CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2843|Reply: 8

[Tempatan] Mungkinkah teknologi ini dapat membantu mengesan MH370?

[Copy link]
Post time 19-10-2014 03:31 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang saintis Australia, Aron Gingis berkata adalah tidak mustahil untuk menjejaki pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang sejak Mac lalu dengan membuat kajian terhadap perubahan awan bagi mengesan jejak-jejak pemeluapan yang terhasil akibat pembakaran bahan api dari pesawat itu.

Gingis, seorang pakar dalam bidang mikrofizik dan mengetuai sebuah syarikat perunding, Australian Management Consolidated berkata demikian sewaktu diwawancara oleh rancangan News 24 Australia dan dilaporkan oleh beberapa media negara itu.

Bagi memperkuatkan hujahnya, Gingis berkata dia telah menggunakan teknologi yang sama untuk menjejaki sebuah kapal yang karam di utara Lautan Pasifik. Kaedah mikrofizik katanya digunakan bagi mengkaji perubahan awan yang terhasil dari bahan bakar kapal yang terapung dan kemudiannya dikesan menerusi data satelit.

Gingis percaya wujud kemungkinan yang realistik untuk menjejaki laluan pesawat MH370 menggunakan kaedah yang sama dan seterusnya mengenal pasti lokasi dimana pesawat itu hilang.

Dia juga berkata  telah mengirimkan emel bertarikh 3 April kepada Duta Malaysia ke Australia, Eldeen Husaini Mohd Hashim bagi memberikan pandangannya dan dibalas pada 10 April dengan jawapan cadangannya telah diusulkan kepada "Bilik Operasi" di Malaysia.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 orang itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini, tiada petanda ditemui meskipun usaha pencarian udara dan laut besar-besaran sudah dan masih dijalankan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2014 04:10 PM | Show all posts
ada ke data2 yg dia nk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 04:13 PM | Show all posts
hanya mampu berharap kesudahannya diketahui
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 05:15 PM | Show all posts
bila data berkenaan pembentukan awan tu diambil... harap nya dalam masa yg berkenaan dgn kejadian tersebut.  mungkin dalam masa lebih 24 jam awan/kesan dari pembakaran tu dah contaminate dgn lain2 unsur spt kabus dari pembakaran pesawat lain...

moganya ada petunjuk baru yg lebih positif   
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 06:17 PM | Show all posts
kalau ada data awan baguih la
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah x caya lagi sekutu US ni wat statement...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Data masuk Bilik Operasi makan masa lah.Walk the talk.Dah ada data method kan.. collect data and buktikan.Sembang byk sekutu dorg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:31 AM | Show all posts
laaaa.... dah tu.. kesan sajalah...tunggu apa lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 20-10-2014 08:31 AM
laaaa.... dah tu.. kesan sajalah...tunggu apa lagi...

Nak buat camna cakkkk....diorg bknnya badan charity....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.453730 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list