CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1497|Reply: 0

Kasih Sayang Suami yang mencukupi menjayakan kehamilan

[Copy link]
Post time 12-10-2014 10:31 AM | Show all posts |Read mode

Pada kali pertama pertemuan dengan Cik Wong yang berusia 36 tahun, saya dapat merasai tekanan emosi dan mentalnya . Di samping itu, Cik Wong yang berasaldaripada keluarga yang mempunyai penyakit keturunan keluarga iaitu penyakit kelenjartiroid dan kencing manis, kadar denyutan jantungnya didapati cenderung lebihcepat berbanding dengan orang biasa iaitu 95 kali dalam seminit. Dia dankedua-dua adik perempuan pernah mengalami keguguran yang mana Cik Wong telahmenempuhi sebanyak 3 kali keguguran.


Ini memang merupakan pengalaman yang menderitadan menyeksa terutamanya sekali keguguran yang mana Cik Wong telah mengharungi12 minggu kehamilan yang mana dianggap sebagai tempoh bahaya kehamilan. Dalamsaat menanti-nantikan kelahiran bakal bayi, denyutan jantung bayi berhentisemasa dalam kandungan 5 bulan.


Apabila Cik Wongdiberitahu dikehendaki melakukan keguguran, emosi dan mental mula terganggu selepaspenderitaan ini. Tambahan pula Cik Wong tidak lagi hamil dalam 3 tahun selepaskeguguran. Ini mengakibatkan Cik Wong berfikiran semakin negatif dan keraphidup dibayangi kegelisahan dan kemurungan.


Suaminya yangberumur 43 tahun pernah membuat ujian analisa air mani sebelum berjumpa dengansaya. Kuantiti sperma yang normal hanya 4% dan motiliti sperma juga rendah.Selain itu, dia juga menghadapi masalah kesihatan seperti fungsi perut yangterjejas yang mana mudah cirit-birit, dan ahli keluarganya juga pernahmengalami penyakit kanser.


Kitaran haid CikWong agak pendek yang mana hanya 24 hari dan dia telah didiagnosis sebagaipenghidap endometriosis yang mana menyebabkan paras hormon Progesterone tidakideal dan kualiti ovum juga kurang ideal. Jadi, saya menyarankan supayamenerima rawatan rapi selama 9 bulan.

Cik Wong menurut semua panduan dan tunjuk ajar saya demi memelihara kesihatan badan. Selepas 3bulan rawatan rapi yang pertama, keadaan badan Cik Wong bertambah baik danberjaya hamil dalam masa 6 bulan. Namun demikian, berita baik ini bukan sahajatidak dapat menceriakan Cik Wong bahkan perasaan negatif seperti kerisauan dankebimbangan mula menyerangnya.


Saya menasihatinya supaya mengistirahatkan diri dan membuangkan semua perasaannegatif dan tekanan yang mana ia akan mempengaruhi peredaran darah,dan tambahanpula kekurangan nutrient akan mengakibatkan keguguran.


Demi menjaminkesihatan Cik Wong dan bayi, saya bercadang supaya henti kerja secara sementaradalam 2-3 bulan sekiranya tidak mempunyai bebanan ekonomi. Cik Wong bersetujudengan saranan saya dan menumpukan perhatiannya dalam penjagaan janin.


Cik Wong kini dalam kandungan 13 minggu kehamilan telah bertambah ceria atas penjagaansuaminya yang mana selalu menemani berjalan-jalan di taman demimengistirahatkan diri dan mengikuti semua langkah penjagaan janin. Tekananmental dan emosi Cik Wong semakin berkurangan dan senyuman mula terbayang ataswajahnya.



Walaupun kehidupan  penuh dengan pelbagairintangan dan kesukaran, tetapi sokongan dan galakan sesama pasangan adalahpenting dalam menempuhi semua kesukaran. Terutamanya pasangan yang menghadapimasalah kehamilan, sekiranya dapat mempersama-samakan usaha untuk menjayakankehamilan, mengistirahatkan diri, sokongan sesama sendiri,berfikiran optimistikdan mengikuti semua tunjuk ajar daripada pakar turut menyumbang kepadamengatasi masalah kehamilan.


Untuk mendapat tahu banyak kisah benar tentang kehamilan, sila layari lah:

https://www.facebook.com/pages/L ... 25985082587?fref=ts




Last edited by phdhng on 12-10-2014 10:33 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.532579 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list