Chef Maut Di Gigit Kepala Ular Yang Baru Di Potong | Seorang chef yang sedang memasak hidangan sup daging ular tedung maut selepas digigit oleh kepala ular berkenaan yang sudah dipotong.
Peng Fan, seorang chef di China digigit kepala reptilia berbisa berkenaan ketika hendak membuangnya ke dalam tong sampah. Menurut laporan Mirror.uk, beliau dilaporkan maut sebelum dapat dirawat dengan penawar bisa ular di hospital.
"Ia adalah satu kes yang luar biasa. "Beliau sedang menyediakan hidangan tersebut dan beliau cuma tidak bernasib baik," kata seorang jurucakap polis.
Menurut seorang pakar ular, semua reptilia masih mampu hidup sejam selepas kehilangan mana-mana anggota badan.
bellaa posted on 17-10-2014 12:12 PM
betol la kot? sama macam lipan
Dedi ai dolu cakap, kalau nak bunuh lipan, kene asing2kan bahagian badannya. Kalau bunuh and tanam sekali (atau tanam bhgian badan dekat2) nanti die cantum and hidup balik. Xtaula mitos atau betul.
tak silap i reptilia memang hidup lagi walaupun putus kepala. sebab tu orang tua2 ajar ketuk kepala ular bukan pukul badan. kalau badan dh takde pun tapi kepala masih elok, dia hidup sampai dia mati sebab tak cukup makan