View: 3982|Reply: 2
|
Buddha Muslim bernama Benz Ali
[Copy link]
|
|
XIFU NASER
10 Oktober 2014
INI artikel siri satu: Pada Aidiladha, saya diberi pilihan sama ada membaca buku Benz yang bertajuk Antithesis atau buku Ustaz Ismail Kamus yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat.
Frasa indahnya hidup melalaikan saya. Keluarga Cina saya selalu memberi penekanan pada survival. Harga petrol baru naik 20 sen seliter!
Tetapi mengapa saya perlu baca buku Benz? Pemuda yang tiada kelayakan, cap halal dari universiti. Miskin. Kononnya ber-‘usrah buku’ di kedai mamak.
Ramai pendakwah tidak menghiraukan suara hati orang muda. Dakwah adalah monolog. Orang tua bercerita, orang muda wala’ (taat).
Tiba-tiba terbayang anak perempuan saya yang sebaya dan lebih muda daripada Benz berkata, “papa hanya baca kitab-kitab ulama. Ini diari dari hati saya. Kalau papa tak nak baca, campakkan saja ke tong sampah.”
Naluri sebagai seorang ayah memanggil saya membuka bab Kata Mula dalam buku atau diari Antithesis dan meletakkan kitab ustaz ke tepi.
Benz menulis, “Nak jadi anak yang baik, nak jadi Muslim yang baik, tapi susah sangat kenapa? Kenapa Tuhan?”
Benz menyimpulkan, “Anak-anak muda, kalau kau rasa dah depresi, paling teruk, paling buruk, aku dah rasa. Lama. Dan aku sudah berfikir untuk masuk dan tidur di dalam neraka, sebelum kau tengah ragu memegang buhul tali yang menjerut tengkuk kau.”
Gambaran depresi yang diberi Benz mengingatkan saya tentang perjuangan Siddharta, pengasas agama Buddha. Siddharta melihat hidup sebagai duka. Setiap insan, walaupun putera raja seperti Siddharta, pasti menemui sakit, tua dan ajal.
Kalau Siddharta tanya mengapa ada sakit, tua dan mati, Benz tanya mengapa ada miskin, tertindas dan tercicir daripada sistem pendidikan. Wacana stereotaip ialah kamu tercicir kerana kamu memang bodoh sebagaimana kamu sakit kerana kamu memang berpenyakit. Aku masuk universiti kerana aku memang pandai. Aku sihat kerana aku putera raja.
Manusia dibodohkan untuk berpegang kepada tesis: sihat lawannya sakit, alim lawannya bodoh. Kalau yang alim takkan jadi bodoh seolah-olah yang sihat takkan jadi sakit. Ayah Siddharta tidak mahu anaknya keluar dari istana. Dia tidak mahu anaknya melihat depresi dalam kalangan rakyat jelata. Dia mahu anaknya kekal bodoh supaya bahagia.
Siddharta dan Benz memilih menjadi antithesis kepada konspirasi ‘pembodohan’ ini. Kedua anak muda ini ditakdirkan untuk keluar daripada “indahnya hidup bersyariat” dan melihat kesengsaraan rakyat serta buruh hasil daripada sistem kasta agama (bagi Siddharta) dan sistem kelas kapitalis (bagi Benz).
Antithesis ialah: yang dilabel bodoh bukan kerana dia itu bodoh tetapi dia dibodohkan oleh yang alim. Siddharta menentang sistem birokrasi kasta di mana manusia diklasifikasikan sedemikian rupa sehingga kasta pariah tidak mungkin menjadi lebih mulia daripada kasta Brahmin dan sistem kasta ini diasaskan oleh Brahmin.
Bagi Siddharta, setiap rakyat mampu mencapai nirwana selagi dia rajin lawan nafsu. Kerajinan mampu tewaskan kasta agama.
Bagi Benz, dia menentang sistem birokrasi kapitalis di mana manusia diklasifikasikan sedemikian rupa sehingga kasta yang tiada kelulusan universiti tidak mungkin menjadi lebih bijak daripada kasta berkelulusan universiti dan ini diperakui oleh brahmin universiti.
“Aku anti universiti,” Benz mencabar. “Dan anti banyak lepasan Pengajian Islam. Bagi aku, kebanyakan lepasan Pengajian Islam sangat malas.”
Bagi Benz, setiap rakyat boleh mencapai nirwana kebijaksanaan kalau dia rajin. Kerajinan mampu mengatasi kesarjanaan dan mampu tewaskan kasta birokrasi ilmu. Ini adalah kerana mahasiswa membaca buku untuk siapkan assignment demi kemewahan tetapi beliau membaca buku untuk mendapat ilmu dan berfikir. Berfikir bagaimana menghapuskan kemiskinan, penindasan dan pembodohan.
Benz adalah pemuda yang rajin membaca dan berfikir. Bukan sekadar membaca, tetapi berfikir. Bukan sekadar berfikir, tetapi membaca. Bukan sekadar membaca dan berfikir tetapi mencabar.
Tetapi sejauh mana dunia Brahmin dan ulama sudi dengar kebodohan orang muda seperti Benz dan Siddharta? Tetapi inilah suara generasi yang akan datang sebagai antithesis kepada fikrah dakwah lama.
* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak
|
|
|
|
|
|
|
|
xbaik membuddha kan orang |
|
|
|
|
|
|
|
Errr...
[AceHand SPECTaceLAR]
Xifu Naser tu sapa...?
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|