dpn kaabah pun selumberr jerr diorg buat inikan plk selfie |
|
|
|
|
|
|
|
mestilah selfie deekkkkkk......... ummah melayu juga selfie berpisah teda |
|
|
|
|
|
|
|
Ada cacai umno pertikai anwart da pg mekah ke belum??kalu ada mana gambar |
|
|
|
|
|
|
|
sape lagi pelopor selfie mesia tersohor di Mekah kalau bukan haji AA |
|
|
|
|
|
|
|
betul jugak kan, menimbulkan rasa riak..?
hmmm baru terfikir. |
|
|
|
|
|
|
|
ada kawan aku bertuah sebb muda lagi dapat gi haji
kat fb selalu gak aku nampak gambar dia dok berselfie ngan adik beradik dia yang gi sesama |
|
|
|
|
|
|
|
selfie - antara riak nak tunjuk dapat g mekah or gembira dapat pegi mekah (spt feeling melancong)
lama2 mekah it just a list of places to visit before u die je kekdahnya to some ppl
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas selfie, mereka mengharap kekawan click LIKE or bagi komen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kekadang saya terfikir jugak apa la pekdahnya amalan selfie ni...huhuhu. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak ada facebook manusia jadi gila mana2 pegi nak berselfie2 bagai .... |
|
|
|
|
|
|
|
haji done.....elhamdulillah....
syukur ya allah..
100 like |
|
|
|
|
|
|
| |
|