Radang Uretra atau juga dikenali sebagai Urethritis adalah peradangan pada uretra atau saluran kencing. Gejala utama adalah sulit kencing, dan buang air kecil yang menyakitkan. Ia akan mendatangkan keburukan kepada wanita termasuk ketidaksuburan. Jadi, penghidap Radang Uretra haruslah membuat pemeriksaan untuk mendapat perawatan yang sewajar , ini dapat mencegah keadaan tidak bertambah kritikal dan menganggu aktiviti harian.
Radang Uretra ini biasa disebabkan oleh bakteria dan virus, tetapi juga ada penyebab Radang Uretra pada wanita adalah yang berhubungan dengan struktur tubuh yang mana wanita mempunyai uretra yang lebih pendek, lurus dan luas berbanding dengan lelaki, uretra berjarak dekat dengan dubur dan vagina ,semua ciri-ciri struktur anatomi ini membuat wanita lebih mudah menghidap jangkitan uretra daripada lelaki.
2 Jenis Radang Uretra Radang Uretra diklasifikasikan kepada 2 iaitu gonokokal dan non-gonokokal yang mana Radang Uretra gonokokal adalah disebabkan oleh virus gonorrhea sedangkan untuk Radang Uretra non-gonokokal adalah yang disebabkan oleh bakteri dan virus selain gonorrhea misalnya seperti C.trachomatis, Herpes Simplek, Trichomonas dan Vaginalis juga banyak dijumpai. Berdasarkan sifatnya pula boleh dibahagi kepada 2 iaitu Radang Uretra uretritis akut dan Radang Uretra kronik.
Langkahpencegahan Radang Uretra
harus diambil selama perbezaan peringkat umur iaitu: - Semasa kecil—ibubapa harus menukar lampin dari semasa ke semasa untuk mengelakkan jangkitan daripada bakteria dan najis.
- Semasa perkahwinan—wanita yang berkahwin harus mengambil berat mengenai kebersihan dalam berhubungan seks. Kebiasaan buruk dalam hubungan seks juga merupakan faktor kepada penyakit Radang Uretra. Pembersihan alat kelamin setiap kali selepas berhubungan intim perlu diutamakan, dan juga elakkan terlalu letih.
- Semasa menopaus—Keupayaan pembersihan diri yang kian lemah, kadar jangkitan bakteria kedalam uretra telah bertambah. Jadilah kami perlu menguatkan sistem imunisasi kami agar menjauhi diri daripada jangkitan Radang Uretra.
Gejala-gejala Radang Uretra Sebilangan penghidap dapat menunjukkan gejala yang ketara bahkan ada yang tiada. Banyak orang salah mengira bahawa tiada gejala bererti tiada penyakit sehingga menunda waktu pengubatan. Sekiranya terdapat gejala-gejala Radang Uretra yang ketara, maka pemeriksaan dan perawatan harus diambil dengan segera untuk mencegah jangkitan bakteria kepada pundi kencing dan ureter malah buah pinggang. - Ketaknormalan dalam membuang air kecil : seperti kerap membuang air kecil, sakit semasa kencing, Inkontinen Urin (kehilangan kawalan membuang air kecil) ataupun pengekalan urin (ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi).
- Kesakitan pinggang,belakang badan : penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang dan organ yang berdekatan merupakan salah satu punca kepada kesakitan pinggang. Apabila membran buah pinggang,pelvis dan ureter dirangsang atau ketegangan bertambah, maka berkemungkinan mengakibatkan kesakitan pinggang.
- Ketaknormalan air kencing : jangkitan ureter akan menyebabkan ketaknormalan air kencing seperti urin yang berbakteria, Pyuria(kehadiran nanah dalam urin),urin berdarah dan sebagainya.
Kesan negatif Radang Uretra - Jangkitan bakteria dalam uretra mengakibatkan uretra bernanah ,parut yang terjadi akan menyempitkan uretra yang mana penghidap terasa kesulitan membuang air kecil dan aliran kencing mengecil. Di samping itu, rembesan bertambah dan terasa gatal.
- Sekiranya keadaan bertambah buruk dan jangkitan menular ke bahagian sendi lutut, maka akan membawa kepada Arthritis (radang sendi).
- Jangkitan kepada suami. Ini kerana Radang Uretra boleh dijangkiti melalui hubungan seks dan penyakit ini akan berlaku secara berulang.
- Sekiranya penyakit ini bertambah kritikal maka akan mengakibatkan ketidaksuburan. Di samping itu, wanita yang menghidapi Radang Uretra selepas hamil, berkemungkinan besar akan membawa kesan negatif seperti kematian janin, keguguran, kehamilan di luar rahim. Meskipun berjaya kelahiran bayi juga boleh terjadi jangkitan pernafasan, kurang berat badan, Konjunktivitis (juga dikenali sebagai Radang mata dan ia terjadi apabila bahagian selaput lutsinar yang meliputi mata putih menjadi merah atau radang) dan lain-lain lagi.
Peringatan Kaum wanita harus menyedari bahawa penyakit seperti peradangan serviks, radang vagina,radang endometrium,radang pelvis dan lain-lain penyakit ginekologi biasanya diakibatkan oleh tiada perawatan yang sewajar dan segera atas penyakit Radang Uretra.
Terutamanya Radang vagina yang mana ia merupakan salah satu penyakit wanita yang mengancam kesihatan, jadi mengamalkan tabiat hidup yang sihat untuk mencegah radang vagina. Jika kaum wanita terasa vagina bergatal,ketaknormalan keputihan, haruslah membuat pemeriksaan yang selanjutnya dan menerima rawatan sekiranya didiagnosis menghidapi penyakit radang vagina .
Diingati juga bahawa Radang Uretra bukanlah satu penyakit kelamin tetapi merupakan salah satu penyakit sistem reproduksi. Tetapi Radang Uretra boleh dijangkit melalui hubungan seks, jadi disarankan supaya elakkan melakukan seks semasa tempoh perawatan. Radang Uretra juga merupakan penyakit yang relative umum dalam kalangan wanita.
Untuk mendapat pelbagai maklumat mengenai ketidaksuburan, atau penyakit wanita, sila layari laman website:
https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587
|