View: 17135|Reply: 26
|
Misteri Air Berbuih di Tasek Kenyir
[Copy link]
|
|
ni aku rembat drpd fb (pokpar houseboat tasek kenyir)
DI sebalik riak air yang tenang di permukaannya, Tasik Kenyir yang dikelilingi hutan rimba menyembunyikan pelbagai misteri dan mitos yang masih tidak terungkai sehingga hari ini.
Selain kisah alam bunian, kelibat ular gergasi yang berenang di permukaan tasik dan ikan tapah sebesar perahu yang menyambar monyet di dahan pokok, kewujudan makhluk bernama Sulur Bidar juga antara yang sering diperkatakan.
Dalam kalangan pemancing tegar yang meneroka jauh ke penjuru tasik dan memasuki aliran anak-anak sungai, kisah Sulur Bidar di Tasik Kenyir bukan sesuatu yang asing, bahkan sudah menjadi modal bersembang sejak sekian lama.
Sulur Bidar yang diceritakan dalam pelbagai versi digambarkan sebagai makhluk menyerupai hamparan tikar yang muncul di permukaan tasik dan menyerang dengan menterbalikkan bot sebelum menggulung dan menenggelamkan mangsa ke dasar tasik.
Kemunculan makhluk yang menjadi mimpi ngeri kaki-kaki pancing itu dikatakan dapat dikesan melalui gelodak buih yang diikuti dengan timbulnya daun-daun mati di permukaan air.
Lebih aneh lagi, daun-daun yang timbul dari permukaan tasik itu dikatakan kering seolah-olah diperah dan digulung-gulung oleh makhluk itu sehingga boleh terus dibakar.
Salah satu versi yang agak popular mengatakan, makhluk berbadan putih yang sering muncul selepas hujan itu mempunyai empat kepala seperti kepala kura-kura di setiap penjuru badannya.
Selain menjadi mitos dalam kalangan kaki pancing, makhluk yang dipanggil Ular Bidan oleh penduduk tempatan itu turut diceritakan oleh masyarakat Orang Asli dan dikatakan wujud di tasik-tasik besar seperti Tasik Bera dan Tasik Chini di Pahang.
Di Tasik Kenyir, wartawan S2 menemui salah seorang daripada empat saksi yang mendakwa pernah melihat kejadian aneh yang mungkin boleh dikaitkan dengan kewujudan makhluk tersebut.
Mohd. Radzi Mohd. Datar, Juruteknik Awam Kanan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berkata, dalam kejadian kira-kira lima tahun lalu, beliau dan empat orang rakannya dikejutkan dengan gelodak buih yang bergerak menuju ke arah mereka ketika berada di tebing Tasik Kenyir.
"Cerita mengenai Sulur Bidar memang sudah lama kami dengar. Ada yang percaya, ada yang ragu.
"Tetapi pada hari itu lidah kami betul-betul kelu, tidak berkata apa apabila melihat kepulan buih besar yang timbul di permukaan tasik.
"Berbeza dengan buih mata air yang biasa dilihat, buih tersebut seperti keluar daripada sesuatu yang sedang bergerak laju ke arah kami berempat,'' katanya.
Panik dengan apa yang berlaku, Mohd. Radzi dan rakan-rakannya bertindak meninggalkan tempat kejadian tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Di sebalik kejadian luar biasa yang tidak pernah disaksikan sebelum itu, Mohd. Radzi memilih untuk tidak mempercayai kewujudan makhluk tersebut.
Secara saintifiknya, beliau percaya gelodak buih tersebut terhasil daripada aktiviti semula jadi yang berlaku di dasar tasik.
"Ada kajian mengatakan berlaku pembebasan gas di dasar tasik yang menghasilkan buih dan menolak naik himpunan daun-daun yang mendap.
"Bagi saya penjelasan saintifik mungkin lebih baik daripada kita mempercayai sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya,''katanya.
"Selama ini pun tidak pernah kedengaran ada sesiapa yang menjadi mangsa Sulur Bidai,'' katanya.
Sejauh mana kebenaran mitos mengenai Sulur Bidai, ramai yang mempercayai dan menganggap kemunculan makhluk seumpama itu sebagai jelmaan jin atau syaitan yang mahu mengganggu manusia.
ada satu komen yg unik
Last edited by MawiMawas on 14-10-2014 09:17 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apa benda tu ye? sulur bidar nak keluar ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Siap ade bunyi gergaji kayu lg, amende buat ats houseboat tu..?
Hahahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
yg komen pesbuk tu buat ak tersedak air kopi mse berporum.. |
|
|
|
|
|
|
|
kihkihkih..komen tu lawak..sinis sungguhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
pasal sulur bidar nih penah dah ade benang psl nya
mmg misteri dan menakutkan
btw ade poremer nama sulur bidar yg minat sukan hoki tu lama dah xnmpk |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 14-10-2014 02:25 PM
pasal sulur bidar nih penah dah ade benang psl nya
mmg misteri dan menakutkan
btw ade poremer nama ...
ha'ah kan? mana ke dianya..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun baca la beria2 psl status kt fb tu..hahaha...mmg kelakar |
|
|
|
|
|
|
|
sian berry chick kena tempias buih |
|
|
|
|
|
|
|
yeee..mmg ade misteri sulur bidar ni..
sebgai kaki pancing mmg kerap jugak dgr..stakat ni blom ade rezeki nk tgk dgn mata sndri
|
|
|
|
|
|
|
|
i duduk dkt suite ni for 2 nights,sepanjang duduk situ asyik kena kacau smpi pg before checked out i sempat tau staff situ psl hal ni..
i dont recommend families with small children duduk sini lah..
klu ada yg nak experience sendiri,minta bilik yg dorang jarang buka utk guest ye..
cause i kn dkt bilik tu..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah posted on 17-10-2014 02:35 PM
i duduk dkt suite ni for 2 nights,sepanjang duduk situ asyik kena kacau smpi pg before checked o ...
boleh citer skit apa yg mengganggu?... scary tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Suehaiza posted on 17-10-2014 07:29 AM
boleh citer skit apa yg mengganggu?... scary tak?
buka tutup suis lampu time tgh tido,purposely buka dan tunggu kita terjaga then dia off..
tarik2 tgn,duduk sebelah dkt birai katil,bercakap2,panggil2 dgn suara yg maha lembut..
bila buat pendinding dia ngamok,melompat2 hentam2 dinding hentak2 lantai verandah,cakar2 dan hentak2 bumbung suite,selang sejam setengah mesti buat hal,sengaja x bg kita tido..
nak lg best?kita nampak dia menyeringai sengih mcm joker batman sbb dpt usik smpi x dpt tido..
scary?i lebih kepada pissed off kot sbb i mmg pantang betul la klu kena kacau tido,x kisah la manusia ke hantu ke..
bila subuh je semua usikan berhenti..
|
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah posted on 17-10-2014 04:08 PM
buka tutup suis lampu time tgh tido,purposely buka dan tunggu kita terjaga then dia off..
tarik ...
cam seram bila baca pengalaman cik berada kt situ....
|
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah posted on 17-10-2014 02:35 PM
i duduk dkt suite ni for 2 nights,sepanjang duduk situ asyik kena kacau smpi pg before checked o ...
kat mana ni eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
beldandy posted on 20-10-2014 03:27 AM
kat mana ni eh?
lake kenyir resort&spa
|
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah posted on 20-10-2014 11:29 AM
lake kenyir resort&spa
sorry...patutnta bel dh tau kat kenyir sbb tajuk pun kat kenyir
rupa chalet tu mcm kat berjaya langkawi sesikit...tu yg kompius tu
|
|
|
|
|
|
|
|
beldandy posted on 20-10-2014 03:55 AM
sorry...patutnta bel dh tau kat kenyir sbb tajuk pun kat kenyir
rupa chalet tu mcm kat berjaya la ...
ye,sbb tu i cerita sini..
my first time dkt lake kenyir,ended up not happy with the incidents..
tp tmpt nya no doubt sgt cantik,udara x ada pollution,sbb semua kereta kena park dkt bahagian bawah bukit,then buggy will come and take us up,kira no cars allowed dkt area atas tu ie reception and such..
trails pun cantik,cun sgt utk cycling..x panas and masa breakfast boleh duduk dkt verandah mcm ada air con..
sayang tmpt2 mcm ni ada yg x best tu
|
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah posted on 20-10-2014 12:05 PM
ye,sbb tu i cerita sini..
my first time dkt lake kenyir,ended up not happy with the incidents.. ...
wahhhh...bel tak pernah terfikir nk pegi bercuti kat lake kenyir ni
u pegi for fishing ke apa?
dan cemana u blh dapat bilik tu pulak?
|
|
|
|
|
|
|
|
beldandy posted on 20-10-2014 04:07 AM
wahhhh...bel tak pernah terfikir nk pegi bercuti kat lake kenyir ni
u pegi for fishing ke apa?
d ...
mana reti fishing,we were there for vacation..
i dgn husband kaki cycling,pergi sana konon nak tgk trails sbb berdasarkan peta area lake kenyir ni mmg cun utk cycling..
we decided to stay for 2 nights sbb suite tu cantik and cozy,plus dine in dkt restaurant dorang pun sedap..
nak duduk kuala terengganu but hotels yg best dh fully booked and susah nak cari suite for family of 5..
bila receptionist tu bagi bilik yg depan hadap swimming pool,and verandah lake view mmg happy la kan,x tau pula dorang x buka bilik tu klu pengunjung x ramai..
ada byk activity situ tp i chose to go to kt sbb lepas dua hari di lake kenyir kami ke redang island for 3 days..snorkel..
alhamdulillah,dkt redang dihantui ikan2 yg comel2 je..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|